penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

23 February 2012

Terima Kasih Kepada Para Pembaca Blog Aku.

Ya, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca blog aku ni. Walaupun kandungan blog aku ni boleh dikatakan 95% macam haram jadah, tetapi ada juga yang sudi membukanya. Maybe ada yang buka pun sebab aku promosi blog ni pada facebook aku. Kalau aku tak promosi, mungkin tiada siapa yang nak buka blog aku ni pun. HAHA.

Tetapi yang aku perasan, ramai orang buka blog aku sebab mereka tercari-cari gambar kasut. What the..?? Aku tak pasti kenapa, tetapi mungkin sebab dulu aku tak reti sangat nak attach gambar ke dalam blog, so aku just share link gambar tu terus pada blog aku ni tanpa aku upload dari dalam pc aku. So, setiap kali ada orang search gambar kasut adidas di google image contohnya, memang blog aku lah yang akan muncul. Entri ini dan juga entri ini memang dapat sambutan tanpa sebab. LOL

Dulu aku ni rajin promosi blog di dalam group blogger apa semua tu lah di facebook ni. But aku dah keluar dari group tu semua. Aku sekarang ni dah  terasa sangat malas nak join group sana sini semata-mata nak promosi blog dan ada ramai followers. Kalau followers yang berkualiti, tak apa lah juga. Kalau tidak, sia-sia sahaja. Oh by the way, korang boleh baca penerangan aku tentang isi Followers ramai di entri ini mehh.

Entri Tudung aku ni pun boleh tahan juga dapat sambutan menurut carta pageviesw yang aku terima ni lah. But tak lebih 150 pageviews pun lah. HAHA. Even dapat 10 pageviews pun aku dah bersyukur dah, inikan pula dapat 100 pageviews. Tetapi, entri yang paling banyak pageviews sudah tentu lah entri ini sebab dulu aku siap buat new event & jemput ke semua ahli group KSB semata-mata nak share link entri aku tu je. Gila babi ar wa cakap lu. Ramai condemn aku sebab aku buat event tu. HAHA.

Oh ya, aku tengok ada juga orang buka blog aku ni menggunakan handphone. Terima kasih sangat-sangat lah sebab buka blog aku ni di mana jua anda berada ek. But aku tertanya-tanya kalau-kalau header blog aku ni jadi lain bila buka guna handphone. Aku tak pernah pun buka blog aku ni guna handphone, so tak tahulah apa jadi. Hope serupalah macam apa yang aku tengok didalam pc aku ni.

So yeah, do follow my blog IF you're REALLY interested about this damn blog. ciao.

Leave your comment