oh hai. selamat tengah hari mehh.
pekabar mehh?
so, semenjak dua tiga menjak ni memang aku banyak berfikir. macam-macam bendalah yang aku fikir. nak cakap ada masalah tu, takde lah sangat. masalah kewangan, masalah peribadi tu semua orang pun ada kan. tapi ni masalah lain. well, maybe entri kali ni lebih kepada personal issue bagi diri aku lah.
aku cuma terfikir kalau hubungan yang dah lama terputus ni patut ke disambung semula? tak kira lah hubungan bekas kekasih ke, bekas kawan ke. sebab apa aku tanya camni? sebab memang banyak perkara begini terjadi dalam hidup aku.
kadang-kadang aku terfikir perlu ke aku accept mereka ni semula dalam hidup aku selepas perkara-perkara yang terjadi dahulu? tak kiralah aku yang bersalah ke, mereka yang bersalah ke, who cares, right? perkara yang dah lama terjadi ni, kadang-kadang biar ianya menjadi kenangan je. dah elok-elok tak ingat apa yang terjadi, tiba-tiba boleh teringat semula perkara lama. lepas tu terjadi benda yang sama semula, itu yang nak naik darah dibuatnya.
sebab bila dicari-cari semula, perkara yang lama berlaku dahulu boleh terjadi semula di kemudian hari. lepas tu barulah terfikir didalam diri "apahal lah aku contact dia ni semula kalau benda yang sama berlaku lagi ni dohh?" betul tak? tapi nak kata menyesal sebab mencari atau dicari semula mereka yang dah lama 'menghilang' dari diri aku ni, takde lah pula macam tu. tetapi cuma kesal sebab benda yang sama berlaku lagi, itu aje lah.
orang melayu kita kata "yang lepas tu, lepas.". manakala orang inggeris pula berkata "let bygones be bygones.". jadi maknanya kita kenalah saling memaafi antara satu sama lain demi kenangan yang dah lama tercipta ni kan. tetapi kadang-kadang kalau kenangan yang penuh kepahitan lebih dari kemanisan, buat apa perlu dicari semula. nanti buat bertambah sakit hati je, kan?
aku ni sejak dulu sampai sekarang, memang sama je. tak berubah pun sikap. well, maybe aku dah kurang marah-marah, itu aje lah kot. sebab tu bila benda yang sama berlaku semula ni, aku tak naik marah ke pe. aku diam, aku cuba bertenang je. aku cuba lupakan semua benda ni dengan buat aktiviti kegemaran aku iaitu mendengar lagu atau menonton filem hasil dimuat turun secara cetak rompak di laptop aku ni je. HAHA.
dalam hati ni kadang-kadang terdetik juga hendak men-delete je nombor handphone ke, facebook ke, atau apa jua jenis yang bersangkut-paut dengan mereka yang ada kena-mengena dengan kenangan lama aku ni. tetapi bila fikir balik, buat apa aku nak delete? takde guna pun, kan. lagipun aku ni bukannya budak-budak lagi dah nak delete segala benda ni. poyo sangat buat camtu. HAHA.
jadi aku biarkan aje lah. lantak mereka lah nak cari semula ke, nak senyap je ke. asalkan mereka gembira dengan hidup mereka sendiri sudah lah ek. cuma aku cukup kesal lah yang diorang ni contact aku semula, lepas tu ulang benda yang sama pernah berlaku dahulu. macam yang aku taip tadi lah, aku tak marah pun kat mereka-mereka yang berkenaan ini.
ya, selepas lama tidak berhubung, memang terdetik juga perasaan seronok dan gembira dihati ni dapat berhubung kembali dengan orang yang pernah rapat dengan diri waktu dulu, kan. tetapi seminggu kemudian, ehh dah kembali semula macam dulu? what is this? baik diam je, tak payah contact semula, senang kan? aku pun tak payah nak teringat-ingat semula perkara lama ni. memang aku cukup kesal bila mereka buat macam ni lagi.
ehh sudahlah. aku dah mengantuk ni. malas nak taip panjang sangat. ciao.
Leave your comment
Post a Comment