aku nak taip lagi 1 entri di pagi yang
aku nak tanya ni, KENAPA ada segelintir manusia di luar sana yang takut kepada KUCING? why? why? whyyyyyyyy???? aku tak faham. adakah korang takut sebab korang tu de alahan pada bulu dia ke apa? ke korang ni takut sebab masa kecil dulu pernah kena "cakaran maut sejuta kali tahap dewa" daripada seekor kucing?
apa-apa pun, fobia terhadap kucing ni nampaknya teruk juga ek? ramai kot orang didalam dunia ini yang ada penyakit ni. kalau dah takut kucing, takkan korang nak bela cipan di dalam rumah pula? tetapikan, cipan pun comel apa. warna hitam putih tuuu. HAHA. ok-ok, aku bergurau je dohhh. why so serius mehh?
Ailurophobia - fobia terhadap kucing. sebenarnya susah juga kalau korang terkena benda camni. sebab kucing tu binatang yang comel. seronok bela kucing. korang yang ada ailurophobia ni pasti rasa geli dengan kucing, ya tak? come on. kawan-kawan aku ramai kot yang ada penyakit ni. semua pun bagi pendapat yang sama je, geli/jijik nak pegang kucing. apakah?
but aku tak boleh salahkan korang. aku sendiri pun ada fobia aku yang tersendiri iaitu fobia terhadap lauk ikan pari masak asam pedas. HAHA. masing-masing pasti ada fobia. tetapi selalunya fobia-fobia ni muncul bersebab. dia tak datang begitu je dalam diri kita. so pasti ada sesuatu yang telah membuatkan korang berasa takut dengan kucing ni.
aku pernah tengok orang sampai melompat-lompat, menjerit-jerit bila ada kucing lalu di kaki dia. HAHA. OMG. aku memang nak tergelak pun ada juga bila tengok kejadian tersebut. tetapi lebih kepada kesian lah kot sebab dia pasti takde pengalaman manis membelai kucing. HUHU. tetapi jangan risau, setiap perkara, pasti ada cara penyelesaiannya;
1.cara yang paling mudah adalah dengan mula membiasakan dengan diri dengan menyentuh berbagai jenis kain velvet. (maybe bulu kucing ada sama sedikit macam kain velvet kot?)
2.biasakan diri dengan mainan kucing.
3.bolehlah mula memegang anak kucing.
4.???
5.profit!
HAHA.
oh ya, ini adalah senarai orang-orang termashyur yang mempunyai penyakit ailurophobia ini;
- Napoleon Bonaparte
- Julius Caesar
- Alexander the Great
- Adolf Hitler
- Genghis Khan
- Benito Mussolini
- La Toya Jackson
HAHAHAHAHA
Leave your comment
Post a Comment