penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

03 February 2011

8 cara Menjaga Komputer Supaya Tidak Mudah Rosak

selamat malam lagi sekali;

walaupun aku baru je post something beberapa puluh minit yang lepas, tapi aku tetap nak buat entry baru lagi ni. apa ada hal? blog aku. hahah. idea mencurah-curah pula malam ini. so kali ini aku nak taip sikit tentang adab-adab menjaga komputer supaya komputer korang tak slow macam siput.

ok. sebelum tu, aku nak tanya sikit. berapa ramai orang kat sini yang tahu sangat pasal laptop masing-masing melainkan guna untuk online fb,blog, edit pictures je?  hahah. mesti ramai tak tahu sangat pasal laptop masing-masing kan, lepas tu mula menggelabah kenapa laptop slow dan banyak sangat problem macam lahanat. hahah. ok-ok. berhenti merepek. aku terangkan cara-caranya dibawah ok;

1. pastikan korang tanggalkan bateri(bagi pengguna laptop) kalau laptop korang dah disambung dengan wayarnya kerana kalau korang tidak berbuat begini, ia akan memendekkan umur bateri korang je woii. elok-elok boleh tahan 3-4jam, now tak sampai sejam dah nak habis.

2.jangan on laptop korang terlalu lama kerana ia boleh mengakibatkan laptop korang menjadi terlalu panas dan akhirnya ia akan merosakkan komponen didalam laptop korang. jangan terlalu berharap pada cooler fan kalau korang berdegil nak on laptop itu selama 24jam. bagi pengguna desktop pun begitu juga, walaupun korang ada 100 super cooler yang mahal gila babi di pasang kat cpu, itu tidak bermakna korang patut on komputer tu 24jam.

3.cuba kurangkan aktiviti men-download lagu, movie atau apa pun kalau komputer korang tidak di install dengan anti-virus. aku syorkan korang beli dan install anti-virus Kaspersky lah sebab memang benda ni bagus dan ia dapat sambutan ramai daripada pengguna komputer diseluruh dunia ni. kalau rasa tak berduit sangat, boleh beli Kaspersky Anti-Virus je. murah, dan bagus. tapi lagi bagus kalau beli Kaspersky Internet Security sebab ia akan melindungi komputer korang disaat korang buka internet. kalau kaya, beli je Kaspersky Pure. hahahah. tapi terpulanglah pada korang nak guna anti-virus dari brand mana pun.

4.cuba delete segala benda yang tak penting dalam komputer korang tu sebab kalau terlalu banyak folder/file, memang komputer korang akan jadi terlalu slow sebab komputer korang tak cukup power nak proses semua benda. nak bagi power komputer? tukar je RAM yang lagi tinggi. itu kalau bagi laptop lah. kalau desktop, tukar je segala komponen cpu tu ke yang latest. HAHAHA.

5.aku syorkan korang install Tune-Up Utilities ni ya sebab dalamnya ada berbagai program yang boleh melajukan sedikitlah komputer korang tu. mana nak dapat benda ni? pandai-pandailah cari sendiri, tanya 'pakcik GOOGLE' mana nak cari benda tu ya. hahah. tapi dah tentulah aku harap korang beli yang original. ok. aku nak tunjuk sikit cara menggunakan Tune-Up ini ya;
  • korang boleh menggunakan program "Defragment hard disk" dibahagian "Optimize system" ini untuk men-defragment segala isi dalam komputer korang tu. bila dah selesai, korang akan dapati komputer korang dah ringan dan laju sikit berbanding sebelum korang defragment tadi.
  • "Gain disk space"; ini penting sebab korang akan dapat restore balik hard disk korang yang tiba-tiba jadi sikit tu. mesti korang akan dapat restore atleast 6-7GB atau lebih bila dah selesai guna program ni untuk kali pertama.
  • korang boleh juga guna "Defragment registry" untuk betul-betul melajukan komputer korang. aku cadangkan korang guna program ini masa dah nak tidur je sebab ia akan mengambil masa yang lama untuk selesai. korang start program, tidur, dah bangun nanti, semua dah settle.
  • last sekali, korang boleh disable mana-mana program yang korang taknak guna. biar desktop yang menempatkan segala icons yang korang install tu jadi laju sedikit.
6.elakkan komputer korang dari berhabuk kerana ia boleh merosakkan isi-isi didalam komputer korang tu. rajinkan diri membersihkan pc masing-masing ya. jangan malas kerana korang nak guna pc ini untuk masa lama. lainlah kalau korang ni guna pc untuk sebulan dua je, lepas tu beli pc lain. haha.

7.bagi pengguna desktop, aku cadangkan korang cubalah untuk meng-update komponen komputer korang tu ke yang terbaru. biarlah berhabis duit sedikit asalkan korang akan puas hati dengan prestasi pc masing-masing.

8.kalau keadaan komputer korang teruk sangat, hantarlah ke kedai untuk dibaiki atau korang baikilah sendiri kalau korang mahir dalam bab membaiki komputer ni dan kalau korang rasa komputer korang masih terlalu slow disebabkan virus terlalu banyak didalamnya padahal korang dah ikut segala langkah-langkah yang aku taipkan tadi, so aku cadangkan korang format je lah komputer tu ya. pasti lepas itu komputer korang laju yang amat. hahaha.

errr. itu sajalah yang aku nak taip untuk entry kali ini. aku pun takde lah pandai sangat pasal komputer, but aku just kongsi tips je dengan pengalaman selama bertahun-tahun aku guna komputer ni. sayangilah komputer korang seperti korang sayangkan harta-harta korang yang lain tu. ;)

2 Comments:

acan ketot said...

wahaha..
lptop ku suda pth sblh..
sob3...

Izzat said...

patah sebelah or putih sebelah?
tidak berapa faham disitu. haha.
hantar kedai ya. mungkin mereka boleh baiki benda tu.