penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

11 May 2012

Permainan Tradisional

oh hai. selamat awal pagi mehh.

jam disini sudah menunjukkan masa pukul 2.10AM, tetapi aku masih lagi sempat buat entri baru. well, nak buat camne, aku dah puas tidur malam tadi. lagipun aku kan memang standard lah buat entri awal pagi waktu semua orang tengah nyenyak tidur sekarang ni. HAHA. oh ya, abang aku yang beri idea untuk aku buat entri ini. thanks, bro.

so, kali ni aku nak menaip tentang permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh generasi dahulu dan juga beberapa kerat lah dari generasi sekarang ni. aku pasti ramai orang-orang yang sebaya aku ataupun lagi tua daripada aku mungkin pernah main beberapa permainan tradisional yang aku bakal tunjukkan ini.

kalau generasi muda? well, maybe diorang pernah dengar tentang congkak, sorok sorok dan juga batu seremban je lah kot. permainan tradisional yang lain-lain mungkin agak blur bagi mereka. tetapi aku tak salahkan mereka sebab memang permainan video/rancangan televisyen/'bercinta' di zaman sekarang ini jauh lebih menarik di mata mereka. HAHA.

so, mari baca senarai permainan tradisional yang aku sediakan ini;

Batu Seremban.
hoho. ini permainan yang sangat menarik walaupun aku tak tahulah kalau permainan ini memang berasal dari Seremban ke apa. HAHA. cara nak mainnya ialah korang kena kutip satu per satu beg kecil itu sehingga habis. semakin lama, semakin banyak yang korang kena kutip. daripada satu beg, menjadi sampai 4-5 beg sekaligus. sebenarnya aku tak pasti aku terangkan cara yang betul untuk main permainan ini sebab aku sendiri dah berbelas tahun tak main permainan ini. HAHA.


Congkak
aku pasti ramai orang tahu cara main Congkak. punyalah famous permainan Congkak ni sampai ada filem pasal Congkak, kan? so, aku nak kena terangkan juga ke macam mana nak main Congkak ni?


Dam Aji
ini permainan wajib yang dimain di warung-warung dan permainan ini terkenal dikalangan pakcik-pakcik. well, aku bukan pakcik pun aku suka main Dam. HAHA. cara main nya lebih kurang hampir macam permainan Catur juga, cuma tak terlalu complicated sampai sangat lah sampai nak kena pakai pangkat Grand Master apabila main Dam Aji ni. tetapi aku tak tahulah kalau-kalau ada juga pangkat-pangkat sebegitu didalam permainan Dam ni?


Galah Panjang
"buah cempedak di luar pagar, ambil GALAH tolong jolokkan..."
ehh, sorry, aku rasa pantun ini tak ada kena-mengena dengan permainan Galah Panjang ni. ok berbalik kepada cara untuk bermain nya. so cara nak main ialah korang kena 3-4 orang rasanya yang bertindak sebagai 'pengawal garisan'. lepas tu kena ada seorang pemain pihak lawan kena berlari masuk ke garisan di sebelah mereka. TETAPI kena berhati-hati sebab kalau anggota badan disentuh oleh 'pengawal garisan' ini, maknanya korang akan dibelasah sampai lunyai dikira sebagai 'mati'


Gasing
permainan yang sangat cambest yang sudah 14tahun aku tak nampak lagi dah, tetapi aku bencikannya sebab aku tak reti nak baling dengan betul. arghhh, bila difikirkan balik yang aku tak tahu baling Gasing, terasa kenangan budak-budak lalu didalam diri aku ni telah musnah sedikit. tetapi aku pasti kalau aku terus berlatih sampai sekarang, confirm dah expert gila sampai boleh main Gasing atas laptop aku ni. HAHA. cara nak main 'senang' je, korang lilit tali tu pada badan Gasing, lepas tu baling atas lantai. kalau nak lagi best, baling atas kepala orang.


Guli
perkara yang wajib diguna apabila main Congkak. tetapi selain itu ia juga boleh diguna untuk bermain 'Baling Guli'. kalau korang tak pernah main baling-baling Guli ni, memang aku tak tahu nak cakap apa dah. HAHA. cara nak main senang juga, korang cuma kena panggil seberapa ramai kawan-kawan korang. lepas tu buat satu garis bulatan kecil di atas tanah gitu lah. lepas tu setiap kawan-kawan korang tu kena letak beberapa biji Guli masing-masing didalam bulatan tersebut. lepas tu setiap seorang akan dapat giliran untuk membaling Guli ke dalam bulatan tersebut. kalau ke semua Guli korang yang terdapat didalam bulatan tu tercampak keluar akibat impak 150KM/H balingan Guli kawan-kawan korang tu, korang dikira kalah. kalau nak lagi best, Guli korang yang terkeluar daripada bulatan tu terus jadi hak milik persendirian kawan-kawan korang terus. HAHA


Konda Kundi
oh ini antara permainan yang maybe susah lah nak dijumpa sekarang ni. malah tak semua orang pernah main pun. tetapi aku boleh dikira bertuah sebab aku pernah main permainan Konda Kundi ini diwaktu zaman sekolah rendah dahulu. cara nak bermain ialah korang kena korek satu lubang kecil. lepas tu letak ranting kecil di atas lubang tersebut. lepas tu korang baca lah sendiri cara-cara seperti yang tercatat didalam gambar tersebut. HAHA.


Teng Teng
Teng Teng ataupun Ketinting ini memang sangat digemari oleh kaum hawa. seperti yang korang nampak didalam gambar tu, korang kena lukis kotak-kotak tersebut, baling batu ke dalam mana-mana kotak tu. lepas tu kena lompat setiap kotak tersebut dengan sebelah kaki je. arghhh, susah aku nak terangkan sebab aku pernah main sekali je Teng Teng ni waktu dulu. so aku sendiri tak pasti camne nak terangkan pada korang. HAHA.


Sepak Raga
guna bola sama yang diguna untuk bermain Sepak Takraw, cuma korang tak perlukan jaring je. lagi seronok bila bermain beramai-ramai. ia juga boleh menjadi satu senaman yang bagus. aku pernah main permainan ni sehingga waktu sekolah menengah je. tetapi selepas itu terus berhenti bersenam dan mula mengumpul lemak badan di waktu universiti ini.


Aci Sorok
ya, aku tahu, nama permainan ini sangat pelik. yang aku tahu, aku panggil ia sebagai bermain Sorok Sorok je. tak tahu pula nama betulnya ialah Aci Sorok. HAHA. permainan paling senang, maybe? main dengan seberapa ramai yang boleh. lepas tu tentukan siapa 'hantu'. lepas tu si 'hantu' kena tutup mata dan kena mengira sampai angka 20-30. yang lain-lain tu kenalah pergi menyorok. selepas si 'hantu' habis mengira, dia kenalah mula mencari orang-orang yang menyorok tu. senang jumpa kalau main sorok-sorok di tempat yang kecil. kalau kena kat tempat yang besar, memang sampai ke malam lah baru dapat cari semua orang. HAHA.


Jentik Penutup Botol
ok, aku tak tahu apa nama permainan ini sebenarnya. aku main taip je apa yang terlintas kat otak aku ni. HAHA. ok, permainan ini senang je. korang perlukan 5 penutup botol seperti didalam gambar ini. korang kena campak ke atas lantai. lepas tu kawan korang akan bagi arahan untuk korang jentik penutup ini ke penutup itu contohnya. kalau penutup yang korang jentik tu terkena ke penutup yang bukan sasaran utama, maknanya korang dikira kalah lah ya.



so sampai sini je lah permainan tradisional yang aku boleh ingat. ada banyak lagi sebenarnya, tetapi aku tak ingat apa nama permainan-permainan tersebut. oh ya, aku nak minta maaf kalau cara aku terangkan setiap permainan ini macam bangang je sebab memang aku takde buat apa-apa kajian pun tentang cara nak main. aku just search gambar-gambar tersebut je. HAHA.

Leave your comment