Moshi Moshi! Ohayou Gozaimasu! (Selamat Pagi)
oh hai. so ni dah pukul 7.40am dan aku masih belum tidur sejak semalam. oh jangan risaulah ek, aku tiada Insomnia, cuma ada tabiat suka tidur lambat je walaupun mata ni dah terasa mengantuk gila dah ni. HAHA. gila ke apa aku ni? menyeksa mata, menyeksa badan. lepas tu tidur sampai ke petang. Izzat oh Izzat, teruk bebenor sikap mu ini. HAHA.
so, kali ni aku nak cerita pengalaman aku berOnline Chatting dengan orang asing lah ek. kali pertama aku chat dengan orang asing ialah dengan menggunakan mIRC pada tahun 2003 dulu kalau aku tak silap lah. waktu tu umur aku 13tahun, tapi berlagak macam orang dewasa bila chatting. yang tak boleh blah tu, 'UNIK' sungguh nickname pengguna mIRC ni seperti "DudaKesunyian" lah, "AbangGagah" lah, "AwekPenyayang" lah. itu semua nickname minta penampar sebenarnya. HAHA.
#mamak, #kampung ni antara chatroom paling famous & banyak orang 'melepak' didalam dunia mIRC dulu. but now aku tak tahulah ada lagi ke tak benda-benda ni lagi sebab aku sendiri dah hampir 10tahun tak masuk mIRC. kalau ada pun, maybe dah tak ramai orang dah sebab orang lagi suka chat guna Facebook, BBM je sekarang ni. HAHA.
lepas dah berjinak-jinak dengan dunia online ni, aku mula buat akaun pertama di dunia internet ni iaitu akaun Friendster aku. waktu tu umur aku 14tahun or 15tahun kalau aku tak silap. but terpaksa set kan umur aku dalam tu kepada 18tahun sebab budak-budak tak dibenarkan buat akaun dalam tu. HAHA.
dulu online di CC je, so jarang lah buka Friendster aku tu. pergi CC pun guna duit belanja yang disimpan berhari-hari. HAHA. tak macam sekarang, nak buka 24jam pun boleh sebab masing-masing ada laptop. malah budak 10tahun pun dah diberi laptop oleh parents. perghhhh.
lepas tu pada umur 15tahun, aku mula buat akaun Myspace pula. oh well, Myspace sangat menyeronokkan sebab senang cari kawan baru dalam tu, hanya perlu browse je. tak macam Friendster, susah sangat nak add orang. HAHA. yang paling best tentang Myspace ni agaknya bila boleh letak background tersendiri untuk profile masing-masing. itu pasal lah 'meletup' gila nama Myspace ni 5-6tahun yang lepas.
tahun 2006, umur dah 16tahun waktu tu, aku upgrade lagi 'kehidupan sosial' aku ni dengan membuat beberapa akaun lagi di beberapa laman web sosial seperti Tagged, HI5 dan lain-lain lagi lah. aku just dah tak ingat je apa lagi website aku dah join. yang aku masih ingat sekarang ni Tagged, HI5 je lah. HAHA. oh ya, korang boleh baca cerita aku tentang Tagged di sini.
3tahun hidup aku 'tersangkut' di Tagged. akhirnya pada tahun 2009 yang lalu aku memang keputusan untuk buat akaun di laman web sosial yang paling terkenal ni iaitu sudah tentu lah Facebook ni lah kan. oh well.. Facebook ni tidaklah menyeronokkan mana pun. HAHA.
oh aku lupa, dulu aku selalu rajin join SMS chatting di "Astro @15" pada tahun 2006 dulu. banyak gila awek + skandal aku temui dari situ. HAHA. but now? semua main facebook je. siapa nak bazir duit untuk SMS chatting lagi dah...
so, sampai sini je lah entri aku. oh ya, aku memang suka taip entri panjang lebar seperti ini. HAHA. ciao. Yonde Kurete Arigatou Gozaimasu!
Leave your comment
Post a Comment