penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

02 July 2012

Sepanyol 4 - 0 Itali

oh hai. selamat awal pagi mehh.

ya-ya, aku masih belum lagi tidur kerana baru sahaja sebentar tadi menyaksikan perlawanan bola sepak di antara Sepanyol menentang Itali. aku pasti ramai lagi orang diluar sana belum lagi tidur kerana sebab yang sama. HAHA.

perghhh. memang terbaik game sepanyol malam ini sebab mereka betul-betul 'berpesta' gol malam ni. gila lah bro. empat berbalas kosong tu! yang paling menarik tu, Torres masuk tak sampai 10minit pun sewaktu masuk padang pada minit ke 75 tadi, sudah dapat sumbat 1 gol dah. tak cukup dengan itu, Torres turut membantu Juan Mata menjaringkan gol yang ke-4 untuk pasukan Sepanyol di minit ke 86.

tetapi yang aku peliknya, how come lah Itali boleh masuk final kalau macam ni punya gaya nya? langsung tak bersemangat bila gol pertama bagi pasukan Sepanyol masuk seawal minit 13 tadi? ya, aku pasti semua orang pun akan hilang semangat, fokus bila gawang gol pasukan sendiri dibolosi pihak lawan, kan.

tetapi yang aku tak fahamnya macam mana lah Sepanyol dengan BEGITU MUDAH tembusi benteng pertahanan Itali ni? seolah-olah tiada orang pun yang kawal barisan pertahanan Itali. HAHA. well, aku bukan pemain bola mahupun peminat bola, tetapi dengan 2 biji mata aku ni aku boleh melihat sendiri bahawa benteng pertahanan Itali memang sangat kucar-kacir.

selepas aku menonton perlawanan Sepanyol menentang Itali ni sampai habis sebentar tadi, aku boleh kata kan yang Itali memang bernasib baik je dapat masuk ke perlawanan akhir. kalau Itali bertemu dengan Sepanyol ataupun Portugal sewaktu peringkat separuh akhir dahulu, memang dah lama jadi 'lauk' lah dibuatnya. HAHA.

waktu Sepanyol lawan dengan Portugal sewaktu peringkat separuh akhir hari tu, aku memang anggap yang corak strategi Sepanyol ni sangat-sangat-sangat dan sangatlah membosankan sebab mereka hanya passing bola sana sini je. lepas tu shoot bola ke gawang gol pun hanyalah beberapa kali je.

tetapi selepas menonton perlawanan akhir malam ini, memang aku respect habis lah dekat Sepanyol sebab dengan menggunakan strategi yang sama pun, dapat mengalahkan pasukan Itali. malah siap 'menganjing' Itali pula tu dengan menjaringkan 4 gol ke dalam gawang gol Itali. HAHA. walaupun guna strategi yang sama, tetapi memang perlawanan pagi ini lebih menarik lah. terbaik bro!

oh ya, kalau ada sesiapa yang tertanya-tanya lagu apa yang dimainkan setiap kali ada gol masuk, tu sebenarnya lagu Seven Nation Army dari kumpulan White Stripes. sila dengar full song nya ya.






TAHNIAH SEPANYOL!

Leave your comment