penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

04 February 2011

5 fakta tentang saya dan 5 fakta saya tidak suka

selamat petang mehh.

aku baru je tadi tekan butang 'attending' untuk menyertai satu pertandingan tentang Kami Si Blogger ni. aku tahu, inilah peluang aku untuk menjadi popular bersederhana je dalam dunia blog ini dan pada waktu yang sama pastilah aku nak meningkatkan gila-gila sedikit rating blog baru aku ni ya. si Wanz ni taip disitu yang ini bukanlah pertandingan. adehh. kalau dah ni bukan pertandingan, so aku tak tahulah nak panggil benda yang aku join ni apa. takkan nak cakap suka-suka je nak join? HAHA. ok, cukuplah aku merepek.

si owner group KSB  ni minta aku cerita sikit tentang 5 fakta berkaitan dengan diri aku. aku agak runsing dalam hal ni sebab aku pun tak tahu sangat pasal diri sendiri. HAHA. so aku taip je la ek apa yang aku tahu pasal diri aku ni;
  • aku rasa aku ni tidaklah kacak, tapi manisnya tu adalah. HAHA. perasan lebih dohh.
  • aku lebih suka terperap didalam bilik sendiri sebab dalam bilik aku ni ada TV, Laptop dan apa benda semua itulah. memang lengkap serba-serbi. Syukur Alhamdullilah. tapi jangan risau, aku ni dah puas bermain diluar sewaktu zaman sekolah. so korang jangan nak cakap aku ni takde life ek. HAHA.
  • aku sukakan permainan video ya. semua game aku rembat especially game yang bertemakan PERLUMBAAN. perghhhhhh....(pinjam ayat en.Perghh sekejap). memang aku boleh menghadap PS2 atau Laptop ni untuk berjam-jam lamanya. HAHA.
  • aku suka segala benda berkaitan KERETA. game kereta, model mini kereta, dan segala benda yang ada kereta pasti aku akan suka. tetapi aku sendiri yang sudah hendak masuk umur 21tahun ini masih lagi tidak mempunyai lesen kereta. HAHA.
  • aku mengaku, aku tidak pandai menaiki basikal. memang rasa jealous bila nampak orang lain bawa basikal bahkan adik aku yang masih kecil ni pun dah pandai bawa basikal. HAHA. kalau basikal pun tak tahu, korang jangan tanya ar pasal tunggang motor pula.
ok. itu je lah aku nak merepek tentang diri aku ni. sekarang ni aku nak kena taip tentang benda-benda yang aku tak suka. HAHA. ini satu soalan yang menarik sebab aku ada lagi banyak benda yang aku tak suka berbanding benda yang aku suka. ok, mari kita baca;
  • aku tak suka ... ok, lebih kepada aku fobialah sebenarnya kat lauk Ikan Pari Masak Asam Pedas ni. why? sebab lauk itulah yang telah menyebabkan aku terpaksa bertapa 3hari 2malam didalam jamban. yessss. lauk itulah penyebabnya! (maaf kepada orang-orang yang tengah makan asam pedas sambil baca blog aku ni.)
  • aku tak suka tengok perempuan merokok. why? bukan sebab diorang hisap or apa pun. relax, ini kan zaman 'moden' lah sangat kan. lelaki perempuan takde beza pun kan? kan? diorang nak hisap, lantak depa lah. aku tak suka sebab diorang ni hanya membazir je bila 'hisap' rokok. bukan hisap betul-betul pun, sedut sesaat, terus hembus keluar. langsung tak cool yo. lepas tu hisapnya 2,3kali dan dibiarkan je rokok tu habis terpadam camtu. cisss.(aku tak merokok ya.)
  • aku tak suka orang berlagak dengan aku sebab tindakan bangang+bodoh=budus itu hanya akan mengundang 'sup kaki kanan' aku ni di mulut mereka. HAHA.
  • aku juga tak suka orang menjahanamkan kereta sendiri. dah tahu bawa kereta perodua kancil tu, agak-agaklah nak pasang ekzos besar dan bising macam meriam buluh. aku cukup anti dengan orang camni. tahulah kereta sendiri, beli itu ini sendiri, tapi jangan sampai menjatuhkan maruah kereta itu. kalau kereta itu boleh bergerak sendiri, memang dia dah humban orang camtu keluar. HAHA. kereta anda, mencerminkan diri anda. ehh? bukan budi bahasa mencerminkan diri anda ke? lol
  • last but not least, aku cukup tak suka kalau ada orang sibuk blogwalking di blog orang lain, dah add, lepas tu tak tinggalkan link di shoutmix or mana-mana pun lah. arghhh. lepas tu nak add dia, dah tak boleh sebab tak tahu link blog dia. so jangan salahkan aku kalau aku tak dapat nak follow blog korang ya. HAHA.
now aku akan ceritakan 5 perkara yang aku suka tentang group Kami Si Blogger ni.

      saya suka ... saya? come on. aku akan guna aku suka Kami Si Blogger ni kerana group ni memang meriah dohh. setiap masa boleh penuhkan notification facebook aku. takde orang lain boleh buat camtu. HAHA. sebab ke-2, KSB ni penuh dengan blogger yang berpengalaman, sporting, tidak berlagak, dan mengamalkan sikap saling bantu-membantu antara blogger sesama blogger. malah owner KSB juga agak peramah ya, selalu berhubung dengan pengikut-pengikut KSB yang lain. oh ya, blogger disini juga mengamalkan sikap 'sharing is caring-lah', contohnya; anda tidak tahu sesuatu tentang blog? post sahaja soalan anda di group berkenaan dan insyaAllah, akan ada orang yang akan menjawab soalan anda itu. so. all the best Kami Si Blogger, korang semua memang best belaka.

itu je aku nak taip, chowwwwwwwwww.

9 Comments:

acan ketot said...

hahaha...
sgt bgus x smoke..

Izzat said...

hahaha.
taip camni pun boleh menang :p

Sarahlaa... said...

memang terbaik!!! thumbs up la weiyhhh..btw, tahniah yek ^^

ezaty said...

tahniah izzat! :)

Izzat said...

terima kasih kamu berdua ;)

f.aliaa said...

waa...tahniah,suke3..best jeki

Izzat said...

best ke?
terima kasih ya Faliaa. ;)

Anonymous said...

haha!best bila membace nye . x buhsan .. syok ! :P
*memangg patut menangg lah ;)
btw , tahhniaahhhh ! :P

Izzat said...

ahahha.
terima kasih semua orang. ;)