apa khabar anda semua? oh ya, anda pasti tertanya-tanya kenapa ayat saya didalam entri ini skema semacam sahaja, betul? HAHA. sebenarnya saya sekarang ini sedang belajar hendak memperbaiki bahasa kebangsaan saya. jadi, saya hendak cubalah mengurangkan perkataan yang disingkatkan ya. jadi, entri ini akan menjadi tempat 'eksperimen' saya. saya harap anda semua akan memberi sokongan kepada saya. ya, saya faham. anda semua pasti naik menyampah hendak membaca ayat-ayat skema begini. ia seumpama seperti membaca buku teks sekolah pula, bukankah begitu? lol
tetapi saya tahu, jikalau menaip dengan ayat penuh begini, entri saya mungkin akan kelihatan lagi panjang jika dibandingkan dengan entri-entri yang sebelum ini dan semestinya anda akan menjadi sangat letih dan bosan hendak membaca entri yang panjang lebar seperti ini. HAHA. oh, sebenarnya saya mengambil masa sejam hendak menaip sampai sini sahaja kerana saya sibuk membaca kamus. saya takut tersalah menggunakan perkataan yang tidak sesuai pula seperti "tak", "nak", dan bermacam-macam lagi perkataan yang biasa disebut dalam perbualan harian rakyat Malaysia masa kini. HAHA. sudahlah, kata-kata pendahuluan sahaja sudah panjang sehingga dua perenggan. sakit hati, bukan? HAHA. mari mulakan apa maksud silent readers mengikut pendapat saya, ya;
- silent readers atau pembaca senyap tetapi tidak bermakna ia bisu. lol. silent readers adalah orang yang selalu membaca entri-entri anda, tetapi mereka ini tidak menjadi follower anda pun sebab blog anda terlalu buruk, siapa sanggup menjadi follower anda? HAHA.
- adalah penting untuk mempunyai silent readers didalam blog anda kerana followers anda tidak mahu membaca entri anda. jadi, silent readers andalah yang akan membacanya.
- selalunya silent readers jarang memberi komen didalam entri-entri anda melainkan anda mempunyai entri yang betul-betul bermakna bagi mereka atau entri anda itu betul-betul sudah membuatkan mereka mengamuk. HAHA.
- oh ya, selalunya pageviews anda meningkat sebab adanya silent readers yang melawat blog anda. anda tidak akan dapat mengesan mereka melainkan anda ini seorang pakar hack, dan boleh mengesan IP mereka. HAHA.
- tetapi jika anda memang seorang blogger yang hebat, Syukur Alhamdullilah. HAHA.
- mereka ini tidak akan membuatkan anda ada follower yang ramai. sebab seperti yang saya taip tadi, tiada sesiapa mahu mengikuti blog buruk anda. HAHA. gurau-gurau.
- silent readers inilah yang paling kuat memuji atau mengutuk anda sebab mereka baca entri anda, jadi mereka tahu betapa hebat atau 'sampahnya' blog anda itu. HAHA.
- mereka yang akan menjadi penyebab kenaikan atau kejatuhan blog anda. jadi anda perlu berhati-hati apabila hendak membuat sesuatu entri.
- tetapi jika anda memang seorang blogger yang hebat, Syukur Alhamdullilah. HAHA.
oh ya, saya hendak mengingatkan anda sesuatu; sekali anda terlibat dalam dunia internet ini, bermakna tiada lagi makna 'privasi' dalam hidup anda. jadi, berhati-hatilah ya. sekian, terima kasih.
Leave your comment
Post a Comment