setelah seminggu aku tak update blog bengong aku ni, jadi kali ni aku nak buat entri tentang application kesukaan yang sering aku gunakan di handphone CSL MI300 aku ni iaitu AfterFocus.
aku malas nak taip panjang lebar waktu ni. mehh layankan aje gambar yang aku sediakan;
aku pilih gambar yang paling kacak sekali. HAHA.
sila muntah sekarang ya.
mula-mula tekan 'Focus', dan pilih bahagian yang korang nak fokus kan.
lepas tu tekan 'Mid' untuk hilangkan area yang korang tak perlukan waktu fokus nanti.
selepas itu tekan anak panah warna biru di atas tu.
ok, lepas tu mulalah edit camne pun yang korang nak.
aku cuma edit background supaya ianya di jadi lebih kabur.
kalau taknak edit blur sangat, boleh terus masuk mod 'Filter' je.
ada berbagai-bagai jenis filter disini.
aku pilih mod Vintage untuk gambar aku ni.
lepas tu pilih vignetting pula untuk buat sekeliling gambar aku menjadi agak gelap.
lepas tu terus save je.
inilah hasilnya. ada macam INSTAGRAM tak? HAHAHAH.
amacam ok tak? HAHA
oh ya, yang aku guna ni versi untuk Android ya. aku tak berapa pastilah tentang iPhone ataupun pengguna perisian Windows phone mahupun Nokia. kalau ada, silalah beli ya. tak mahal pun. yang aku guna ni versi free je. kalau guna versi Pro, lebih banyak filter boleh digunakan dan saiz gambar yang boleh di save pun lebih besar. aku tak beli versi pro sebab aku malas nak on internet handphone aku ni. mahal gila kena caj untuk itu aje. HAHA.
so sampai sini je entri aku pagi ni. ciao.
Leave your comment
Post a Comment