penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

08 February 2012

Valentine's Day

Selamat malam mehh.

Aku pasti tahun ni ramai yang dah bersemangat nak sambut Valentine's Day(VD) minggu akan datang ni, kan? Ya lah, boleh dapat bunga, boleh dapat coklat, macam-macam hadiah lagi, lepas tu boleh peluk, cium + buat seks bebas dengan kekasih yang tersayang pula. HAHA. Well, korang nak sambut ke, tu korang punya pasal lah. aku tak peduli pun. Tetapi korang yang dok berseronok-seronok sedar ke apa itu VD ni?

Oh tidak, ianya bukanlah sekadar hari untuk bersuka-ria dengan kekasih masing-masing je, tetapi ada maksud yang lebih mendalam sebenarnya. Sebenarnya VD ni adalah hari memperingati kematian paderi agama kristian yang bernama Saint Valentine(SV). Sebab apa nak diorang sambut dia ni? Sebab SV ni adalah seorang paderi kristian yang sangat terkenal di Rom.

Oh ya, ini fakta ya. Aku pasti korang pelik apa pula kena-mengena SV dengan VD yang selalu disambut ni? Memanglah nama VD diambil sempena nama SV ni kan, tetapi sebenarnya "kad ucapan cinta" yang korang dok hantar tu diberi nama sebagai kad "Valentine". So, ianya bukan sekadar sempena memperingati hari kematian SV, tetapi juga hari untuk bertukar kad "Valentine" dan juga coklat apa semua tu lah sesama kekasih. Aku pasti korang dah pening baca explanation daripada aku ni, kan? HAHAH.

Aku mungkin tidaklah tinggi agama sangat, tetapi aku tidaklah jahil sangat sampai nak menyambut benda-benda merepek ni. Lagipun sekali setahun baru nak tunjuk kasih sayang ke? What the f..? Setiap hari adalah hari untuk tunjuk kasih sayang sesama manusia, ok?! So, korang yang beragama Islam ni perlu stop sambut hari kematian paderi Kristian ni, ok?! Maulidur Rasul tak sambut, tetapi Valentine's Day sambut pula?

P/S: Aku tak sabar nak tunggu lagi 8-9bulan dari sekarang, sebab aku pasti nanti banyak kes orang buang bayi akan dilaporkan di ke semua arus media massa. Kalau dah taknak bayi tu, berilah pada orang yang memerlukan anak. Janganlah dibunuh bayi tidak berdosa tu. By the way, aku pernah buat entri tentang VD ni pada tahun lepas. Tapi versi lagi panjang lebarlah. kalau rajin nak baca, masuk sini. So, sampai sini je lah entri aku, ciao.


Leave your comment