penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

05 February 2011

Sayangku... (ini bukan kisah cinta)

oiiii. apa gelak-gelak? ingat aku yang taip ganas-ganas ni takde perasaan ke? ciss. aku bukannya berhati batu, kayu, air lah. dalam hati ni ada taman bunga-bunga cinta, you know. lol. ok-ok. aku bergurau je kat situ, aku memang berhati batu pun. HAHA. sudah cukuplah aku merepek, merapu, meraban ya. mehh aku ceritakan sedikit tentang SAYANG aku n;

dia dah bersama dengan aku selama hampir 3tahun. setiap saat dia ada bersama aku. aku memang sayang gila dekat dia ni sebab dialah pelengkap hidup aku, tanpa dia, aku tidak akan dapat hidup di dunia yang fana ini. HAHA. aku tipu je. ok aku sambung balik; dia ni kalau tak bersama dengan aku, adoiii, rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap tau. seolah-olah aku pergi ber-window shopping di Pavillion tanpa pakai seluar,lepas tu semua pekedai gelakkan aku. haaa. camtu lah apa yang aku rasa.(apa gelak-gelak? ciss)

dia dah bersama dengan aku sejak tarikh 8hb Mac 2008 lagi. yup, betul-betul seminggu selepas hari jadi aku(aku nak bagitau korang yang birthday aku ni 1 mac la. takkan tak faham lagi. HAHA) dah faham kan? ke buat-buat tak faham? cisss. ok. setiap kali aku keluar berjalan-jalan, pasti aku akan bawa dia sekali sebab dia ni memang mengada-ngada, setiap masa nak ikut aku. nasib baik dia taknak ikut aku masuk jamban. HAHA.

masa tidur, wohh. ni yang special ni. aku malu + segan = tak tahu malu nak taip pasal ni sebenarnya. nanti korang kata entri aku ni boleh dicop sebagai 18SX pula. HAHA. tapi apa kisah, korang dah besar kan, pandai-pandailah nak baca ke taknak. HAHA. waktu tidur ni saat istimewa untuk aku dan si dia sebab kami akan tidur  sebelah-menyebelah yo. tapi aku pelik, macam mana kadang-kadang bila bangun tidur tu, dia akan dijumpai tertidur di bawah katil pula. ini cerita sebenar ok. tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. percayakah kamu gaji seorang penebar roti canai lebih tinggi dari gaji seorang penggali kubur. HAHA.

sorry, aku ter-quote kata-kata yassin didalam filem Lagi-Lagi Senario pula. HAHA. sorry lah kawan-kawan. aku memang suka merepek, percayalah kata-kata aku ni. tolonglah percaya ya. percayalah. percayalah. pleaseeeee. HAHA. korang pasti tertanya-tanyakan siapakah si dia yang aku sibuk sebut-sebutkan ini sampai tak tahu malu buat entri camni? korang tertanya-tanya, kan? kan? kan? haa? tak tanya pun? ciss. tidak apalah. biar aku beritahu sahaja siapakah si dia. si dia ialah sebuah telefon bimbit yang berjenama Nokia dan mempunyai kod nama iaitu N70-Music Edition. HAHA.

Thank You, Sayang. HAHAHA.

2 Comments:

ai'sha hamka said...

serius....bengong..haha

Izzat said...

HAHA.
kan dah kata. entri ini sangat merepek.