penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

03 February 2011

Fakta-fakta Yang Menarik - Part 3

selamat malam mehh.

rasanya dah 2,3 hari sejak kali terakhir aku post entry fakta-fakta ni kan. actually, aku rasa malas nak teruskan entry ni sebab dah berpuluh-puluh ribu blogger kat Malaysia ni dah buat entry pasal fakta. aku tak fikir pun ada orang nak baca entry aku ni. hahah. so aku anggap ni entry fakta aku yang terakhirlah kot.

1.anda terpaksa menggerakkan 54 otot di dalam tubuh badan anda setiap kali anda hendak melangkah ke hadapan.

2.orang yang menggunakan tangan kanan didapati hidup 9 tahun lebih lama berbanding orang yang menggunakan tangan kiri.

3.nama semua benua di dunia ini bermula dan berakhir dengan huruf yang sama iaitu huruf A.

4.wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.

5.kucing tidak boleh merasa benda manis.

6.manusia akan hidup 5 minit setengah lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

7.pengcungkil gigi adalah objek biasa yang menyebabkan kematian tercekik bagi sesetengah rakyat Amerika Syarikat.

8.semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

9.ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun (wow!) dan boleh menghasilkan 30,000 biji telur setiap hari.

10.Olympus Mun yang terletak di planet Marikh adalah gunung berapi yang terbesar dalam sistem solar.

11.seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang akan meninggal dan 240 bayi akan dilahirkan. kenapa? sebab pertambahan populasi dunia dianggarkan 140 orang seminit.

12.bilangan telefon di bandaraya Tokyo adalah lebih banyak dibandingkan dengan jumlah telefon seluruh Afrika.

13.raja Uganda, King Mutasa dianggarkan mempunyai 7,000 orang isteri.

14.tayar numat(berisi udara) diperkenalkan pada tahun 1888 oleh John Boyd Dunlop - seorang pakar bedah veterinar di Scotland.

15.masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening masing-masing sebagai tanda berkabung jika kucing kesayangan mereka mati.

haaa. itu je lah yang aku nak taip dalam entry kali ini. chowww.

2 Comments:

Unknown said...

best =)

Izzat said...

ahahha.
ni benda lama ni.
baru 2,3 hari, lamalah kan? lol