oh hai. selamat petang mehh.
Ya, seperti yang aku taip untuk tajuknya, aku memang sangat kasihan dengan kanak-kanak generasi zaman sekarang ni. Kesian sebab apa? Kesian sebab mereka tidak dapat menikmati zaman kanak-kanak dengan indah. Sekarang ni mereka lebih banyak terperap di rumah menonton Astro, lebih banyak bermain PlayStation/X-Box, dan yang sewaktu dengannya lah. Aku malas nak taip banyak sebab aku sendiri tak tahu apa benda yang aku nak taip. HAHA.
Aku taknak cerita pasal budak-budak yang sudah bersekolah menengah ni sebab mereka ni spesis banyak melepak dekat shopping complex je, bukannya jenis yang lepak-lepak dekat taman permainan macam zaman aku dulu. HAHA. Tetapi aku nak cakap pasal budak-budak yang masih bersekolah rendah ni lah. Yang aku perhatikan lah ek selama ni, mereka hanya dibenarkan bermain didalam rumah or diluar rumah saja. Yalah, nak salahkan ibu bapa tak benarkan anak-anak mereka bermain jauh-jauh pun tak boleh juga sebab sekarang ni kan zaman banyak perompak, pembunuh, penculik dan berbagai jenis pe lagi lah.
Memang aku kesianlah dengan budak-budak ni sebab aku dulu dari umur 7tahun sampai ke 12tahun aku suka bermain dengan kawan-kawan aku di kawasan taman permainan. Macam-macam kami buat. Baling-baling mercun dekat orang lah(LOL), main jongkang-jongkit, buaian, bola sepak, badminton lah dan macam-macam lagilah sampai aku tak tahu nak taip apa lagi. HAHA. Parents aku tak kisah pun sebab mereka tahu aku pergi ke mana dan aku pergi dengan siapa.
But, masih lagi ada budak-budak yang dapat rasa apa yang aku rasa waktu aku kecil dahulu. Cuma pergerakan mereka agak terbatas lah kan disebabkan banyak kes budak diculik berlaku sekarang ni. Dulu aku relaks je pergi taman jauh-jauh dengan geng aku, tiada siapa nak marah. Lagipun dulu kes culik kurang, malah kes budak-budak dilanggar kereta pun kurang. Sekarang ni nak pergi kedai runcit seberang rumah pun kena berhati-hati nak lintas jalan oii. Nanti tak pasal-pasal terbaring atas jalan kena langgar dengan kereta or motor muncul dari pelbagai arah jalan. HUH.
Oh ya, disebabkan parents zaman sekarang tak boleh nak terlalu biarkan anak mereka bebas ke sana ke mari macam budak-budak dulu buat, so mereka pun daftarkanlah anak-anak mereka masuk tuisyen sana tuisyen sini, lepas tu ada kelas taekwando lah, kelas karate lah. Lepas tu ada lagi yang daftarkan masuk ke dalam kelas muzik, kelas melukis. So, masa lapang budak-budak ni pun tak lah membazir tanpa faedah macam budak-budak zaman aku dulu. HAHAHA.
Tetapi aku kadang-kadang rasa parents zaman sekarang ni pun tak berapa betul juga dengan menyediakan anak-anak mereka dengan benda-benda berteknologi tinggi seperti handphone, komputer, internet apa semua ni. Disebabkan benda-benda inilah budak-budak zaman sekarang ni agak kurang ajar disebabkan mereka terdedah pada benda-benda negatif yang terdapat di internet ni. Bayangkanlah ek, budak-budak umur 7-8tahun dah pandai mencarut "babi, pukimak, lancau" apa semua ni?
Aku sendiri pun hanya dapat access internet ni sewaktu umur 16tahun je + dapat guna handphone masa berumur 15tahun. Tetapi budak-budak sekarang ni umur 10tahun dah dapat BlackBerry, iPhone, iPad daripada parents mereka. Aku tak jeles, tetapi aku kesian je dengan budak-budak ni. Sudahlah tak dapat nak bermain diluar, lepas tu mereka bebas pula gunakan benda-benda yang berINTERNET ni. Aku tak tahulah korang sedar ke tak, tetapi budak-budak sekolah rendah sekarang ni pun dah tahu apa itu PORN dohh. Memanglah parents tegur jangan buka benda bukan-bukan, tetapi masalahnya di Youtube pun boleh tengok benda-benda lucah tu,kan? Malah filem-filem yang Astro siar tu pun ada adegan lucah. Itu belum masuk lagi kartun-kartun zaman sekarang ni ada adegan cium mulut, french kiss(LOL) pula.
Leave your comment
Post a Comment