ya, entri dari aku lagi. aku cuba buat entri sekurang-kurangnya satu lah setiap bulan. tetapi selalunya memang lebih dari satu pun. HAHA. so kali ni aku nak bercakap pasal handbag. no no no, aku tak pakai handbag. aku cuma tertanya-tanya adakah handbag ni sebenarnya mempunyai satu lokasi rahsia didalam nya?
handbag biasa? I DON'T THINK SO!
ianya bagaikan terdapat sebuah galaksi di dalam setiap handbag perempuan.
handbag kecil, tetapi didalam terdapat berbagai benda bagaikan poket ajaib Doraemon.
kenapa aku tiba-tiba bertanya pasal handbag apa kejadahnya semua ni? well, sebab memang aku tertanya-tanya bagaimana perempuan boleh menyimpan banyak barang didalamnya. dah banyak, pasti berat nak mampus agaknya dengan mekap apa semua tu disumbat dalam tu. tak sakit ke bahu?
ya, ada juga kaum hawa yang tak suka pakai handbag, maybe lagi suka pakai beg galas kot? tetapi benda yang sama juga akan berlaku tak kiralah mereka pakai handbag ataupun pakai beg biasa je, pasti kedua-dua jenis beg tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai barang sampai aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. HAHA.
tetapi yang paling pelik sekali ialah bagaimana kaum hawa ni boleh menjumpai segala barang didalam handbag yang dah dipenuhi dengan pelbagai barang yang lain dengan senang? padahalnya kadang-kadang ibu aku suruh aku ambil handphone mahupun purse dia didalam handbag dia, aku kadang-kadang gagal menjumpai barang-barang tersebut. (maybe aku perlu pakai cermin mata kot?)
tetapi bila ibu aku dengan senangnya boleh jumpa barang-barang tersebut, pasti reaksi aku akan jadi lebih kurang begini lah;
Leave your comment
Post a Comment