wahh. dah lama kot aku tak update entri awal pagi camni. selalunya waktu malam je aku dah stop update. biasalah, tidur awal pula sejak 2,3hari ni. HAHA. tapi apa korang kisah, kan? lol. ok-ok, cukuplah aku merepek. seperti yang korang semua tahu, facebook memang adalah satu alat medium yang cukup bagus terutamanya untuk berkenalan dengan orang baru ataupun ko nak cuba cari balik budak-budak sekolah lama ko dulu tu kan.
update status lah, boleh baca orang punya status lah. lepas tu gosip-gosip pasal status orang lain. HAHAHAHA. ok, aku gurau je tu. tak mungkin aku akan berbuat demikian...kot. HAHA. mehh aku nak taip
1.aku-suka-beritahu-segala-benda-yang-aku-lakukan-setiap-hari: "aku tgh makan satay", "aku baru lepas dating dgn bf/gf", "aku tgh main boling" bla bla bla etc. ko ni biar betul? setiap saat nak update. apakejadahnya ni? sebab ko ada ramai kawan, tak semestinya semua orang nak ambil tahu tentang apa yang ko lakukan setiap hari. go fuck yourself, please. thank you.
2.tukang-promosi-diri: ya-ya, mungkin kita semua ni pernah sekali jadi orang yang begini. sikit-sikit, nak kecoh kat org yg kononnya ko dapat 30A1 masa SPM, dapat main gigit-gigit ekor ikan jerunglah, tak habis-habis nak promosi blog sendirilah dan macam-macam2 lagi. HAHA. tetapi kalau dah setiap saat cakap pasal blog, pasal terer farmville, pasal berjaya rampas gf/bf org lain, pasti meluat juga org nak baca kan. memang sah ko ni spesis bangga diri, suka tarik perhatian, beb. (aku pun sama. HAHA!)
3.Friend-padder: apa itu friend padder? sila tekan sini. ok, secara puratanya setiap org didalam facebook akan mempunyai 120 kawan. tetapi kalau ko ni jenis yang suka berkawan, maybe munasabahlah kalau ko ada dalam 300 hgga ke 400 org kawan. banyak tu bai. tetapi 1,000+ kawan?? OMG. lainlah kalau ko ni artis terkenal atau org kenamaan ke, tak mungkin ko akan ada kawan sebanyak tu. so, jangan nak tunjuk berlagak sangatlah woii. sila terjun bangunan, ya.
4.juru-gosip-tidak-berbayar: hoho. aku suka org macam ini sebab aku tidak perlu baca Pancaindera untuk mengetahui gosip tentang artis malaysia. contoh: dia akan post status "artis A baru je terjatuh dalam longkang tadi! korang lah yang terawal mengetahuinya!". orang macam ini suka sebar sama ada gosip betul or gosip tipu. so sendiri faham-fahamlah, ya. HAHA. tetapi agak menjengkelkan kalau ko TERtahu gosip tentang kawan baik ko sendiri. wtf =.="
5.terlalu-banyak-maklumat: wohh. yang ni terlalu menjengkelkanlah sebab org begini suka sangat beri maklumat yang kita taknak tahu pun. contohnya: kaki artis A itu terlalu kurus, badan artis B itu macam tong dram, telinga artis C itu besar macam piring satelit Astro bla bla bla..... ya, terima kasih untuk maklumat tersebut.
6.english-tunggang-langgang: HAHA. aku selalu nampak orang2 begini cuba post status dalam english, tetapi habis tunggang terbalik grammar dia. adoiiii. contoh: "So sad about Artist A but Im so gladd its friday yippe" HAHA. bukanlah niat kami ini nak jadi Grammar Nazi ke apa, tetapi ko berbunyi terlalu bangang lah. *yawn*
so? dah faham? ko termasuk dalam kategori yang mana? HAHA. oh ya, aku cedok topik dari sini dan aku translate kan ayat-ayatnya dalam bahasa kebangsaan kita ini tetapi di dalam style aku sendiri, yo. HAHA. silalah tekan kalau nak tahu tentang 6 lagi kategori. (ada 12 semuanya). ok, sudah pukul 4.55am ni wehh. pukul 10am nanti mahu pergi The Mines pula. adehhh. tidur dululah. chowwwwwww.
Leave your comment
Post a Comment