So, hari ni aku cuba nak kupaskan isu hangat sekarang ni iaitu isu HOT. Semenjak dua tiga menjak ni, tiba-tiba je isu HOT timbul. Aku sebenarnya terfikir HOT apa yang diorang cakapkan ni. Kalau cakap pasal cuaca, memang agak HOT lah sekarang ni sebab Malaysia kan terletak di garisan khatulistiwa, memang HOT sungguhlah cuaca disini berbanding negara lain. HAHA. Tetapi kalau cakap pasal "sifat HOT" pula, yang tu lah aku cuba nak terangkan sekarang ini.
HOT, HOT, HOT. Perkataan ini banyak muncul di akaun facebook aku sekarang ni. So, apakah ke-babi-an HOT ini? Aku nak terangkan, tetapi aku pasti ramai yang dah tahu. So, sekarang ni aku just nak beri pendapat aku sendirilah tentang isu ni ek.
Bagi aku lah kan, sifat HOT dari sudut pandangan aku ni ialah gabungan sifat sombong + riak + angkuh + mahukan perhatian dari orang ramai. Aku tengok sekarang ni ramai sungguh orang yang mempunyai banyak akaun facebook yang dipenuhi ramai orang asing. Bila akaun dah cecah max 5000 orang, so bolehlah buka akaun baru dengan meletak tanda II, III, IV dan seterusnya di belakang nama masing-masing dan aku juga pasti ramai yang bangga gila bila dapat full kan friendlist facebook tu walaupun korang ni bukanlah seorang selebriti pun, am I right? HAHA.
Oh by the way, aku sebenarnya tertanya-tanya korang semua sedar tak siapa yang korang add/approve ramai-ramai di dalam facebook tu? Korang pasti ke yang di add/approved tu semuanya baik? Korang pasti korag takde ter-add jenis 'PSYCHO' ataupun jenis gersang terlebih(LOL) ke dalam friendlist facebook korang? Aku boleh kata kan yang aku pasti korang tak kenal pun 95% orang didalam facebook korang yang mempunyai 5000 orang didalamnya. But, kalau korang add 1000-4000 orang sekalipun, aku pasti korang tak kenal 80%-90% orang didalamnya dan aku juga pasti korang sanggup add/approve ramai pun sebab mereka semua tu ada Mutual Friends je, betul tak? HAHA.
Lagi satu, aku cukup marah bila ada orang buat list pada info mereka. Kalau list tentang biodata diri sendiri ke, ok lah juga. Tetapi ni dah siap sedia list orang-orang yang boleh add akaun facebook mereka je. PERGHHH! Yang paling tak boleh blah tu, ada budak hingusan taip "Awek bertudung tak boleh add, sorry ya" dekat list dia. Itu memang dah sombong tahap dewata raya peringkat ke-tujuh betul! HAHA. Gila babi khinzir ayam tenuk betul budak-budak zaman sekarang ni. *facepalm*
sombong betul?
bersambung pada PART 2 pula. :)
Leave your comment
Post a Comment