oh hai. selamat petang mehh.
hari ni adalah hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan kan, hope korang semua puasa lah ek. pada yang kaum hawa yang terpaksa 'bercuti' pada hari ini, jangan sedih ek. pada kaum adam yang terpaksa 'bercuti' juga hari ni atas sebab-sebab tak munasabah, korang ni memang teruk. HAHA
so aku terbaca dalam beberapa blog yang mengatakan bahawa mulai 2013, pelajar sekolah akan dibenarkan membawa handphone ke sekolah. well, ada yang kata perkara ini sangat bagus sebab ia penting bagi pelajar kalau ada sesuatu yang buruk berlaku, mereka boleh call parents, teachers mahupun talian kecemasan.
but you know what? pada pendapat aku lah, bawa handphone ke sekolah ni akan lebih mendatangkan keburukan je berbanding kebaikan. yes, kebaikannya pelajar boleh buat call kecemasan seperti yang aku taip tadi lah, tetapi keburukannya lebih banyak dari itu.
ok, kalaulah benar pelajar dibenarkan bawa handphone ke sekolah, korang dah boleh agak lah kan kes kecurian handphone akan naik secara mendadak di ke semua sekolah. malah pada tahun-tahun sebelum aku habis bersekolah 2007 dulu pun dah banyak kes handphone dicuri. even classmate aku sendiri pun dah terkena mehh.
bila handphone dah hilang, korang nak salahkan siapa? nak salahkan sekolah sebab tak tingkatkan keselamatan ke? HAHA. takkan pihak sekolah nak kena pasang CCTV disetiap kelas kot? kalau dah hilang handphone, salahkan diri sendiri lah sebab apa yang korang ni CERDIK sangat nak bawa benda mahal tu ke sekolah.
lepas tu kena ingat, budak-budak sekarang ni semua bantai pakai handphone mahal-mahal, bukannya handphone cap ayam macam 3310 ke apa. HAHA. semua nak pakai BlackBerry lah, iPhone lah, Samsung Note besar gedebak tu lah, kan? tak HOT ler kalau pakai handphone murah je, kan? lagi best kalau ada yang bawa iPad ke sekolah nanti. HAHA.
lagi satu keburukannya ialah pelajar confirm tak fokus pada cikgu yang tengah mengajar didepan. well, aku pastilah cikgu akan minta ke semua pelajar beri handphone mereka pada cikgu dulu, dan kemudiannya diwaktu habis sekolah baru cikgu berikan semula handphone tu pada mereka kan.
but aku pasti tak ada siapa pun yang nak berikan handphone mereka pada cikgu. gila ke? takde maknanya kan nak beri cikgu pegang handphone masing-masing oii. confirm masing-masing dah sorok handphone ke dalam stokin, beg, baju dalam ke, kan? HAHA.
kalau dah ada handphone didalam tangan sendiri, pastilah Twitter, Facebook yang jadi pilihan kan. nanti bolehlah update "bosan gila cikgu ni mengajar, cepatlah habis dohh" pada twitter dan facebook masing-masing kan. alaaaa. jangan tipu lah. confirm korang buat camtu punya.
dan lagi satu keburukan, seriously siapa yang nak akan call parents or cikgu sendiri? masing-masing lagi sanggup call BF/GF sendiri je. lepas tu berBBM je dengan kawan-kawan sendiri sampai lebam walaupun parents kau juga yang belikan dan topup kan handphone kau tu, kan?
so apa yang aku nak kata kan ialah cadangan pelajar dibenarkan bawa handphone ke sekolah ni tersangat lah MEREPEK. HAHA. so sampai sini je lah entri aku ni. ciao.
Leave your comment
Post a Comment