penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

29 February 2012

Siot Lah...

siot lah, siot lah, sito siot lah.

ehh, oh hai. selamat petang mehh.

tadi berlakunya satu kejadian yang membuat hatiku sayu..

tabung aku pecah pula akibat terjatuh ketika aku tengah dok masuk duit syiling dalam tabung tu. 100 keping lebih agaknya duit syiling berterabur atas lantai. kalau lantai ada permaidani, takpe lah juga. ni tidak, lantai jubin. nak kaut banyak syiling sekaligus dengan menggunakan tangan ni memang tak dapat ler bro.

siot lah..

nak taknak, terpaksa kutip satu persatu. adoiiiii. siap ada yang jatuh ke bawah katil lagi tu. tu yg naik angin dibuatnya. tapi nak marah pun tak guna juga sebab kecuaian aku sendiri kan. so, kutiplah satu satu satu satu satu satu satu. HUH.

29 Februari

oh hai. selamat pagi.

semalam tidur awal, so bangun awal. dah lama aku tak rasa badan sesegar pagi ni. selalunya aku bantai tidur 10jam, bangun je badan tetap letih. but hari ni rasa ceria sikit lah kot. aku bangun awal ni pun sebab nak balik hostel tadi. HAHA.

oh ya, ini adalah entri istimewa sebab ianya hanya akan muncul 4tahun sekali je. HAHA. aku bersyukur kerana aku dilahirkan pada 1 Mac sebab kalau ibu aku melahirkan aku pada 29 Februari, memang 4tahun baru aku sambut hari lahir aku. tak ke sadis camtu? HAHA. tapi ok juga tu. setiap 4tahun,  bantai ar beli 4 kek sekaligus. HAHA.

so, aku disini nak mengucapkan selamat hari jadi pada sesiapa yang menyambutnya hari ini. semoga umur kau 4kali ganda lebih panjang daripada kami yang lahir di tarikh biasa je ni. HAHA.


28 February 2012

Aku Nak Tergelak Bila...

oh hai. selamat petang.

oh ya, kau tahu tak apa benda yang boleh buat aku rasa nak tergelak sehingga terkentut-kentut terbahak-bahak ni? so, inilah senarainya;


  •  aku nak tergelak bila aku baca status fb budak-budak ni bercakap tentang CINTA padahal diri masing-masing tak pernah couple lebih dari 2bulan pun. HAHA.



  •  aku nak tergelak bila ada perempuan mahupun lelaki yang bajet HOT padahal diri masing-masing tidaklah bergaya mana pun. HAHA.



  •  aku nak tergelak bila baca status fb orang yang mengatakan diri mereka terasa bosan dengan hidup apa semua benda tu lah padahal diri sendiri patut bersyukur sebab Allah dah beri nikmat hidup. HAHA.



  •  aku nak tergelak bila aku tengok orang ubahsuai kereta ke tahap dah tak serupa kereta lagi dah. kalau masuk AutoShow ke, tak apa lah juga. tetapi ni nak guna untuk hari-hari. kau ni betul-betul telah menjatuhkan 'maruah' kereta tu lah. HAHA.



  •  aku nak tergelak bila aku baca status orang cakap diri "takde siapa sayang aku", padahal family kau sayangkan kau, kawan-kawan sayangkan kau. disebabkan tiada lelaki/perempuan nak couple dengan kau, terus kau keluarkan statement bangang begitu ya? HAHA.



  •  aku nak tergelak bila ada orang keluarkan statement dia lagi sayangkan BF/GF daripada ahli keluarga sendiri. BANGANG BANGANG BANGANG. HAHA.



  •  aku nak tergelak bila ada orang baru start couple, lepas tu terus pinggirkan kawan-kawan. bila dah putus nanti, barulah terhegeh-hegeh nak cari kawan-kawan balik. BANGANG betul. HAHA.



  •  aku nak tergelak bila aku baca status budak-budak taip sebegini "aq xdew krdit niew. nt aq msg kaw ek." WHAT THE FUCK IS THIS SHIT lah adik-adik sekalian? boleh tak mengeja tu betul-betul sikit? nak shortform sekalipun, tapi jangan sampai ke tahap bangang sebegitu. HAHA.



  •  aku nak tergelak bila ada orang tunjuk berlagak bila dah buat amal jariah. oh please lah ek, ini serupalah macam orang kaya buat press conference semata-mata nak beritahu yang dia dah derma RM100juta pada pihak kebajikan yang berkenaan. buat derma ke, amal jariah ke, senyap-senyap je lah ya. jangan riak takbur sangat. HAHA.

  • aku nak tergelak bila ada orang perasan diri sendiri baik padahal dahulu dia lah yang paling setan sebenarnya. sudah berubah konon-konon nya diri dah bertambah matang? oh please. tu bukan berubah, tapi dia cuma buat-buat tak tahu je tentang apa yang dia dah lakukan dahulu. HAHA.
ok. so sampai sini je lah entri aku. nanti aku sambung yang lain. ciao.

HB = Happy Birthday?

oh hai. selamat awal pagi.

ya, aku lagi. aku kan memang suka buat entri malam-malam buta begini. HAHA. oh ya, aku nak ucapkan selamat hari jadi pada orang yang menyambutnya hari ini. tetapi kali ni, aku bukan nak buat entri ucapan hari jadi pada seseorang ke apa, but aku nak 'berbincang' mengenai 'keikhlasan' + 'kerajinan' orang yang mengucap selamat hari jadi pada orang lain ni.

ya-ya, ikhlas, memang ikhlas. itu tak dinafikan. terpulanglah pada orang yang mengucapnya atau tidak. tetapi aku cuma tertanya kenapa 'bahasa' orang dizaman sekarang ni sangat 'teruk'. bukan teruk tak tahu mengeja ke apa, tetapi teruk dengan singkatan bahasa yang sangat mengarut. HAHA.

aku 'terkaku' bila aku nampak ada orang taip  "HB" ni di wall facebook mahupun SMS. ya-ya, kira bagus lah kan, atleast adalah juga orang nak wish daripada tiada langsung kan. tetapi setiap kali aku nampak orang taip benda ni, pasti aku akan fikir "WHAT THE FUCK IS THIS SHIT??" didalam otak aku ni.

aku facepalm setiap kali ada orang taip "HB" ni.

HB? singkatan untuk 'Hari Bulan' ke apa ni? ke singkatan untuk 'Hot Babe'? ke untuk 'Hell Boy'? 'Hugo Boss' ke? ke shortform bagi 'Heart Breaker'? oh, untuk Happy Birthday rupanya.  damn. aku ingatkan kau mencarut dekat orang yang sambut hari jadi tu. cehhhh.

dah dapat laptop canggih, dah dapat handphone canggih, tetapi 'KERAJINAN' diri makin meningkat ke tahap OVER 9000 pula sampai hanya ada cukup-cukup tenaga untuk menaip 2 perkataan tu je ek?

lepas ni kalau ada perayaan disambut ke, mungkin korang yang 'rajin' ni boleh taip "DP" je untuk Deepavali, "SHR" untuk Selamat Hari Raya dan juga "CNY" untuk Chinese New Year. ok? setuju? ke dah ada orang buat macam ni dah? HAHA.

Orang Berbudi, Kita Berbahasa. tetapi kalau jenis yang 'RAJIN' begini, mungkin tak perlu nak berbahasa sangat kot sebab mereka pun tak tahu nak berbahasa dengan betul. HAHA. ada sesiapa terasa bila baca entri aku ni? ada aku kisah?? HAHA.

27 February 2012

Aku Bela 3 Ekor "Harimau Putih".

oh hai. selamat malam ku ucapkan pada semua orang yang buka blog aku ni. dah malam-malam pun masih ada orang nak buka blog bangang aku ni. oh sungguh terharu dibuatnya. (terharu lah sangat kan.) HAHA.

oh ya, aku just nak beritahu korang yang aku ada bela 3 ekor 'harimau putih' di rumah aku ni. HAHA. dah nak dekat 5bulan aku bela. 3 ekor 'harimau putih' yang gemuk macam tuan dia ni juga. HAHA. alhamdullilah diorang sihat walafiat walaupun kadang-kadang tuan diorang ni bagi lambat makan. nak buat camne, busy dohh.



so inilah 'harimau putih' aku. gemuk + comel. HAHA.

ya-ya, aku tahu. dalam gambar ni hanya ada 2 ekor je. but lagi seekor tu aku tak ambil gambar dia pun. yang pasti, ketiga-tiga keluar daripada ibu kucing yang sama. family aku start bela diorang ni sejak 4-5bulan yang lepas.

diorang memang dah besar dah waktu aku bela dulu. actually papa aku ambil diorang ni daripada kawan dia. disebabkan kawan papa tu adalah orang India, so nama-nama 'harimau putih' ni pun UNIK jugalah iaitu "King" dan "Kamal". maybe ni berdasarkan nama pelakon tamil yang popular kot. HAHA.

yang dalam gambar ni dua-dua jantan. lagi seekor tu betina. yang tu pun UNIK juga nama dia, kami panggil dia "Kika". why Kika? I don't know. adik perempuan aku ni yang sesuka hati je bagi nama. HAHA.

oh ya, King sangat manja, tapi suka menggigit dan mencakar. memang habis luka-luka, calar-balar tangan orang-orang dalam family aku ni dibuatnya. HAHA. yang si Kamal pula penakut, tapi hyperactive. dia takut dengan adik aku, maybe adik aku pernah terpukul dia ke pe agaknya. HAHA. aku suka Kamal sebab dia ni  muka bengis, muka samseng, muka berlagak gila kucing ar. HAHA.

Kika pula masih kecil lagi, so pastilah dia tu manja, aktif, kan. so sampai sini je lah entri aku. oh ya, aku ada juga buat entri untuk 'harimau putih' yang aku pernah bela dulu. korang boleh baca di sini. ciao.

Pengalaman Pertama 'Online Chatting' Aku.

Moshi Moshi! Ohayou Gozaimasu! (Selamat Pagi)

oh hai. so ni dah pukul 7.40am dan aku masih belum tidur sejak semalam. oh jangan risaulah ek, aku tiada Insomnia, cuma ada tabiat suka tidur lambat je walaupun mata ni dah terasa mengantuk gila dah ni. HAHA. gila ke apa aku ni? menyeksa mata, menyeksa badan. lepas tu tidur sampai ke petang. Izzat oh Izzat, teruk bebenor sikap mu ini. HAHA.

so, kali ni aku nak cerita pengalaman aku berOnline Chatting dengan orang asing lah ek. kali pertama aku chat dengan orang asing ialah dengan menggunakan mIRC pada tahun 2003 dulu kalau aku tak silap lah. waktu tu umur aku 13tahun, tapi berlagak macam orang dewasa bila chatting. yang tak boleh blah tu, 'UNIK' sungguh nickname pengguna mIRC ni seperti "DudaKesunyian" lah, "AbangGagah" lah, "AwekPenyayang" lah. itu semua nickname minta penampar sebenarnya. HAHA.

#mamak, #kampung ni antara chatroom paling famous & banyak orang 'melepak' didalam dunia mIRC dulu. but now aku tak tahulah ada lagi ke tak benda-benda ni lagi sebab aku sendiri dah hampir 10tahun tak masuk mIRC. kalau ada pun, maybe dah tak ramai orang dah sebab orang lagi suka chat guna Facebook, BBM je sekarang ni. HAHA.

lepas dah berjinak-jinak dengan dunia online ni, aku mula buat akaun pertama di dunia internet ni iaitu akaun Friendster aku. waktu tu umur aku 14tahun or 15tahun kalau aku tak silap. but terpaksa set kan umur aku dalam tu kepada 18tahun sebab budak-budak tak dibenarkan buat akaun dalam tu. HAHA.

dulu online di CC je, so jarang lah buka Friendster aku tu. pergi CC pun guna duit belanja yang disimpan berhari-hari. HAHA. tak macam sekarang, nak buka 24jam pun boleh sebab masing-masing ada laptop. malah budak 10tahun pun dah diberi laptop oleh parents. perghhhh.

lepas tu pada umur 15tahun, aku mula buat akaun Myspace pula. oh well, Myspace sangat menyeronokkan sebab senang cari kawan baru dalam tu, hanya perlu browse je. tak macam Friendster, susah sangat nak add orang. HAHA. yang paling best tentang Myspace ni agaknya bila boleh letak background tersendiri untuk profile masing-masing. itu pasal lah 'meletup' gila nama Myspace ni 5-6tahun yang lepas.

tahun 2006, umur dah 16tahun waktu tu, aku upgrade lagi 'kehidupan sosial' aku ni dengan membuat beberapa akaun lagi di beberapa laman web sosial seperti Tagged, HI5 dan lain-lain lagi lah. aku just dah tak ingat je apa lagi website aku dah join. yang aku masih ingat sekarang ni Tagged, HI5 je lah. HAHA. oh ya, korang boleh baca cerita aku tentang Tagged di sini.

3tahun hidup aku 'tersangkut' di Tagged. akhirnya pada tahun 2009 yang lalu aku memang keputusan untuk buat akaun di laman web sosial yang paling terkenal ni iaitu sudah tentu lah Facebook  ni lah kan. oh well.. Facebook ni tidaklah menyeronokkan mana pun. HAHA.

oh aku lupa, dulu aku selalu rajin join SMS chatting di "Astro @15" pada tahun 2006 dulu. banyak gila awek + skandal aku temui dari situ. HAHA. but now? semua main facebook je. siapa nak bazir duit untuk SMS chatting lagi dah...

so, sampai sini je lah entri aku. oh ya, aku memang suka taip entri panjang lebar seperti ini. HAHA. ciao. Yonde Kurete Arigatou Gozaimasu!

26 February 2012

Entri ke-100! Tahniah Izzat! HAHA.

tahniah Izzat!

Alhamdullilah. tak sangka aku dah cecah entri yang ke-100. macam tak percaya pula. padahalnya aku buat blog ni sekadar suka-suka je. tak terfikir yang aku akan buat sampai 100 entri. HAHA.

walaupun kebanyakan entri yang aku buat ni memang tahap sampah je, tapi atleast ada jugalah entri yang boleh beri informasi pada orang lain, boleh buat orang ketawa, kan. HAHA.

oh aku minta maaf. aku ni blogger miskin je, tak terfikir nak buat give away ke apa macam blogger lain buat kalau diorang cecah 100 entri. Insya'Allah, kalau cecah 500 entri, baru aku buat give away. HAHA.

jadi, saya, Izzat, ingin mengucapkan terima kasih kepada para silent readers blog saya dan juga para pengikut saya ni, tanpa korang, saya ni hanyalah blogger biasa je... oh wait, aku perasan macam aku ni blogger popular pula. *facepalm*

Perubahan Pada Blog

Moshi moshi!. Oyasuminasai! (Selamat malam)

nampak tak? nampak tak? aku dah tukar header baru. HAHA. aku sebenarnya dah plan nak tukar header ni bila masuk entri ke-100 atau masa harijadi aku tidak lama lagi ni. but aku rasa, better tukar sekarang je lah. malas nak simpan lama-lama. nanti terus terlupa pula. HAHA.

header lama aku.

ya-ya-ya-ya. aku masih lagi mengekalkan ciri-ciri seperti header lama iaitu header aku ni mestilah boleh bergerak-gerak sebab aku rasa dengan header pelik macam ni baru nampak unik. HAHA. tetapi aku tak guna pun Photoshop seperti yang kebanyakan orang lain guna sebab aku tak install pun benda tu dalam pc aku ni malah sebenarnya aku tak reti nak guna benda tu pun. HAHA.


header baru aku.

aku tengok header ni ok je lah di laptop aku ni. but aku tak tahulah macam mana pula kalau tengok dari laptop orang lain. sebab resolution laptop masing-masing berbeza, kan. so hope semuanya samalah seperti apa yang aku tengok dari laptop aku ni.

setelah hampir 10kali aku buat header, akhirnya yang ni menjadi. adalah masalah sikit dari segi teknikal masa dalam proses nak buat header ni. itu tak betul, ini tak betul. damn. HAHA. so sampai sini je entri aku. Yonde kurete arigatou gozaimasu! (terima kasih kerana membaca.)

25 February 2012

Resipi Makanan Orang Bujang Di Waktu Petang.

Moshi moshi. Konbanwa! :)

kali ni aku nak share resipi makanan petang yang aku selalu makan ni hah. ianya resipi paling simple tetapi sedap sehingga menjilat ibu jari kaki. malah budak umur 7tahun pun boleh buat kalau parents dia bagi lah. HAHA.

so, sila ikut step-by-step yang aku bagi ni ek.


korang perlukan roti. tak kisah jenama apa.

dan juga buttercup atau marjerin jenama lain.

keluarkan 2 keping roti.

bakar selama 2minit je atau lebih kalau korang nak roti hangus. HAHA

sapu buttercup ke dua-dua keping roti tersebut.

makan dimulakan dengan Bismillah ya.

ya ya ya ya ya. aku tahu. ini hanyalah resipi roti bakar biasa je. but bagi orang bujang seperti aku ni, resipi 'biasa' ni lah yang boleh buat kenyang perut kalau dimakan sehingga 5-6 keping. HAHA.

TIPS: gunalah Buttercup bila nak sapu roti sebab bau roti bakar ni akan jadi sangat melazatkan berbanding disapu jenama planta atau jenama yang lain. Yonde kurete arigatou gozaimasu!

Suka Dengar Radio?

wasssssssssssssup.

ya, entri baru dari aku lagi. problem? aku pasti ramai orang diluar sana yang suka dengar radio kan. but berapa ramailah yang ada radio sekarang ni? even handphone aku pun takde radio. damn. so camne nak dengar radio kalau dah boring sangat ni?

senang! masuk je ke KakiOnline ni. ada 49 buah stesen radio yang boleh didengari secara online. so apa lag tunggui? silalah masuk ek. oh ya, ini ialah promosi percuma daripada aku. diorang takde kenakan bayaran pun. HAHA. silalah 'bookmark' websitu tu ek. nanti lupa pula.

oh ya, sekarang ni aku tengah layan Sinar.FM. biasalah, aku ni peminat lagu-lagu lama walaupun aku dilahir tahun 1990 yang tak berapa nak lama tu. HAHA. aku tahu, ada juga orang yang tak suka dengar lagu-lagu lama. kononnya di anggap 'lapuk' & 'ketinggalan zaman'. cehhhh. pergi ar dengar lagu Nicki Minaj tu banyak-banyak. kisah pula aku. ptuihhhh.

Aku Kecewa...

moshi moshi..

aku kecewa..

bukan sebab awek..

bukan juga sebab tiada kawan..

tetapi aku kecewa..

sebab...

birthday Justin Bieber & Ke$ha sama dengan aku...

damn fuck lah..

kenapa perlu sama dengan dua-dua artis perempuan yang tak berbakat langsung ni...

oh ya, justin bieber tu perempuan kan? jangan tipu lah oii...

FUCKKKKKKKKKKkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Apakah Maksud BRRIP, DVDRIP, CAM & Lain-Lain Ini?

Moshi moshi! Ohaiyou gozaimasu!

"Ohaiyou gozaimasu" bermaksud selamat pagi dalam bahasa malaysia. haha. aku memang suka negara jepun, budaya orang jepun, bahasa jepun dan segala benda tentang jepun ni lah. but kali ni aku taknak cakap pasal jepun. aku just nak cakap pasal perbezaan "BRRIP, DVDRIP, CAM, TS etc" ni lah.

kalau korang jenis kaki download movie macam aku ni, pasti korang pernah baca sesetengah movie tu ada tulis brrip @ dvdrip @ r5 dan yang lain-lain lagi lah. betul tak? kalau korang tak pernah men-download pun, pasti korang pernah baca ayat-ayat ini di belakang nama filem-filem yang korang simpan tu, kan?

tapi berapa ramai sangatlah yang tahu apa bendanya dvdrip, brrip apa semua ni. yang kaki download movie macam aku ni maybe tahu lah kot? sebenarnya ianya adalah penanda aras kualiti bagi sesuatu movie tu.

so, aku nak terangkanlah apa maksud kata-kata ni sebelum korang main download je movie yang baru di letak dalam laman web tu ek. nanti sia-sia je habis bandwidth sebab download movie berkualiti video macam haram jadah. HAHA.


CAM - maksudnya dirakam terus dari dalam panggung menggunakan handphone atau perakam video tu. tu sebab boleh dengar bunyi orang gelak2 + kualiti gambar sangat teruk. HAHA.

TS - nama panjangnya "TELESYNC". ianya dirakam didalam panggung wayang juga, but panggung wayang yang kosong lah dan ianya dirakam menggunakan kamera video profesional yang diletak atas tripod. so kualiti up sikit lah berbanding CAM ni.

Workprint - aku suka yang ni sebab benda ni tak ubah macam tengok "movie tak siap" tahu tak? macam tengok In The Making lah gitu. tapi In The Making versi full filem dari awal sampai habis, cuma masih belum ada efek sana sini je lah. nak kena touch-up sikit lah. HAHA.

PPVRip - oh ya, kebanyakan filem malaysia yang korang download tu ada tulis ayat ni, bukan? ianya bermaksud "Pay-Per-View-Rip". maknanya diorang rakam movie ni daripada channel macam Astro First tu lah. tu sebab gambar tak lawa sangat.

DVDSCR - full name nya ialah "DVDScreener" ya. sebenarnya DVDSCR ni ialah versi DVD awal yang dikeluarkan untuk pihak pengkritik, pihak promosi gitu lah dan selalunya kualiti gambar rendah sedikit berbanding DVD betul. but masih ok lagi lah.

R5/R6 - ini pula bermaksud "Region 5/6". selalunya kualiti gambar & audio R5/R6 ni boleh dikatakan agak rendah sikit je lah berbanding DVD disebabkan di negara Region 5/Region 6 ni terpaksa keluarkan DVD versi murah berbanding Region yang lain. so, copy daripada DVD R5/R6 ni  boleh tahan juga lah. nak tahu lebih lanjut tentang Region 5/6 ni masuk sini dan juga ini.

DVDRip - aku pasti semua tahu yang ini ambil daripada mana. pastilah copy daripada DVD kan. so gambar lawalah juga. tetapi selalunya DVD original juga yang terbaik sebab gambar lagi lawa + ada special feature. HAHA.

HDTV - ini juga hampir serupa dengan PPVRip, tetapi kualiti gambarnya jauh lebih daripada PPVRip malah kadang-kadang jauh lebih lawa daripada DVD sekalipun! aku ada Ombak Rindu versi HDTV ni. HAHA.

BRRip - HOHO. ini adalah kualiti video yang terbaik sekali. ianya bermaksud "Blu-Ray Rip". kalau nak diikutkan cd Blu-Ray ni memang belum terkenal lagi lah di kalangan rakyat Malaysia ni sebab harganya sangat mahal. 1 disc = rm100++. damn. tetapi kualitinya memang sangat tip-top, first class! so, BRRip ni saiznya berbeza, yang paling kecil dalam 300MB kalau tak silap aku, tapi gambar memang fuck-up lah kan. so, makin besar saiz BRRip movie = makin cantiklah gambarnya.

kalau nak tahu info lebih lanjut, boleh baca kat sini lah ek.

TIPS: aku nasihatkan kalau korang nak download movie atau ambil movie daripada orang lain pun, cubalah download/ambil movie yang berkualiti BRRip ni ya. sebab gambarnya sangat lawa. kalau takde pun, korang download/ambil lah DVDrip ke. but elakkan daripada download/ambil TS atau CAM tu ek! nanti kecewa pula tengok gambarnya. HAHA. so, sampai sini je entri aku. Yonde kurete arigatou gozaimasu!

24 February 2012

Tagged

HAHAHA.

lepas satu,satu entri aku buat. memang aktif betul aku pagi ni. biasalah, spesis 'nocturnal' kan memang begini. tetapi aku pasti, aktif aku ni hanyalah di bulan februari je. bulan yang lain, confirm blog ni terus dibiar berhabuk dalam dunia internet ni. HAHA.

tetapi aku nak tanyalah kan, berapa ramailah antara korang ni pernah dengar tentang Tagged ni ek? kalau korang pernah dengar pun, ada ke korang buat akaun Tagged ni? aku dah buat akaun Tagged ni sejak tahun 2006 lagi. well, hari-hari yang menyeronokkan di Tagged dah lama berlalu...

inilah Tagged.


Tagged ni bagi aku adalah laman web sosial yang paling menyeronokkan lah kot sebab aku dapat kenal ramai kawan baru dan dapat awek + ramai ex-awek di situ. HAHA. yang paling penting sekali, orang di dalam Tagged jenis tak menyombong. diorang tak pandang muka korang hensem/cantik baru diorang nak layan seperti kebanyakan orang zaman sekarang lakukan didalam Facebook. no!no!no!no!no!.

dulu memanglah seronok sebab tiada orang sombong menyombong. but now? haram jadah. ni terikut-terikut perangai Facebook lah ni. ya-ya, tak semua facebooker sombong, tetapi hakikatnya 70% berperangai begitu. HAHA.

oh ya, kalau nak tahu lebih lanjut tentang Tagged, korang baca je lah wikipedia nya dekat sini. aku serius malas nak terang panjang lebar di awal pagi macam ni. better aku bersiap-sedia untuk exam sebentar lagi je. HAHA. ciao

TERIMA KASIH TAGGED SEBAB CERIAKAN HIDUP AKU!

Aku Memang Seekor 'Kelawar'

moshi moshi!

sudah pukul 5.30am dan aku masih lagi belum tidur. ya, sejak malam tadi belum tidur disebabkan aku terlalu asyik belajar untuk final exam pagi nanti. alaaa, just buat revision sikit je. kebanyakan masa aku sibuk melayari laman web 9GAG ni haa. HAHA.

oh ya, seperti yang tertera pada tajuk, aku rasa aku ni memang spesis kelawar. but bukan spesis kelawar gay seperti Edward twilight tu ek. HAHA. but seriously, aku sekarang ni selalu tidur lewat. aku tak pasti kenapa. semalam aku nak tidur awal pun tak dapat sebab mata tak rasa mengantuk. dah golek-golek atas katil pun mata boleh buat dekkk je. siot betul.

yang paling penting untuk mengukuhkan bukti bahawa aku ni 'kelawar' ialah aku ni selalu duduk dalam bilik gelap dan tak berapa suka kena cahaya matahari. malah roommate aku pun cakap aku ni dah serupa macam "kelawar duduk dalam gua" dah. HAHA.

jadi disini saya Izzat, mengaku bahawa saya memang adalah 'kelawar'. HAHA. bangang sungguh entri aku kali ini. fuck.

Cepat Letak "Cbox" Dalam Blog!

oh hai, selamat malam mehh.

malam ni aku nak buat entri panjang pendek je. aku pasti ramai yang frust menonggeng bila ShoutMix mula kenakan bayaran untuk gunakan chat box diorang dulu, kan? aku juga rasa begitu. HAHA. but now, aku dah install Cbox di blog aku, fungsi sama je dengan ShoutMix, cuma ini free lah.

but aku harap benda ni akan kekal free sampai bila-bila pun. ya-ya, aku tahu, tiada benda yang percuma didalam dunia ni. but atleast bagi ler peluang dekat blogger biasa seperti kami ni ek. kalau rasa diri tu blogger hebat, memang patut ler beli akaun premium dengan harga USD2/RM6 sebulan. HAHA.

aku pasti ramai yang dah install benda ni ataupun install widget jenama lain. but macam biasalah, aku ni hanyalah seorang blogger hebat biasa + jarang update + jarang buka blog. so, baru tadi aku teringat nak install benda alah ni lepas tengok Cbox ni di blog siapa entah 2-3 hari yang lepas.

so, apa lagi tunggu? cepat-cepat ler install benda ni dekat blog masing-masing. korang boleh pilih background + edit font + edit warna untuk Cbox korang sendiri. oh ya, silalah tinggalkan 'taik' link blog korang dekat Cbox aku tu ya. HAHA. arigatou gozaimasu!

23 February 2012

Terima Kasih Kepada Para Pembaca Blog Aku.

Ya, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca blog aku ni. Walaupun kandungan blog aku ni boleh dikatakan 95% macam haram jadah, tetapi ada juga yang sudi membukanya. Maybe ada yang buka pun sebab aku promosi blog ni pada facebook aku. Kalau aku tak promosi, mungkin tiada siapa yang nak buka blog aku ni pun. HAHA.

Tetapi yang aku perasan, ramai orang buka blog aku sebab mereka tercari-cari gambar kasut. What the..?? Aku tak pasti kenapa, tetapi mungkin sebab dulu aku tak reti sangat nak attach gambar ke dalam blog, so aku just share link gambar tu terus pada blog aku ni tanpa aku upload dari dalam pc aku. So, setiap kali ada orang search gambar kasut adidas di google image contohnya, memang blog aku lah yang akan muncul. Entri ini dan juga entri ini memang dapat sambutan tanpa sebab. LOL

Dulu aku ni rajin promosi blog di dalam group blogger apa semua tu lah di facebook ni. But aku dah keluar dari group tu semua. Aku sekarang ni dah  terasa sangat malas nak join group sana sini semata-mata nak promosi blog dan ada ramai followers. Kalau followers yang berkualiti, tak apa lah juga. Kalau tidak, sia-sia sahaja. Oh by the way, korang boleh baca penerangan aku tentang isi Followers ramai di entri ini mehh.

Entri Tudung aku ni pun boleh tahan juga dapat sambutan menurut carta pageviesw yang aku terima ni lah. But tak lebih 150 pageviews pun lah. HAHA. Even dapat 10 pageviews pun aku dah bersyukur dah, inikan pula dapat 100 pageviews. Tetapi, entri yang paling banyak pageviews sudah tentu lah entri ini sebab dulu aku siap buat new event & jemput ke semua ahli group KSB semata-mata nak share link entri aku tu je. Gila babi ar wa cakap lu. Ramai condemn aku sebab aku buat event tu. HAHA.

Oh ya, aku tengok ada juga orang buka blog aku ni menggunakan handphone. Terima kasih sangat-sangat lah sebab buka blog aku ni di mana jua anda berada ek. But aku tertanya-tanya kalau-kalau header blog aku ni jadi lain bila buka guna handphone. Aku tak pernah pun buka blog aku ni guna handphone, so tak tahulah apa jadi. Hope serupalah macam apa yang aku tengok didalam pc aku ni.

So yeah, do follow my blog IF you're REALLY interested about this damn blog. ciao.

08 February 2012

Valentine's Day

Selamat malam mehh.

Aku pasti tahun ni ramai yang dah bersemangat nak sambut Valentine's Day(VD) minggu akan datang ni, kan? Ya lah, boleh dapat bunga, boleh dapat coklat, macam-macam hadiah lagi, lepas tu boleh peluk, cium + buat seks bebas dengan kekasih yang tersayang pula. HAHA. Well, korang nak sambut ke, tu korang punya pasal lah. aku tak peduli pun. Tetapi korang yang dok berseronok-seronok sedar ke apa itu VD ni?

Oh tidak, ianya bukanlah sekadar hari untuk bersuka-ria dengan kekasih masing-masing je, tetapi ada maksud yang lebih mendalam sebenarnya. Sebenarnya VD ni adalah hari memperingati kematian paderi agama kristian yang bernama Saint Valentine(SV). Sebab apa nak diorang sambut dia ni? Sebab SV ni adalah seorang paderi kristian yang sangat terkenal di Rom.

Oh ya, ini fakta ya. Aku pasti korang pelik apa pula kena-mengena SV dengan VD yang selalu disambut ni? Memanglah nama VD diambil sempena nama SV ni kan, tetapi sebenarnya "kad ucapan cinta" yang korang dok hantar tu diberi nama sebagai kad "Valentine". So, ianya bukan sekadar sempena memperingati hari kematian SV, tetapi juga hari untuk bertukar kad "Valentine" dan juga coklat apa semua tu lah sesama kekasih. Aku pasti korang dah pening baca explanation daripada aku ni, kan? HAHAH.

Aku mungkin tidaklah tinggi agama sangat, tetapi aku tidaklah jahil sangat sampai nak menyambut benda-benda merepek ni. Lagipun sekali setahun baru nak tunjuk kasih sayang ke? What the f..? Setiap hari adalah hari untuk tunjuk kasih sayang sesama manusia, ok?! So, korang yang beragama Islam ni perlu stop sambut hari kematian paderi Kristian ni, ok?! Maulidur Rasul tak sambut, tetapi Valentine's Day sambut pula?

P/S: Aku tak sabar nak tunggu lagi 8-9bulan dari sekarang, sebab aku pasti nanti banyak kes orang buang bayi akan dilaporkan di ke semua arus media massa. Kalau dah taknak bayi tu, berilah pada orang yang memerlukan anak. Janganlah dibunuh bayi tidak berdosa tu. By the way, aku pernah buat entri tentang VD ni pada tahun lepas. Tapi versi lagi panjang lebarlah. kalau rajin nak baca, masuk sini. So, sampai sini je lah entri aku, ciao.


HotWheels.

oh hai lagi sekali. pe kabar?

"HotWheels(HW)" Korang pernah dengar/baca ayat ini? Aku pasti ada yang pernah dengar dan ada juga yang tak pernah dengar. HAHA. So, ada sesiapa disini yang mengumpul HW? Aku ni nak di ikutkan aku ni bukanlah pengumpul aktif sebab aku sendiri dah stop beli sejak 2bulan lepas. Nak simpan duit lah bro. Kalau tak, macam mana aku nak belanja awek makan kalau dah tiap-tiap minggu aku beli HW ni. Kalau murah, takpe lah juga. Ini tak, satu HW = RM7.50. PERGHHH. Bapak mahal dohh.

Aku ni pula bila beli, bukan beli satu, tetapi beli sampai 2-3 buah HW sekaligus. Biasalah, kadang-kadang tu ada sale "Buy 2 Free 1" kan, so aku pun sangguplah keluarkan RM15 semata-mata nak beli permainan ni. HAHA. OH ya, aku ni dah berumur 22tahun ya, harap maklum. Memang ler aku ni dah besar, tetapi nak buat camne lagi? Waktu kecil dulu parents aku selalu belikan aku toys macam ni. So, bila dah dapat pegang duit sendiri bila dah besar ni, aku pun sanggup ler keluarkan duit untuk beli "kenangan terindah" sewaktu aku kecil ni. :)

Ya, selalunya orang lelaki lah yang selalu beli benda-benda permainan ni. Perempuan memang jarang ambil hal camni sebab diorang fikir hanya budak-budak kecil je yang kumpul toys. Tetapi sebenarnya kaum perempuan ni tak faham, diorang hanya ambil remeh je hal sebegini. INI KENANGAN KAMI SEWAKTU KECIL, FAHAM TAK??? Bila aku beli benda ni, mesti awek & kawan aku aku perli semacam je. aku pun fikir "what the fuck? aku suka benda ni, tak payahlah kau nak perli camtu dohh." dalam otak aku ni HAHA.


Sorry, aku  terEMO pula. HAHA. So, aku start kumpul HW ni tahun lepas lah kalau tak silap aku. Waktu tu aku selalu lepak KLCC dengan kawan baik aku ni. Setiap kali pergi KLCC, mesti aku ajak dia teman aku sekejap ke Parkson, ISETAN ke, tetapi yang paling penting ofcourse lah Toys'R'Us kan. HAHA. So, disana aku sanggup lah check dari satu rak ke satu rak yang lain semata-mata nak pilih HW yang paling cantik & berkenan kat hati aku ni je.

So, tahun lepas je sebanyak 21 HW + 4 model jenama lain aku dah beli. Dianggarkan aku dah keluarkan lebih dari RM100 lah semata-mata nak beli mini toys ni. But aku rasa ianya berbaloi sebab aku susun toys di atas meja belajar aku ni. So memang boleh menghadap toys ni 24jam kalau aku nak. HAHA. Tetapi tahun ni aku langsung tak beli apa-apa sebab aku tiada masa nak beli. Lagipun tak banyak model yang cantik, semuanya model kereta lama. PTUIHHH! Dan yang paling best sekali, roommate aku ni pun kaki kumpul HW! Memang aku & dia tak henti berborak pasal HW lah kadang-kadang. HAHA.

Meja belajar aku. Penuh dengan toys & buku. Haha.


Koleksi HW aku. Sikit aje. :)


p/s: Korang ada apa-apa benda yang korang kumpul sebagai koleksi selama ini? mehh story dekat aku. :)

Aku Kasihan Dengan Budak-Budak Generasi Sekarang Ni..

oh hai. selamat petang mehh.

Ya, seperti yang aku taip untuk tajuknya, aku memang sangat kasihan dengan kanak-kanak generasi zaman sekarang ni. Kesian sebab apa? Kesian sebab mereka tidak dapat menikmati zaman kanak-kanak dengan indah. Sekarang ni mereka lebih banyak terperap di rumah menonton Astro, lebih banyak bermain PlayStation/X-Box, dan yang sewaktu dengannya lah. Aku malas nak taip banyak sebab aku sendiri tak tahu apa benda yang aku nak taip. HAHA.

Aku taknak cerita pasal budak-budak yang sudah bersekolah menengah ni sebab mereka ni spesis banyak melepak dekat shopping complex je, bukannya jenis yang lepak-lepak dekat taman permainan macam zaman aku dulu. HAHA. Tetapi aku nak cakap pasal budak-budak yang masih bersekolah rendah ni lah. Yang aku perhatikan lah ek selama ni, mereka hanya dibenarkan bermain didalam rumah or diluar rumah saja. Yalah, nak salahkan ibu bapa tak benarkan anak-anak mereka bermain jauh-jauh pun tak boleh juga sebab sekarang ni kan zaman banyak perompak, pembunuh, penculik dan berbagai jenis pe lagi lah.

Memang aku kesianlah dengan budak-budak ni sebab aku dulu dari umur 7tahun sampai ke 12tahun aku suka bermain dengan kawan-kawan aku di kawasan taman permainan. Macam-macam kami buat. Baling-baling mercun dekat orang lah(LOL), main jongkang-jongkit, buaian, bola sepak, badminton lah dan macam-macam lagilah sampai aku tak tahu nak taip apa lagi. HAHA. Parents aku tak kisah pun sebab mereka tahu aku pergi ke mana dan aku pergi dengan siapa.

But, masih lagi ada budak-budak yang dapat rasa apa yang aku rasa waktu aku kecil dahulu. Cuma pergerakan mereka agak terbatas lah kan disebabkan banyak kes budak diculik berlaku sekarang ni. Dulu aku relaks je pergi taman jauh-jauh dengan geng aku, tiada siapa nak marah. Lagipun dulu kes culik kurang, malah kes budak-budak dilanggar kereta pun kurang. Sekarang ni nak pergi kedai runcit seberang rumah pun kena berhati-hati nak lintas jalan oii. Nanti tak pasal-pasal terbaring atas jalan kena langgar dengan kereta or motor muncul dari pelbagai arah jalan. HUH.

Oh ya, disebabkan parents zaman sekarang tak boleh nak terlalu biarkan anak mereka bebas ke sana ke mari macam budak-budak dulu buat, so mereka pun daftarkanlah anak-anak mereka masuk tuisyen sana tuisyen sini, lepas tu ada kelas taekwando lah, kelas karate lah. Lepas tu ada lagi yang daftarkan masuk ke dalam kelas muzik, kelas melukis. So, masa lapang budak-budak ni pun tak lah membazir tanpa faedah macam budak-budak zaman aku dulu. HAHAHA.

Tetapi aku kadang-kadang rasa parents zaman sekarang ni pun tak berapa betul juga dengan menyediakan anak-anak mereka dengan benda-benda berteknologi tinggi seperti handphone, komputer, internet apa semua ni. Disebabkan benda-benda inilah budak-budak zaman sekarang ni agak kurang ajar disebabkan mereka terdedah pada benda-benda negatif yang terdapat di internet ni. Bayangkanlah ek, budak-budak umur 7-8tahun dah pandai mencarut "babi, pukimak, lancau" apa semua ni?

Aku sendiri pun hanya dapat access internet ni sewaktu umur 16tahun je + dapat guna handphone masa berumur 15tahun. Tetapi budak-budak sekarang ni umur 10tahun dah dapat BlackBerry, iPhone, iPad daripada parents mereka. Aku tak jeles, tetapi aku kesian je dengan budak-budak ni. Sudahlah tak dapat nak bermain diluar, lepas tu mereka bebas pula gunakan benda-benda yang berINTERNET ni. Aku tak tahulah korang sedar ke tak, tetapi budak-budak sekolah rendah sekarang ni pun dah tahu apa itu PORN dohh. Memanglah parents tegur jangan buka benda bukan-bukan, tetapi masalahnya di Youtube pun boleh tengok benda-benda lucah tu,kan? Malah filem-filem yang Astro siar tu pun ada adegan lucah. Itu belum masuk lagi kartun-kartun zaman sekarang ni ada adegan cium mulut, french kiss(LOL) pula.

HOT? Apakah kebabian HOT ini? (PART 2)

Sila baca PART 1 dulu kalau korang belum baca lagi. :)

Oh ya, korang perlu ke fanpage ni? Kalau korang ni ada blog yang sangat hebat sampai perlukan sebuah fanpage, then go ahead lah. (Oh ya, jangan bandingkan diri korang dengan selebriti ya sebab mereka memang perlu sentiasa berhubung dengan peminat.) Tetapi kalau korang ada fanpage disebabkan korang dah add terlalu ramai orang didalam facebook, Itu sungguh BLOODY SHIT BASTARD namanya. Setakat ada 3-4 akaun yang dipenuhi dengan orang asing yang korang rajin add or approve tu, korang memang TIDAK LAYAK dipanggil selebriti ya, wahai cik abang, cik akak dan cik adik sekalian. Oh lupa pula aku nak taip benda ni, kalau korang buat fanpage disebabkan korang ada sebuah page yang ramai orang like pun, itu masih TIDAK MELAYAKKAN diri untuk memiliki sebuah fanpage. Contohnya korang create page "gelak ketawa macam setan!" di facebook lah kata kan, then lepas tu ada 100,000 orang like page korang!! So, korang boleh pula muncul idea untuk buat fanpage tentang diri korang tu dan lepas tu korang pergi promosi pula fanpage profile korang yang tak seberapa tu didalam page "gelak ketawa macam setan!" korang tu. HAHA. Itupun tak melayakkan korang untuk memiliki sebuah fanpage. :)

korang pernah baca ayat "Do add, do talk" ataupun "Kalau korang tak say "hai" lepas aku approve, aku akan remove korang dari friendlist dengan serta-merta" ini? Oh yeah baby yeah, aku pasti korang pernah baca ayat HOT sebegini. Aku pastilah kan ayat "Kalau korang tak say "hai" lepas aku approve, aku akan remove korang dari friendlist dengan serta-merta" ni memang ayat babi gila punya bajet HOT. Kalau dibuatnya dia approve friend request sewaktu mamat/minah yang add tu tengah tidur lagi, takkan dia nak remove semula dengan secepat yang mungkin? BANGANG BANGANG BANGANG.

Tetapi apa pula kena-mengena dengan  "Do add, do talk" pula? Well, aku pasti 85% lelaki/perempuan yang dah di approve oleh seorang 'perempuan cun cantik manis da bomb' atau pun 'lelaki hensem kacak bergaya seperti seekor kuda' pasti akan taip "Hai, terima kasih app :)" pada wall facebook perempuan/lelaki berkenaan, tetapi akhirnya post mereka tidak di reply, hanya terbiar berhabuk je. HAHA. So, dimanakah relevannya ayat  "Do add, do talk" ni ek? Aku rasa ayat ni tak lengkap sebenarnya. Sepatutnya diubah kepada "Do add, do talk tetapi biarlah yang hensem/cantik je yang talk dengan aku". Setuju tak? HAHA.

Aku pernah tengok ada seorang minah ni post gambar dia sedang berIM dengan seorang lelaki. Dia & kawan-kawan dia dok kutuk mamat tu. Rupanya mamat tu memaki hamun dia ni tanpa sebab dekat IM facebook ni. HAHA. So, aku bukan nak cakap apalah kan, tetapi aku salahkan mereka berdua ni sebab minah ni yang approve request daripada mamat ni kan, so nasib badanlah. Dan mamat tu pula gila agaknya pergi memaki hamun orang tanpa sebab. HAHA. Itulah, diri tu dah HOT sangatkan sampai nak penuhkan friendlist punya pasal, ni main hentam je add/approve orang asing di facebook. Kan dah terjumpa lelaki psycho dekat facebook. Nasib baiklah dia tak jumpa "lelaki hidung belang" lagi. BANGANG BANGANG BANGANG.


So, korang boleh nampak kan, betapa BANGANG nya diri korang ni bila korang cuba bajet HOT didepan orang lain. Apa salahnya cuba bersikap bersederhana je? Tak rugi + tak sakit hati pun, kan? Oh ya, orang yang bajet HOT ni adalah orang yang kekurangan kasih sayang + kurang perhatian dari keluarga rasanya, HAHA. Lagi satu aku nak pesan, "semakin ramai 'kawan facebook', semakin kuranglah 'kawan sebenar'"


Bajet HOT? Pergi mampuslah.
Terasa ? Pun pergi mampuslah.


p/s: Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan pada orang-orang yang sudi membaca entri bangang aku ni sampai habis. HAHA.

HOT? Apakah kebabian HOT ini? (PART 1)

Oh hai, selamat pagi.

So, hari ni aku cuba nak kupaskan isu hangat sekarang ni iaitu isu HOT. Semenjak dua tiga menjak ni, tiba-tiba je isu HOT timbul. Aku sebenarnya terfikir HOT apa yang diorang cakapkan ni. Kalau cakap pasal cuaca, memang agak HOT lah sekarang ni sebab Malaysia kan terletak di garisan khatulistiwa, memang HOT sungguhlah cuaca disini berbanding negara lain. HAHA. Tetapi kalau cakap pasal "sifat HOT" pula, yang tu lah aku cuba nak terangkan sekarang ini.

HOT, HOT, HOT. Perkataan ini banyak muncul di akaun facebook aku sekarang ni. So, apakah ke-babi-an HOT ini? Aku nak terangkan, tetapi aku pasti ramai yang dah tahu. So, sekarang ni aku just nak beri pendapat aku sendirilah tentang isu ni ek.

Bagi aku lah kan, sifat HOT dari sudut pandangan aku ni ialah gabungan sifat sombong + riak + angkuh + mahukan perhatian dari orang ramai. Aku tengok sekarang ni ramai sungguh orang yang mempunyai banyak akaun facebook yang dipenuhi ramai orang asing. Bila akaun dah cecah max 5000 orang, so bolehlah buka akaun baru dengan meletak tanda II, III, IV dan seterusnya di belakang nama masing-masing dan aku juga pasti ramai yang bangga gila bila dapat full kan friendlist facebook tu walaupun korang ni bukanlah seorang selebriti pun, am I right? HAHA.

Oh by the way, aku sebenarnya tertanya-tanya korang semua sedar tak siapa yang korang add/approve ramai-ramai di dalam facebook tu? Korang pasti ke yang di add/approved tu semuanya baik? Korang pasti korag takde ter-add jenis 'PSYCHO' ataupun jenis gersang terlebih(LOL) ke dalam friendlist facebook korang? Aku boleh kata kan yang aku pasti korang tak kenal pun 95% orang didalam facebook korang yang mempunyai 5000 orang didalamnya. But, kalau korang add 1000-4000 orang  sekalipun, aku pasti korang tak kenal 80%-90% orang didalamnya dan aku juga pasti korang sanggup add/approve ramai pun sebab mereka semua tu ada Mutual Friends je, betul tak? HAHA.

Lagi satu, aku cukup marah bila ada orang buat list pada info mereka. Kalau list tentang biodata diri sendiri ke, ok lah juga. Tetapi ni dah siap sedia list orang-orang yang boleh add akaun facebook mereka je. PERGHHH! Yang paling tak boleh blah tu, ada budak hingusan taip "Awek bertudung tak boleh add, sorry ya" dekat list dia. Itu memang dah sombong tahap dewata raya peringkat ke-tujuh betul! HAHA. Gila babi khinzir ayam tenuk betul budak-budak zaman sekarang ni. *facepalm*

sombong betul?

bersambung pada PART 2 pula. :)

Sindir-Menyindir

Oh hai semua.

Walaupun dah pukul 4am sekarang ni, tetapi aku masih lagi belum tidur sebab ada berbagai benda sedang aku fikirkan didalam otak ni. Nak cakap runsing tu, tak ada lah sangat. Biasalah, semua orang ada masalah masing-masing.

Aku disini just nak terangkan tentang salah satu antara sifat buruk yang ada pada diri aku ni iaitu aku kuat menyindir orang lain. Aku tahu, kalau aku kutuk secara terang-terang, confirm mau makan penampar dibuatnya. HAHA. So, sehingga sekarang ni aku masih lagi dalam proses mengubah sikap buruk aku kepada sikap yang lebih baik. Disebabkan sifat kuat menyindir orang ni lah aku sudah kehilangan 3-4 orang yang paling rapat dengan aku. Ya-ya, memang padan muka aku. HAHA.

Ok-ok aku tahu, aku ni asyik "haha" je dari tadi, tetapi itu tidak bermakna aku tak menyesal atas kesalahan aku tu. Sudah tentulah aku menyesal, ok. Aku pernah terfikir cuba nak berbaik-baik dengan mereka semula, but aku rasa tak perlulah kot aku mencari mereka semula sebab CONFIRM 100% mereka tidak akan terima aku semula selepas disindir secara bertubi-tubi oleh aku dulu. Kalau aku punya sindiran just boleh buat mereka sentap sikit je, tak apa lagi. tetapi aku bagi sindiran yang boleh mendatangkan penampar + penendang di muka aku sendiri. HAHA.

Ekau bayangkanlah ek, somalam den sibok borgurao-sondo dongan mereko, then esoknyo 'datang angin jahat' den ni agaknyo lah kan sampai sogalo bondo pasal mereko den buat bahan sindiran. Sudohlah den yang sindir mereko ni habis-habisan, lopas tu den pulo yang delete mereko ni daripado facebook + handphone den ni. Jadi, macam mano tu hah? Memang mental botui den ni. So, den boleh hilang seorang kawan baek dongan mengeluorkan 3-4 status berbaur sindiran di facebook jo. Bodoh botui den ni. *Facepalm*

Mari ramai-ramai facepalm pasal diri aku ni.


So, apa yang aku nak terangkan ialah korang janganlah mengikut sikap buruk + hodoh + bangang + bodoh + bahlol aku ni ya kalau korang taknak kehilangan kawan karib mahupun kawan biasa korang pun. Kalau korang rasa korang ni dah terlalu banyak kawan sampai tak peduli apa pun, silalah teruskan. HAHA. tetapi kalau korang ni "Kera Sumbang" macam aku, better korang berubah je lah. tak rugi pun, kan. :)

07 February 2012

Kebodohan melanda diri.

oh hai lagi.

kali ni aku nak menaip sedikit tentang maksud "privacy". korang tahu apa itu privacy? tak tahu? sila bacanya di dalam kamus, then barulah kamu tahu. HAHA.

sebenarnya aku nak beritahu bahawa perbuatan berkongsi password facebook/twitter/blog or apa pun lah dengan BF/GF adalah perbuatan paling BODOH yang boleh dilakukan kamu, ya. sebab kamu sendiri belum tentu pasti bahawa BF/GF kamu itu akan kekal bersama-sama kamu sampai ke alam perkahwinan pun. dibuatnya break-up nanti, tak ke cari pasal je bila EX-BF/GF kamu tu akan masuk ke dalam profile facebook/twitter/blog kamu tu, the diorang buruk-burukkan nama kamu dihadapan saudara-mara, adik-beradik, followers kamu? betul tak dohh? so perbuatan itu memang sangat BANGANG ya.

lagi satu, kamu kena ingat, facebook tu, pasti penuh dengan saudara-mara, adik-beradik, kawan-kawan kamu, malah ada yang add ibu ayah sendiri dalam facebook! so rasanya tak perlulah kot nak share password dengan BF/GF kamu tu. facebook ni adalah hal peribadi bagi diri sendiri, ok. kalau BF/GF minta password sebab diorang takut kamu ada skandal or BF/GF baru di dalam facebook tu, then kamu patut tinggalkan je diorang tu sebab bukan ke bila ber-couple ni kena percaya antara satu sama lain? aku tak maksudkan percaya 100% lah kan, but atleast tak perlulah sampai nak sentuh tentang benda peribadi seperti facebook ni. kamu nak share baju ke, share seluar ke, itu terpulang pada kamu. but benda-benda seperti facebook atau benda-benda yang bersangkut-paut dengan keluarga sendiri, better simpan sendirilah. tak perlulah 'baik hati' sangat nak share password.

last but not least, SHARING IS CARING memang sangat bagus kalau nak share maklumat ke, buku ke, apa-apa aje lah. tetapi bukanlah dengan share password benda-benda yang penuh dengan hal peribadi kamu ni ya.

ok, dah pukul 7pagi, sampai waktu untuk aku tidur. ciaooooooooooo.

'Penyanyi Youtube' Malaysia? What the..?

Selamat Pagi.
Aku dah lama tak update dan aku tak peduli pun. Cuma kali ni otak aku agak berserabut, kusut lepas mendengar sebuah lagu 'bakat baru' di Youtube sebentar tadi. So, aku sebagai orang Malaysia yang prihatin merasakan diri aku ni PERLU buat entri ni sebelum idea-idea aku hilang berterbangan di angkasa sekejap lagi. HAHA.

So, tadi aku bukalah satu laman web hiburan ni, saja nak baca "gosip-gosip berilmu". HAHA. Dan didalam laman hiburan tu adalah satu entri tentang 'penyanyi' baru ni ek. Jadi, aku pun bukalah youtube 'gadis ayu' menyanyi ni ya. But, aku bukan nak condemn apa lah kan, cuma kenapa sekarang ni ramai sangat yang buat lagu berkaitan Twitter, Facebook?! Cuba guna Tagged, Myspace ke, Friendster ke pula! HAHA.

Oh come on lah, aku tak kisah kamu nak menyanyi ke apa, cuma tolonglah pilih medium yang lain untuk mengetengahkan 'bakat' yang kamu ada tu. But why must youtube? Lepas satu, satu 'artis' muncul dari youtube ni lah. Lepas dah famous sikit, masing-masing besar kepala, ada kontroversi sana sini. Itu yang aku rasa nak bakar je gitar, keyboard diorang tu. Haisyyy. Kalau rasa diri tu berbakat sangat, pergilah cuba menyanyi dekat hotel, kelab malam/jazz(bukan clubbing ya) ke apa semua tu macam artis-artis sebelum zaman Youtube tu buat. tapi ni tidak, Youtube juga yang dipilih.

Walaupun suara masing-masing just biasa-biasa je, tetapi kamu masih lagi cuba mempertaruhkan maruah, harga diri dan menebalkan muka dengan meng-upload video demo nyanyian kamu ke dalam Youtube. So, itu sangat membanggakan sebab kamu yakin pada diri masing-masing dan yang paling best sekali sudah tentulah boleh menyanyi di atas pentas bersama artis-artis berpengalaman walaupun kamu hanya famous dengan satu lagu je nanti! LOL. What a joke.

Tetapi please lah ek, walaupun video nyanyian kamu boleh cecah 10juta view pun, tetapi akhirnya diri terpalit dengan berbagai kontroversi walaupun tidak sampai setahun kamu dalam industri hiburan ni, better step down dan cari kerja lain je lah or habiskanlah SPM dulu kalau ya pun! HAHA!

Oh ya, kalau kamu betul-betul nak juga famous kan diri menggunakan youtube + 'suara sedap' kamu tu, make sure kamu or keluarga kamu kena KAYA lah sebab dengan DUIT sahaja baru kamu boleh 'melebarkan sayap' ke pentas antarabangsa dengan 'suara sedap' kamu tu. Kalau tidak, tunggu je lah setahun dua lagi untuk menjadi artis 'suam-suam kuku' di Malaysia yang tercinta ini. LOL. Dah tak boleh nak cari makan di Malaysia dengan 'suara orang macam malas menyanyi' kamu tu, so pergilah ke USA or negara Eropah yang boleh terima 'bakat luar biasa' kamu tu, ya. HAHA.

TERASA? PERGI MAMPUS LAH TERASA, APA ADA HAL?