gua nak taip sedikit pendapat gua tentang followers atau silent readers ni. ya-ya, gua tahu lu orang dah berpuluh kali baca entri macam ini dalam blog orang lain. tetapi ini blog gua bai, bukan blog orang lain. jadi, gua punya pendapat pasti berbeza jikalau nak dibandingkan dengan pendapat orang lain, kan?
tetapi yang gua hairan tu, gua taip macam haram pun, ayat-ayat gua tetap skema juga, ya? tidak adalah sangat gua banyak menggunakan singkatan perkataan pun didalam entri-entri gua semenjak dua menjak ni. seperti yang gua selalu cakap sebelum ni "bahasa kita melambangkan diri kita sendiri". HAHA.ok-ok, gua sedar, gua yang sibuk bergua-lu ni pun patut sedar tentang hal ini. but hey, amacam? best tak baca intro aku yang panjang lebar ni? tak best? lol. ok, gua taknak buat lu naik darah sangat. so lu boleh start baca entri ni;
followers atau silent
kalau lu pilih followers, sudah tentu ada kebaikan dan keburukannya. ok, jadi sekarang ni gua nak terangkan sedikit apa kebaikan dan keburukan yang ada pada manusia yang sibuk nak pilih followers yang banyak berlonggok-longgok bagaikan buah durian yang dijual ditepi jalanraya itu. lu hendak tahukah apa beza antara kedua-dua ini menurut pendapat gua? sila baca ya;
- blog lu pasti jadi famous terus dohh. lu letaklah entri macam sampah sekalipun pasti akan ada orang like entri lu. kadang-kadang tu, tidak payah baca entri lu pun tetap akan ada orang yang akan like entri lu itu. amacam sekarang? teruja? HAHA.
- sekarang lu dah boleh letak iklan sampah berlambak-lambak didalam blog lu, lepas itu lu bolehlah mula kumpul Money, Money & Money, yo. apa guna follower ramai kalau lu tidak pandai menggunakan blog lu itu untuk menjana duit?
- lu akan jadi orang yang disegani ramai blogger diluar sana, diorang sebut saja nama lu, semua orang meremang bulu kaki, bulu ketiak, bulu tangan dan segala jenis bulu yang ada sebab diorang tahu betapa 'handalnya' lu ber-blogging walaupun lu lah si blogger yang selalu letak entri sampah.
- TETAPI, kalau lu betul-betul blogger yang berkualiti, syukur alhamdullilah. HAHA.
- lu ni hanya sekadar 'jaguh kampung' sahaja. hanya followers yang setia dengan lu sahaja akan terus-menerus menekan butang like walaupun diorang belum lagi membaca entri lu, padahal lu baru sahaja kot post entri itu 2 saat yang lepas. WOW! HEBAT! lol.
- lu tidak ada silent readers pun. what? ok-ok, dah tentulah ada. semua orang ada silent readers blog masing-masing. tetapi tidaklah ramai ya sebab lu kan 'jaguh kampung' saja woii. huh? lu tanya apa itu silent readers? nanti-nantilah gua terangkan, ek.
- lu hanya akan popular di dalam group blogger yang lu join. tetapi elehhhhh, nak popular, lu mestilah kena join banyak group punya, kalau tidak, pastilah bloggers tidak kenal lu ni siapa, kan? gua pasti dalam fb lu nanti akan ada 10-20 atau mungkin lebihlah group yang lu akan join. senang hendak promosi blog sampah lu kalau ada banyak group kan. LOL.
- TETAPI, kalau lu betul-betul blogger yang berkualiti, syukur alhamdullilah. HAHA.
dahlah weii. jari gua penat. nanti gua terangkan tentang silent readers didalam bahagian kedua pula. chowwwwww.
Leave your comment
Post a Comment