oh hai. selamat malam mehh.
setelah 5hari aku tiada idea nak update blog, akhirnya datanglah satu idea iaitu dengan membuat reviu tentang filem Men In Black 3 yang aku baru tonton petang tadi. ya-ya aku tahu, ayat aku agak berbunyi skema babi. HAHA.
sekarang ni tengah cuti sem, so banyaklah aktiviti tidak berfaedah yang aku boleh lakukan di masa lapang ni seperti menghabiskan duit dengan menonton movies, beli komik dan benda-benda yang biasa di beli oleh budak tidak matang seperti aku ni. HAHA.
so filem ni mengisahkan tentang makhluk asing dari spesis Bogdolite yang bernama "Boris The Animal" yang melarikan diri daripada Penjara Lunar Max di bulan sana tu. biasa lah, dah nama pun spesis makhluk asing kan, pasti dia tiada masalah nak bernafas di atas bulan. HAHA.
oh ya, selepas Boris sampai ke bumi, dia menggunakan satu alat peranti gitu lah untuk pergi ke tahun 1969 untuk membunuh eK yang masih muda kerana ketika itu K telah menangkap Boris dan menyebabkan Boris kehilangan tangan kiri pada tahun 1969. well, dah kena penjara selama 40tahun, siapa yang taknak balas dendam, kan? HAHA.
tetapi selepas Boris telah pergi ke tahun 1969 dan berjaya membunuh K yang akhirnya telah mengubah sejarah dunia, J merasakan ada benda yang tak betul sebab semua orang di MIB seolah-olah tak pernah kenal siapa itu K selepas si J ni dok terpekik terlolong nama K di sana. HAHA.
akhirnya ejen O (pengganti kepada Zed yang pernah muncul di filem MIB 1 dan MIB 2) mengarahkan K mendapatkan alat peranti yang sama seperti Boris gunakan untuk pergi ke masa silam. selepas K berjaya pergi ke tahun 1969, di sana dia bertemu pula dengan ejen J yang masih muda.
dan selepas itu korang faham-faham je lah, ada adegan tembak menembak sana sini, lawak sana sini. kalau dah Will Smith yang berlakon, confirm lawak tak kering gusi di buatnya kan. HAHA. oh ya, nanti dah hujung-hujung cerita akan ada satu watak bernama Griffin yang ada kuasa boleh meramal masa depan.
kalau nak tahu lebih lanjut, silalah pergi menonton filem Men In Black 3 ni ya. tak rugi duit pun. support lah industri perfileman luar negara. kita mesti kaya kan mereka yang dah sedia kaya. HAHA. oh ya, ada lagi satu, sila bawa tisu ya bagi yang mempunyai emosi terlebih ni. takut nanti ada pula yang menangis tengok babak akhir filem ni. HAHA.
sampai sini je lah reviu dari aku. ciao.
Leave your comment
Post a Comment