penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

28 February 2012

HB = Happy Birthday?

oh hai. selamat awal pagi.

ya, aku lagi. aku kan memang suka buat entri malam-malam buta begini. HAHA. oh ya, aku nak ucapkan selamat hari jadi pada orang yang menyambutnya hari ini. tetapi kali ni, aku bukan nak buat entri ucapan hari jadi pada seseorang ke apa, but aku nak 'berbincang' mengenai 'keikhlasan' + 'kerajinan' orang yang mengucap selamat hari jadi pada orang lain ni.

ya-ya, ikhlas, memang ikhlas. itu tak dinafikan. terpulanglah pada orang yang mengucapnya atau tidak. tetapi aku cuma tertanya kenapa 'bahasa' orang dizaman sekarang ni sangat 'teruk'. bukan teruk tak tahu mengeja ke apa, tetapi teruk dengan singkatan bahasa yang sangat mengarut. HAHA.

aku 'terkaku' bila aku nampak ada orang taip  "HB" ni di wall facebook mahupun SMS. ya-ya, kira bagus lah kan, atleast adalah juga orang nak wish daripada tiada langsung kan. tetapi setiap kali aku nampak orang taip benda ni, pasti aku akan fikir "WHAT THE FUCK IS THIS SHIT??" didalam otak aku ni.

aku facepalm setiap kali ada orang taip "HB" ni.

HB? singkatan untuk 'Hari Bulan' ke apa ni? ke singkatan untuk 'Hot Babe'? ke untuk 'Hell Boy'? 'Hugo Boss' ke? ke shortform bagi 'Heart Breaker'? oh, untuk Happy Birthday rupanya.  damn. aku ingatkan kau mencarut dekat orang yang sambut hari jadi tu. cehhhh.

dah dapat laptop canggih, dah dapat handphone canggih, tetapi 'KERAJINAN' diri makin meningkat ke tahap OVER 9000 pula sampai hanya ada cukup-cukup tenaga untuk menaip 2 perkataan tu je ek?

lepas ni kalau ada perayaan disambut ke, mungkin korang yang 'rajin' ni boleh taip "DP" je untuk Deepavali, "SHR" untuk Selamat Hari Raya dan juga "CNY" untuk Chinese New Year. ok? setuju? ke dah ada orang buat macam ni dah? HAHA.

Orang Berbudi, Kita Berbahasa. tetapi kalau jenis yang 'RAJIN' begini, mungkin tak perlu nak berbahasa sangat kot sebab mereka pun tak tahu nak berbahasa dengan betul. HAHA. ada sesiapa terasa bila baca entri aku ni? ada aku kisah?? HAHA.

2 Comments:

n0vemBer zuLu said...

i pon x suka bila org tulis HB!

Izzat said...

bagus-bagus. ada geng!HAHA.