penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

07 February 2012

Kebodohan melanda diri.

oh hai lagi.

kali ni aku nak menaip sedikit tentang maksud "privacy". korang tahu apa itu privacy? tak tahu? sila bacanya di dalam kamus, then barulah kamu tahu. HAHA.

sebenarnya aku nak beritahu bahawa perbuatan berkongsi password facebook/twitter/blog or apa pun lah dengan BF/GF adalah perbuatan paling BODOH yang boleh dilakukan kamu, ya. sebab kamu sendiri belum tentu pasti bahawa BF/GF kamu itu akan kekal bersama-sama kamu sampai ke alam perkahwinan pun. dibuatnya break-up nanti, tak ke cari pasal je bila EX-BF/GF kamu tu akan masuk ke dalam profile facebook/twitter/blog kamu tu, the diorang buruk-burukkan nama kamu dihadapan saudara-mara, adik-beradik, followers kamu? betul tak dohh? so perbuatan itu memang sangat BANGANG ya.

lagi satu, kamu kena ingat, facebook tu, pasti penuh dengan saudara-mara, adik-beradik, kawan-kawan kamu, malah ada yang add ibu ayah sendiri dalam facebook! so rasanya tak perlulah kot nak share password dengan BF/GF kamu tu. facebook ni adalah hal peribadi bagi diri sendiri, ok. kalau BF/GF minta password sebab diorang takut kamu ada skandal or BF/GF baru di dalam facebook tu, then kamu patut tinggalkan je diorang tu sebab bukan ke bila ber-couple ni kena percaya antara satu sama lain? aku tak maksudkan percaya 100% lah kan, but atleast tak perlulah sampai nak sentuh tentang benda peribadi seperti facebook ni. kamu nak share baju ke, share seluar ke, itu terpulang pada kamu. but benda-benda seperti facebook atau benda-benda yang bersangkut-paut dengan keluarga sendiri, better simpan sendirilah. tak perlulah 'baik hati' sangat nak share password.

last but not least, SHARING IS CARING memang sangat bagus kalau nak share maklumat ke, buku ke, apa-apa aje lah. tetapi bukanlah dengan share password benda-benda yang penuh dengan hal peribadi kamu ni ya.

ok, dah pukul 7pagi, sampai waktu untuk aku tidur. ciaooooooooooo.

Leave your comment