so, kali ni aku nak menaip tentang 2 'laman sesawang' (website. HAHA) yang aku sangat suka di saat ini iaitu Tagged dan juga Facebook. oh well, aku tak suka facebook sangat sebab disana aku banyak kawan yang boleh aku kata kan sebagai "Somebody that I used to know" je lah. HAHA.
mengikut pendapat aku yang dah menggunakan Tagged hampir 6tahun dan juga pengguna Facebook hampir 3tahun ni, setiap social website pasti lah ada pro & contra masing-masing kan. jadi disini aku nak list kan beberapa lah pro & cons website yang aku suka & tak berapa suka sangat ini;
TAGGED
pro:
- macam yang aku taip di atas ni lah, sebab semua status boleh dibaca oleh para pengguna Tagged yang lain, jadi tak perlu add pun tak apa. tu yang seronok.
- oh ya, background boleh diubah dengan apa cara yang korang nak pun. malah boleh guna background yang bergerak-gerak lagi tu.
- korang juga boleh guna pic bergerak-gerak seperti yang aku gunakan sebagai default pic di akaun Tagged aku tu.
- boleh beri GIFT, LUV, TAGS dan juga boleh 'beli' para pengguna Tagged ni dengan bermain PETS. aku punya value sekarang ni $10Billion kalau tak silap lah. HAHA.
- yang ni paling best! korang boleh tahu kalau ada orang stalk profile korang dengan melihat bahagian "My Viewers".
cons:
- pengguna akaun Tagged memang tak seramai pengguna akaun Facebook lah kan. HAHA.
- banyak sangat orang salah guna status yang diboleh oleh orang ramai itu dengan mempromosi 'sex service'.
- banyak sangat 'virus' yang melanda bahagian komen. tak pasal-pasal bahagian komen dipenuhi dengan gambar-gambar merepek.
- tak usah lah nak dok cari sepupu-sepapat atau kawan-kawan sekolah lama korang sebab diorang tak guna Tagged pun. HAHA.
- agak berserabut juga bila background profile ni dipenuhi dengan bermacam gadget sampah. HUH
- ramai sangat spesis lelaki gersang di Tagged. so aku pasti para gadis di Tagged pasti agak tak berapa selesa tentang yang ini.
FACEBOOK
pro:
- kat sini lah website yang sesuai nak cari kawan lama, sepupu-sepapat lama korang sebab confirmed diorang guna facebook. HAHA.
- korang yang kurang 'kasih sayang' dan 'perhatian' tu pasti suka bila ramai orang LIKE status korang kan? HAHA.
- kalau nak main online games, kat sini ada macam-macam lah jenis game dari jadi pekebun di 'farmville' sampailah boleh jadi pemilik restoran didalam 'cafe world'.
- design nya yang sangat simple dan juga kemas. tak sakit mata sangat sebab ada warna biru dan putih je kan.
- well, sekurang-kurangnya facebook tak buat status jenis open for public kan. jadi korang tak perlu baca status yang bangang-bangang dari facebooker yang lain. cukuplah baca status bodoh dari kawan-kawan korang tu je. HAHA.
cons:
- disebabkan design nya yang terlalu simple tu lah buat aku muak, rasa nak muntah tengok dua warna ni je kalau cuba online facebook lebih dari 3minit.
- TIMELINE? oh come on! berserabut aku tengok bahagian komen aku kejap kiri, kejap kanan. ingat aku tengah chat guna iPhone ke?
- tak boleh letak .GIF pictures. :(
- Facebook pun banyak virus sama macam yang melanda di Tagged juga.
- korang takkan tahu kalau ada orang stalk profile korang.
- ramai sangat orang bergaduh guna facebook ni. korang pernah dengar kes orang bergaduh guna Tagged? HAHA.
so aku nak cakap dalam 'perlawanan' antara Tagged dan juga Facebook ni berkeputusan dengan markah seri. HAHA. so setiap social website ada best dan tak best nya kan. so pandai-pandai lah buat keputusan ya. jadi, sampai sini je entri dari aku. ciao, sayonara.
Leave your comment
Post a Comment