penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

07 February 2012

'Penyanyi Youtube' Malaysia? What the..?

Selamat Pagi.
Aku dah lama tak update dan aku tak peduli pun. Cuma kali ni otak aku agak berserabut, kusut lepas mendengar sebuah lagu 'bakat baru' di Youtube sebentar tadi. So, aku sebagai orang Malaysia yang prihatin merasakan diri aku ni PERLU buat entri ni sebelum idea-idea aku hilang berterbangan di angkasa sekejap lagi. HAHA.

So, tadi aku bukalah satu laman web hiburan ni, saja nak baca "gosip-gosip berilmu". HAHA. Dan didalam laman hiburan tu adalah satu entri tentang 'penyanyi' baru ni ek. Jadi, aku pun bukalah youtube 'gadis ayu' menyanyi ni ya. But, aku bukan nak condemn apa lah kan, cuma kenapa sekarang ni ramai sangat yang buat lagu berkaitan Twitter, Facebook?! Cuba guna Tagged, Myspace ke, Friendster ke pula! HAHA.

Oh come on lah, aku tak kisah kamu nak menyanyi ke apa, cuma tolonglah pilih medium yang lain untuk mengetengahkan 'bakat' yang kamu ada tu. But why must youtube? Lepas satu, satu 'artis' muncul dari youtube ni lah. Lepas dah famous sikit, masing-masing besar kepala, ada kontroversi sana sini. Itu yang aku rasa nak bakar je gitar, keyboard diorang tu. Haisyyy. Kalau rasa diri tu berbakat sangat, pergilah cuba menyanyi dekat hotel, kelab malam/jazz(bukan clubbing ya) ke apa semua tu macam artis-artis sebelum zaman Youtube tu buat. tapi ni tidak, Youtube juga yang dipilih.

Walaupun suara masing-masing just biasa-biasa je, tetapi kamu masih lagi cuba mempertaruhkan maruah, harga diri dan menebalkan muka dengan meng-upload video demo nyanyian kamu ke dalam Youtube. So, itu sangat membanggakan sebab kamu yakin pada diri masing-masing dan yang paling best sekali sudah tentulah boleh menyanyi di atas pentas bersama artis-artis berpengalaman walaupun kamu hanya famous dengan satu lagu je nanti! LOL. What a joke.

Tetapi please lah ek, walaupun video nyanyian kamu boleh cecah 10juta view pun, tetapi akhirnya diri terpalit dengan berbagai kontroversi walaupun tidak sampai setahun kamu dalam industri hiburan ni, better step down dan cari kerja lain je lah or habiskanlah SPM dulu kalau ya pun! HAHA!

Oh ya, kalau kamu betul-betul nak juga famous kan diri menggunakan youtube + 'suara sedap' kamu tu, make sure kamu or keluarga kamu kena KAYA lah sebab dengan DUIT sahaja baru kamu boleh 'melebarkan sayap' ke pentas antarabangsa dengan 'suara sedap' kamu tu. Kalau tidak, tunggu je lah setahun dua lagi untuk menjadi artis 'suam-suam kuku' di Malaysia yang tercinta ini. LOL. Dah tak boleh nak cari makan di Malaysia dengan 'suara orang macam malas menyanyi' kamu tu, so pergilah ke USA or negara Eropah yang boleh terima 'bakat luar biasa' kamu tu, ya. HAHA.

TERASA? PERGI MAMPUS LAH TERASA, APA ADA HAL? 

Leave your comment