penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

12 February 2011

cerita yang sungguh menyedihkan di dalam hidup aku..

selamat malam..

aku tak tahu nak taip apa sekarang ni..

hati terasa sayu je..

oh ya, ini bukan kisah awek tinggalkan aku..

so, jangan nak bagi nasihat "chill lah bro, berlambak lagi awek kat luar sana tu, bro."

ini kisah pasal kucing kesayangan aku, Si Putih.

aku dapat berita pasal kehilangan dia ni daripada ibu aku sendirilah..

ibu aku cakap yang si Putih ni sejak 2,3 hari lepas lagi sudah tidak balik rumah..

aku tersentak, aku tergamam. .

aku tak boleh nak buat apa, aku duduk jauh..

tiada kenderaan nak berulang-alik dari hostel ke rumah..

aku sedih sebab aku jaga dia ni dah hampir 2 tahun..

aku rasa sangat mengamuk sekarang ini..

ya, ini mungkin hukum karma juga sebab si Putih ni bukan kucing aku pun..

dia sendiri yang datang ke rumah aku..

sebelum Putih, aku ada jaga beberapa ekor kucing lagi di rumah ni..

so, maybe dia kebuluran, lepas tu dah terhidu bau whiskas pula, mungkin tu sebab yang dia datang makan di rumah aku..

mula-mula, dia hanya datang sekali sehari je..

makin lama, makin kerap dia datang..

pada mulanya, aku risau juga nak jaga dia sebab dia masih pakai kolar berloceng..

so, sudah boleh agaklah kan yang dia ni ada tuan..

tapi setelah sebulan lebih, masih tiada sesiapa pun yang tuntut dia..

so, aku jaga dia..

aku layan dia macam aku layan kucing-kucing aku yang lain..

makin lama, makin menebal sayang aku ni terhadap si Putih..

aku bagi dia makan, aku berus bulu dia, aku mandikan dia, aku manjakan dia..

hasilnya, dia menjadi seekor kucing gemuk lagi pemalas. hehehe.

dia pun suka bermanja-manja dengan aku..

kadang-kadang dia akan tertidur di peha aku ni semasa aku usap-usap bulu badan dia..

oh ya, dia kucing betina ya..

tu mungkin sebab dia agak manja dengan orang..

gemuk, pemalas, penakut pula tu..

itu sebab dia asyik kena buli dengan kucing liar yang lain. =.="

oh ya, dia duduk diluar rumah..

tak dibenarkan duduk didalam rumah, sebab adik ku ini ada alahan pada bulu kucing or something like that lah..

dari beramai-ramai, akhirnya tinggal dia seekor je..

itu yang buat aku makin sayang pada dia..

dia lah tempat aku membebel disaat aku tension, marah, gembira, sedih..

bila aku usap bulu badan dia, itu boleh membuatkan hati ini berasa tenang sekali..

segala masalah seolah-olah hilang bila aku tengok wajah si Putih..

terukir satu senyuman bila dia berada disisi aku. :-)

dia hanyalah seekor binatang, tetapi aku sayang dia, ok..

aku pasti korang pelik kenapa pula dia boleh hilang, kan?

sebenarnya, kami sekeluarga baru berpindah rumah ke kawasan yang lain..

walaupun begitu, rumah lama dan rumah baru ini tidaklah jauh beza jaraknya..

dekat-dekat sahaja..

ya, barang-barang sudah siap di pindah..

tetapi dia tidak ikut sekali..

jadi, terpaksa berulang-alik antara rumah baru dan rumah lama ini..

kenapa dia tidak ikut sekali?

papa aku yang buat keputusan supaya jangan bagi dia tinggal dirumah baru ini. =.="

aku pastilah sakit hati dengan keputusan itu..

tapi apa boleh buat, kena hormat orang tua juga..

jadi, berulang-aliklah aku berjalan kaki ke rumah lama..

hanya untuk memberi sedikit makanan untuk kucing kesayanganku, si Putih..

tetapi minggu ini, aku tidak dapat balik ke rumah kerana aku duduk di hostel..

jadi, aku harapkan ibu dan papa akulah yang menjaga si Putih itu..

tetapi...

aku tidak tahu apa yang sudah terjadi..

aku tidak salahkan ibu papa aku tentang hal ini..

mereka sudah mencuba mencari si Putih..

tetapi dia gagal dikesan..

hmm..

tetapi aku masih risau sekarang ini sama ada dia sihat atau tidak..

aku juga risau kalau-kalau orang yang sama juga yang telah mengambil 3,4 ekor kucing aku dahulu..

si Putih ni kucing rumah, bukan kucing liar..

jadi, aku takut kalau-kalau dia tidak dapat survive dengan keadaan alam sekitar ini..

kalau orang yang ambil dia, aku harap orang itu jagalah dia ini betul-betul..

oh ya, aku ada satu-satunya gambar dia yang diambil pada tarikh 27 September 2009;

Terima Kasih Sayang..

terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjadi 'teman' aku selama hampir 2 tahun. ;)

Leave your comment