penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

25 February 2012

Apakah Maksud BRRIP, DVDRIP, CAM & Lain-Lain Ini?

Moshi moshi! Ohaiyou gozaimasu!

"Ohaiyou gozaimasu" bermaksud selamat pagi dalam bahasa malaysia. haha. aku memang suka negara jepun, budaya orang jepun, bahasa jepun dan segala benda tentang jepun ni lah. but kali ni aku taknak cakap pasal jepun. aku just nak cakap pasal perbezaan "BRRIP, DVDRIP, CAM, TS etc" ni lah.

kalau korang jenis kaki download movie macam aku ni, pasti korang pernah baca sesetengah movie tu ada tulis brrip @ dvdrip @ r5 dan yang lain-lain lagi lah. betul tak? kalau korang tak pernah men-download pun, pasti korang pernah baca ayat-ayat ini di belakang nama filem-filem yang korang simpan tu, kan?

tapi berapa ramai sangatlah yang tahu apa bendanya dvdrip, brrip apa semua ni. yang kaki download movie macam aku ni maybe tahu lah kot? sebenarnya ianya adalah penanda aras kualiti bagi sesuatu movie tu.

so, aku nak terangkanlah apa maksud kata-kata ni sebelum korang main download je movie yang baru di letak dalam laman web tu ek. nanti sia-sia je habis bandwidth sebab download movie berkualiti video macam haram jadah. HAHA.


CAM - maksudnya dirakam terus dari dalam panggung menggunakan handphone atau perakam video tu. tu sebab boleh dengar bunyi orang gelak2 + kualiti gambar sangat teruk. HAHA.

TS - nama panjangnya "TELESYNC". ianya dirakam didalam panggung wayang juga, but panggung wayang yang kosong lah dan ianya dirakam menggunakan kamera video profesional yang diletak atas tripod. so kualiti up sikit lah berbanding CAM ni.

Workprint - aku suka yang ni sebab benda ni tak ubah macam tengok "movie tak siap" tahu tak? macam tengok In The Making lah gitu. tapi In The Making versi full filem dari awal sampai habis, cuma masih belum ada efek sana sini je lah. nak kena touch-up sikit lah. HAHA.

PPVRip - oh ya, kebanyakan filem malaysia yang korang download tu ada tulis ayat ni, bukan? ianya bermaksud "Pay-Per-View-Rip". maknanya diorang rakam movie ni daripada channel macam Astro First tu lah. tu sebab gambar tak lawa sangat.

DVDSCR - full name nya ialah "DVDScreener" ya. sebenarnya DVDSCR ni ialah versi DVD awal yang dikeluarkan untuk pihak pengkritik, pihak promosi gitu lah dan selalunya kualiti gambar rendah sedikit berbanding DVD betul. but masih ok lagi lah.

R5/R6 - ini pula bermaksud "Region 5/6". selalunya kualiti gambar & audio R5/R6 ni boleh dikatakan agak rendah sikit je lah berbanding DVD disebabkan di negara Region 5/Region 6 ni terpaksa keluarkan DVD versi murah berbanding Region yang lain. so, copy daripada DVD R5/R6 ni  boleh tahan juga lah. nak tahu lebih lanjut tentang Region 5/6 ni masuk sini dan juga ini.

DVDRip - aku pasti semua tahu yang ini ambil daripada mana. pastilah copy daripada DVD kan. so gambar lawalah juga. tetapi selalunya DVD original juga yang terbaik sebab gambar lagi lawa + ada special feature. HAHA.

HDTV - ini juga hampir serupa dengan PPVRip, tetapi kualiti gambarnya jauh lebih daripada PPVRip malah kadang-kadang jauh lebih lawa daripada DVD sekalipun! aku ada Ombak Rindu versi HDTV ni. HAHA.

BRRip - HOHO. ini adalah kualiti video yang terbaik sekali. ianya bermaksud "Blu-Ray Rip". kalau nak diikutkan cd Blu-Ray ni memang belum terkenal lagi lah di kalangan rakyat Malaysia ni sebab harganya sangat mahal. 1 disc = rm100++. damn. tetapi kualitinya memang sangat tip-top, first class! so, BRRip ni saiznya berbeza, yang paling kecil dalam 300MB kalau tak silap aku, tapi gambar memang fuck-up lah kan. so, makin besar saiz BRRip movie = makin cantiklah gambarnya.

kalau nak tahu info lebih lanjut, boleh baca kat sini lah ek.

TIPS: aku nasihatkan kalau korang nak download movie atau ambil movie daripada orang lain pun, cubalah download/ambil movie yang berkualiti BRRip ni ya. sebab gambarnya sangat lawa. kalau takde pun, korang download/ambil lah DVDrip ke. but elakkan daripada download/ambil TS atau CAM tu ek! nanti kecewa pula tengok gambarnya. HAHA. so, sampai sini je entri aku. Yonde kurete arigatou gozaimasu!