dah hampir 2 minggu kot aku tak update blog sampah ni sebab ketandusan idea. lagipun sekarang ni tengah cuti sem, so otak aku pun tengah didalam mod 'hibernasi' agaknya. tu yang slow + blur je aku sepanjang 2 minggu bercuti ni. HAHA.
ok, ceritanya macam ni. minggu lepas aku beli laptop baru ek. aku beli pun sebab laptop lama aku terlalu banyak sangat di serang Blue Screen of Death. so dengan 'kepandaian' aku menggunakan Google untuk search laptop yang bagus di internet pun bermula lah.
setelah berjam-jam aku buat survey, akhirnya aku terjumpa satu laptop yang bagus, tetapi masih lagi berharga bawah RM3000. so ini lah dia laptop baru aku. aku perkenalkan Acer Aspire V3-571G kepada korang semua. HAHA.
lawa tak? lawa tak? HAHA
yup, memang sangat terang skrin nya sampai sakit mata aku tengok.
oh ya, aku suka laptop ni sebab spesifikasi nya sangat bagus bagi laptop yang berharga tak sampai RM3000. aku kira kalau jenama laptop lain ada spesifikasi macam ini, mau kena RM3000 lebih agaknya. HAHA.
so ini lah spesifikasi laptop aku;
- i7-3610QM 2.3GHz yang boleh meningkat sehingga 3.3GHz dengan Turbo Boost. paling terbaru.
- Nvidia GeForce GT 640M 2GB DDR3. ini pun model yang paling baru juga.
- 15.6 HD LED LCD. sangat terang, tetapi kena hati-hati sebab LED cepat rosak.
- 8GB DDR3 Memory! HAHA. sebenarnya 4GB DDR3 je, tetapi aku upgrade jadi 8GB terus.
- 1000GB = 1TB HDD! itu belum masuk 500GB external HDD aku lagi tu. HAHA.
- USB 3.0 yang sangat penting sekarang ni sebab transfer file akan jadi lebih laju berbanding USB 2.0
- Webcam aku ni versi HD, jadi gambar lagi cantik lah kalau nak Skype atau YM ke.
- yang paling best sekali keyboard nya kelihatan seperti keyboard Apple MacBook tu. HAHA.
- oh ya, yang paling tak best sebab beratnya 2.6KG! itu belum termasuk charger, wayar nya apa semua tu. oh ya, tu belum termasuk kepanasannya boleh meningkat menjadi hampir 80'C kalau main game. HUH
so kalau korang berminat nak beli, try lah survey tempat korang ya. aku memang plan nak beli dekat LowYat sebab confirm boleh dapat murah punya. tetapi disebabkan ayah aku tak sihat sangat, jadi kitorang pun pergi ke shopping mall yang tak ramai orang sangat lah iaitu kat The Mines, Serdang ni je.
ok kalau ikut harga yang ditunjukkan kat dalam website Acer malaysia, ia sepatutnya berharga RM2899. tetapi disebabkan banyak pekedai-pekedai ni pun just bagi waranti setahun je pun, itu belum termasuk free gift yang entah apa-apa tu, tu yang boleh dapat murah. HAHA.
so aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada ayah aku kerana masih lagi belikan barang-barang yang mahal untuk anaknya yang dah berumur 22tahun dan sepatutnya dah ada kerja dan boleh beli laptop sendiri ni. HEHE. ok, sampai sini je lah entri dari aku ek. ciao.
8 Comments:
walaweyh..jeles ni..xmampu..huhuh..xpe ah,nak g cari galaxy note je..hahah
perghhh. tak sanggup wohhh iz nak beli handphone harga RM2000.
lagi sanggup beli laptop atau ipad/galaxy tab je dengan harga sebegitu. HAHA.
hehhe..gurau la..kita pun xmampu...ijat..bila saya tgk ijat di FB,rindunya kita kat ijat..huhuhu...kat sini je bleh komen2...
hahah.
takkan dah takde nombor hp iz lagi? add je lah di fb iz tu, iz approve je lorr. :)
dah add la..masalahnya..ni nak tebal muka nak mintak no fon..macam xkenal ecah ni...hahahhaa...meh nak nombor...hehe..
cakap dah add, tapi tak ada pun? pelik pelik. ehh, takkan iz nak letak nombor hp dalam blog ni kot? HAHA. ni nombor ecah yang 017-595xxxx tu kan?
hahahha...tp macam xbleh nak add je..private pulak semuanya..jap2..try lain ye..
iz mc jelah...nanti ecah save terus..
Post a Comment