penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

30 August 2015

KAU SUDAH DEWASA

KAU SUDAH DEWASA


Kau sudah dewasa. Mungkin kau tidak bersekolah tinggi. Mungkin juga kau sudah sampai ke tahap yang dikatakan "Menara Gading". Tetapi kau tidak perlu gusar tentang semua itu lagi kerana kau sudah dewasa, tiba masa untuk kau melakukan perkara yang akan lebih menggembirakan hati kau kini. Malah dunia kini terbuka luas buat kau kerana kau sudah dewasa.

Kau sudah dewasa. Kau kini sudah mempunyai pekerjaan sendiri, sudah ada duit saku sendiri. Mungkin juga kau ini anak orang kaya yang hanya membelanjakan harta kekayaan ibubapamu untuk memenuhi kehendak kau. Apa jua alasanmu, kini kau sudah boleh beli apa saja barang yang kau mahu kerana kau sudah dewasa. 

Kau sudah dewasa. Kini tanggungjawab kau semakin meningkat. Kau kini sudah ada kereta, motor, rumah dan mungkin juga pasangan hidup. Kau kini mula jadi stres memikirkan bagaimana hendak meningkatkan duit kau untuk membayar segala bil dan membeli barang untuk kemandirian hidupmu sepanjang bulan. Kau kini mula berfikir bermacam benda di dalam otakmu sehinggakan rambut kau juga sudah mula bertukar putih kerana kau sudah dewasa.

Kau sudah dewasa. Kau boleh pergi ke mana jua kau mahu. Kau boleh buat apa jua yang hati kau mahukan kerana kau sudah dewasa. Kau tidak perlukan lagi orang mengarahkan kau supaya jangan buat itu, jangan buat ini lagi. Arahan dari orang lain tidak lagi kau ikuti, malah kini kau pula yang mula mengarah-arahkan orang lain kerana kau sudah dewasa.

Kau sudah dewasa. Kau kini semakin kerap menipu, kerap berbohong kerana itulah lumrah hidup manusia yang sudah dewasa. Kau terpaksa menjadi hipokrit untuk hidup di alam dewasa ini. Ya, kau sedar, semakin kau dewasa, semakin kau faham dengan adat permainan dunia ini, jadi kau terpaksa belajar membohongi antara satu sama lain kerana kau sudah dewasa.

Kau sudah dewasa. Kau kini semakin pandai berjanji dan kau juga semakin pandai memungkiri janji. Ayat-ayat manis, memuji, mengeji, mencaci semakin pandai kau luahkan kini. Ketika kau kecil, mungkin kau hanya mampu mencaci "MAK KAU HIJAU!" pada orang yang kau benci. Tetapi kini kau sudah mampu mencaci dan memuji orang sehingga ke tahap yang kau sendiri tidak pernah terbayangkan kerana kau sudah dewasa.

Kau sudah dewasa. Kini cinta dan kasih sayang mula menjadi kepentingan buat dirimu. Kau mungkin setia. Kau juga mungkin suka bertukar-tukar pasangan seperti pakaianmu. Kau mula merasakan bahagia apabila ada seseorang berada disisi. Kau kini mula merasakan pelbagai jenis perasaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini kerana kau sudah dewasa.

Kau sudah dewasa. Ahli keluarga kau mula meninggalkan diri kau. Kawan-kawan juga meninggalkan diri kau. Kawan yang dulu kau kata sahabat baik, kini tidak lagi sebegitu. Dulu kenal, sekarang sudah menjadi seperti orang asing. Cinta hadir dan pergi dari hidup kau. Walaupun dilanda banyak dugaan, kau tetap kuat dan tabah menghadapinya. Ya, semua ini kau akan lalui apabila kau sudah dewasa. 

Kau sudah dewasa. Teguran dan nasihat dikatakan "berleter" pula sekarang ini buat kau kerana kau sudah dewasa. Mungkin kerana kau sudah besar, kau sudah mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri, kau mula merasakan bahawa orang lain tidak lagi boleh mencampuri urusan hidup kau. Ya, kau sudah dewasa. MEMANG KAU SUDAH DEWASA.

-Farid Izzat-

12 July 2015

Blog tanpa Iklan? WHY THE HELL NOT?!

oh hai semua.

ya, ya, aku baru je update entri tadi. now aku nak update lagi pula. 

aku rasa ni akan jadi entri paling ringkas aku buat untuk tahun ni. well, ringkas tak ringkaslah kan. HAHA. aku cuma nak luahkan rasa terkilan kerana kadangkala bila aku layari blog orang lain, tiba-tiba keluar berbagai jenis iklan dalam browser aku ni. menyebabkan laptop aku ni jadi slow sikit disebabkan iklan-iklan bodoh sebegitu.



aku faham ada yang rajin update blog ni dan letak berbagai jenis iklan kerana itulah punca pendapatan sampingan mereka selain gaji dari bekerja tetap di luar sana kan. ya, aku faham bro & sis blogger sekalian.

tapi seriously, cubalah kurangkan sedikit jumlah iklan di dalam blog kau tu haa. serius serabut mata aku ni bila aku buka blog kau. even aku dah install AdBlock kat google chrome ni pun masih boleh terlepas beberapa iklan menyakitkan mata tu. pelik aku dibuatnya.

cuba contohi blog aku ni. aku bukannya nak puji, tapi aku lagi selesa dengan blog minimalis camni. header tak perlu nak besar bagak sangat. font pun tak perlu nak colourful sangat. tapi sila bawa bertenang dulu, aku takde nak judge blog orang lain ke apa ya. terpulang pada kreaviti pemilik blog lah nak buat camne pun kan. aku tak peduli pun. so jangan nak fire kat aku cepat sangat. HAHA.

tapi ebih baik bersederhana je bak kata orang. bersederhana dalam hidup, bersederhana dalam blog sekali. HAHA. memang betul aku tak perlukan duit dihasilkan dari blog ni ke apa, sebab tu aku update entri camni. I got it. aku faham. Kalau nak masyuk sangat, jadilah macam blog PEN itu ini ataupun blog pasal selebriti malaysia ni haa. confirm masyukkkkk, letaklah 100 iklan sekalipun. HAHA.

ok lah, tu je aku nak update untuk hari ni. kang aku update benda lain pula keesokan hari. ciao, bye.

Resipi Orang Bujang: Cucur Tepung Gaya Rajin Sikit

oh hai. selamat pagi bro & sis sekalian. 

sedar tak sedar, dah hampir 6bulan aku tak update blog ni. ehh ada lagi ke yang nak baca entri-entri dalam blog aku ni? ada lagi ke yang buka blog sekarang ni? I thought blog is soooooo 2011 you know. HAHA,

memandangkan sekarang ni kita sedang memasuki hari ke-25 ramadhan, hampir tiba syawal tak lama je lagi kan. so sekarang ni aku terasa sedikit rajinlah nak share resipi orang bujang kali ni sebab aku baru je lepas bersahur. 

sebenarnya aku agak terkejutlah yang entri malas tentang resipi cucur tepung aku yang LAMA ni pun boleh cecah lebih 4000 views setelah 2tahun lebih aku update. nampaknya memang ramai betul yang search resipi cucur tepung ni di internet ek??? memang aku betul-betul tidak menjangkakannya. HAHA.

"Cucur Tepung Gaya Rajin Sikit"

1. tepung gandum (takkan guna tepung beras pula)

2. beberapa cubit-cubitan, senggol-senggolan garam.

3. minyak masak yang belum dimasak.

4. ikan bilis (ikut suka hati nak letak berapa banyak or jenis ikan bilis)

5. sebiji bawang bapaknyaaa besar.

6. sesudu kecil butter (saja buang tebiat nak letak)


letak tepung dalam bekas terbesar yang korang ada.
guna pasu bunga pun tak jadi masalah kalau itu tabiat korang.


silalah tumbuk, terajang bawang dan ikan bilis seperti di dalam gambar.


jangan over sangat belasah bawang dan ikan bilis tu.
nanti jadi tak rangup pula. oh ya, letak butter dan garam sekali.


letak air panas dan gaulkannya seperti di dalam gambar.
jangan letak banyak sangat air tu, biar pekat begini.


lepas tu goreng sehingga berwarna keemasan.
kalau dah hangus pun kau bedal je lah, tak elok membazir.


ya, ya. aku tahu pasti korang rasa aku macam skip beberapa langkah dalam resipi aku ni kan? nope, aku takde skip apa. cuma malas nak ambil banyak gambar dan taip banyak perkataan. faham-faham sendirilah nak goreng camne. dah nama pun RESIPI ORANG BUJANG. HAHA.

JANGAN SALAH FAHAM TENGOK GAMBAR DAH SIAP MASAK TU MASIH SIANG PULA. SEBENARNYA AKU NAK UPDATE PASAL RESIPI NI SEJAK AWAL BULAN LEPAS LAGI. CUMA AKU MALAS JE. LAA NI BARU RASA RAJIN. HAHA.

ok, tu je aku nak update kali ni. ciao, bye.