Walaupun dah pukul 4am sekarang ni, tetapi aku masih lagi belum tidur sebab ada berbagai benda sedang aku fikirkan didalam otak ni. Nak cakap runsing tu, tak ada lah sangat. Biasalah, semua orang ada masalah masing-masing.
Aku disini just nak terangkan tentang salah satu antara sifat buruk yang ada pada diri aku ni iaitu aku kuat menyindir orang lain. Aku tahu, kalau aku kutuk secara terang-terang, confirm mau makan penampar dibuatnya. HAHA. So, sehingga sekarang ni aku masih lagi dalam proses mengubah sikap buruk aku kepada sikap yang lebih baik. Disebabkan sifat kuat menyindir orang ni lah aku sudah kehilangan 3-4 orang yang paling rapat dengan aku. Ya-ya, memang padan muka aku. HAHA.
Ok-ok aku tahu, aku ni asyik "haha" je dari tadi, tetapi itu tidak bermakna aku tak menyesal atas kesalahan aku tu. Sudah tentulah aku menyesal, ok. Aku pernah terfikir cuba nak berbaik-baik dengan mereka semula, but aku rasa tak perlulah kot aku mencari mereka semula sebab CONFIRM 100% mereka tidak akan terima aku semula selepas disindir secara bertubi-tubi oleh aku dulu. Kalau aku punya sindiran just boleh buat mereka sentap sikit je, tak apa lagi. tetapi aku bagi sindiran yang boleh mendatangkan penampar + penendang di muka aku sendiri. HAHA.
Ekau bayangkanlah ek, somalam den sibok borgurao-sondo dongan mereko, then esoknyo 'datang angin jahat' den ni agaknyo lah kan sampai sogalo bondo pasal mereko den buat bahan sindiran. Sudohlah den yang sindir mereko ni habis-habisan, lopas tu den pulo yang delete mereko ni daripado facebook + handphone den ni. Jadi, macam mano tu hah? Memang mental botui den ni. So, den boleh hilang seorang kawan baek dongan mengeluorkan 3-4 status berbaur sindiran di facebook jo. Bodoh botui den ni. *Facepalm*
Mari ramai-ramai facepalm pasal diri aku ni.
So, apa yang aku nak terangkan ialah korang janganlah mengikut sikap buruk + hodoh + bangang + bodoh + bahlol aku ni ya kalau korang taknak kehilangan kawan karib mahupun kawan biasa korang pun. Kalau korang rasa korang ni dah terlalu banyak kawan sampai tak peduli apa pun, silalah teruskan. HAHA. tetapi kalau korang ni "Kera Sumbang" macam aku, better korang berubah je lah. tak rugi pun, kan. :)
Leave your comment
Post a Comment