penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

19 July 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

oh hai. selamat malam mehh.

ya-ya, aku dah lama tak update. biasalah, kekeringan idea bagaikan dimusim panas yang kering ni juga. so seperti yang semua maklum dan kepada yang tak berapa maklum tu, tarikh kita mula berpuasa jatuh pada hari sabtu ini iaitu 21hb Julai 2012 ya. INGAT TU!

sekarang korang dah tahu kan hari apa mula berpuasa. so, jangan korang dok bantai melantak nasi lemak dan kopi-O awal pagi sabtu nanti pula. memang nak kena flying kick, falcon punch mahupun tombstone piledriver daripada ayahanda dan bonda yang tersayang lah jawabnya nanti. HAHA.

jadi aku just nak ucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan juga selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat dan juga kepada para pembaca blog aku ni. oh ya, jangan lupa Tarawikh pula oii. nanti esok lusa je lah aku update entri panjang sikit macam esei SPM pula. ciao.

*gambar diambil dari google image

Leave your comment