penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

16 June 2012

Popeyes

oh hai. selamat awal pagi mehh.

kali ni aku nak buat entri tentang POPEYES. oh no no no no. bukan kartun Popeye tu dohh. tapi ini adalah sebuah restoran makanan segera yang seangkatan dengan KFC dan MCD tu. orang-orang yang duduk kawasan selangor & kuala lumpur mungkin pernah dengar lah kot nama restoran POPEYES ni.


logo restoran POPEYES


so apa yang special tentang POPEYES ni ek kalau dibandingkan dengan KFC dan juga MCD dan juga restoran-restoran makanan segera yang lain? oh well, setiap restoran adalah keunikan yang tersendiri kan. kalau MCD terkenal dengan burger nya yang sedap + tapi agak bersepah dengan sayur tu. HAHA.

KFC pula terkenal dengan ayam goreng dan juga zinger burger nya yang sungguh lazat sehingga menjilat ibu jari kaki sendiri. HAHA. PIZZA HUT sudah tentulah terkenal dengan berbagai jenis piza nya kan, tak kan lah terkenal dengan burger pula. HAHA.

jadi, apa pula yang istimewanya dengan POPEYES ni? mehh aku citer kan ya. restoran POPEYES ni dah tentu lah berasal dari luar negara kan dan ia mula muncul di Malaysia ni pada hujung tahun 2010 kalau tak silap aku lah sebab rasanya aku pernah makan POPEYES ni dengan bro aku waktu kedai ni buat promosi sempena pelancaran nya di The Mines dahulu.

aku belum pernah rasa lagi lah burger nya atau pun resipi yang lain sebab sekarang ni aku tak habis-habis beli set makanan nya yang ada ayam goreng + fish&chips gitu + 2 scoop nasi bersama kuah dan juga mashed potato nya. HAHA. sedap dohh! You must try it!

ada orang samakan mashed potato nya dengan KFC punya. tetapi pada pendapat aku lah, mashed potato POPEYES ni lah yang terbaik sebab dia macam ada pedas sikit, lepas tu ada something lagi lah dalam tu yang menambahkan sedap nya sampai boleh membuatkan aku makan sampai licin bekas nya itu. mashed potato KFC sudah terlalu mainstream sekarang ini. HAHA.

oh ayam goreng nya pula istimewa juga lah bagi aku sebab aku rasa ia juga sangat sedap. tetapi dalam hal ini, sudah tentulah KFC juara nya.  dah nama pun Kentucky FRIED CHICKEN kannnn. HAHA. ok kalau nak di cakap tentang harga nya pula, errrr, hampir sama mahal macam KFC dan juga MCD lah kot. HAHA.

tapi aku rasa lah, walaupun harganya hampir sama mahal macam restoran lain, tetapi aku rasa lagi kenyang lah makan POPEYES ni sebab ayam goreng nya besar juga lah, lepas tu fish&chips juga besar dan juga aku tengok saiz burger nya pun besar juga lah.

sekarang ni boleh dikatakan seminggu sekali dua lah aku akan makan POPEYES di The Mines, Serdang ni. makanan yang menjadi pilihan aku sudah tentulah SET D yang mengandungi seketul ayam goreng, seketul fish&chips, 2 scoop nasi + kuah dan juga semangkuk kecil mashed potato. kalau korang taknak mashed potato, boleh ditukar dengan coleslaw atau beberapa lagi side dish yang lain.

aku berikan markah 6.5/10 kepada restoran POPEYES je lah kerana layanan krew yang peramah, makanan sedap dan juga deco restoran simple tetapi menarik. tetapi kurang 3.5 markah sebab aku tak faham kenapa sudah hampir pukul 11pagi, tetapi segala makanan masih belum siap di masak walaupun kedai nya dah nak dekat sejam buka agaknya. aku rasa better diorang buka lambat je, kalau makanan belum siap. HUH.

oh ya, kedai ni ada 5 cawangan je sekarang ni iaitu di The Mines, Wangsa Walk, e@Curve, Mid Valley dan juga Sunway Pyramid je. even KLCC dan juga Pavi pun takde restoran ni. HAHA. aku rasa cawangan POPEYES di The Mines ni yang pertama di Malaysia kot sebab ianya tersenarai di atas sekali di dalam website POPEYES Malaysia. oh ya, sila like page facebook POPEYES Malaysia juga ya.

yang best nya tu, POPEYES juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah. see, hebat tak? baru 5 cawangan dah ada servis cam ni. walaupun just boleh hantar di kawasan selangor dan kuala lumpur je, tetapi lagi bagus lah daripada KFC kan. HAHAHAHAHA. So Good konon. *facepalm*

sampai sini je entri aku. so, ciao sayonara selamat tinggal assalammualaikum.

Leave your comment