penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

31 March 2012

Mari Memasak Bersama "Chef Izzat"

oh hai. selamat malam mehh.

sebenarnya aku nak share resipi nasi goreng yang aku baru belajar ni. well, parents aku takde di rumah ni sejak 3-4 hari lepas lagi, so nak taknak aku terpaksalah masak sendiri untuk kesinambungan hidup, kan. HAHA. ni lah padahnya bila takde lesen & kereta, kalau tak dah lama aku pergi bungkus nasi berlauk dekat restoran. HUH.

taknak buang masa lagi, mari baca cara-cara hendak memasak "Nasi Goreng Orang Bujang" ni. oh ya, ini adalah resipi untuk 2 orang makan. tetapi disebabkan aku kuat melantak, so 2 pinggan nasi goreng ni cukup-cukup je untuk aku seorang. HAHA.



1. bahan-bahan yang diperlukan;
1 pot nasi yang dah di masak.
50gram ikan bilis .
2biji telur.
sesudu besor cili boh.
50gram sayuran campur.


2. korang perlu goreng ikan bilis terlebih dahulu.  lepas siap goreng, letak ke dalam pinggan dahulu. ini untuk di guna bersama sekejap lagi.
(maaf, kuali lama)


3. panaskan minyak dan tumis seberapa banyak cili boh yang korang suka ke dalam minyak tersebut.
(aku guna 1 sudu besar je)


4. lepas tu masukkan sebiji telur or beberapa biji je lah yang korang suka.


5. selepas dah siap gaul telur & cili boh tadi, korang masukkan sayuran campur ni. dan gaulkannya selama 20saat lagi.


6. dah siap gaul semua bahan tadi tu, korang masukkan pula nasi bersama secubit adoii sakit garam. selepas itu korang gaul gaul gaul gaul sampailah mula nampak macam nasi goreng betul. HAHA.


7. akhir sekali korang masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng awal tadi ke dalam kuali. oh ya, aku juga masukkan sesudu kecil kicap ke dalam ini untuk bagi nampak nasi goreng ni hitam-hitam sikit macam nasi goreng dekat restoran tu. HAHA.


8. selepas dah siap apa semua tu, korang hidangkannya ke dalam pinggan. kan dah siap "Nasi Goreng Orang Bujang" ni. HAHA.


1st time aku masak nasi goreng guna bahan-bahan ni. selama ni aku guna perencah je. HAHA. mengikut pendapat aku lah, aku rasa nasi goreng yang aku buat ni sedap juga. mungkin disebabkan aku dah lapar baru nasi goreng ni rasa sedap atau memang nasi goreng yang aku buat ni memang sedap? HAHA.

kalau ada sesiapa yang berani nak buat, silalah buat ya. HAHA. so sampai sini je entri aku. terima kasih. ciao.

29 March 2012

KFC + Lagu Balik Kampung = WHAT THE FUCK?

oh hai. selamat pagi mehh.

ya-ya, seperti tajuk yang tertera di entri ni. aku tertanya-tanya si bahlol manalah yang dapat idea untuk ubahsuai lagu Balik Kampung menjadi lagu tergedik-gedik KFC ni? WHAT THE FUCK IS WRONG WITH Y'ALL dohh? HAHA.

kalaulah arwah Sudirman masih hidup lagi, mau di JudoChop nya tengkuk komposer yang modified lagu beliau itu. HAHA. but seriously, meremang bulu roma aku dengar lagu ni sebab suara perempuan yang menyanyi tu sangat over gedik dengan slang ala mat salleh nya. HAHA.

sudah lah di tukarnya slogan dari "It's Finger Lickin' Good" kepada "So Bad Good" dan sekarang ni letak lagu "Balik Kampung Makan" untuk promosinya pula. the fuckkkk. kreatif biar bertempat, janganlah sampai jadi lagu perempuan gedik pula oiiii. HAHA.

so good? the fuckkkk..

28 March 2012

Angry Birds Space (PC)

oh hai. selamat pagi mehhh?

ada sesiapa dah pernah main Angry Birds yang terbaru ni? aku dah try dah. tapi mula-mula aku main game ni dekat Galaxy Tab aku. seriously aku tak tahu game ni siap keluar untuk pc serentak. ingatkan nak kena tunggu 2-3bulan lagi baru masuk pc. HAHA.

ini versi tablet/handphone.


ini pula versi PC.








agak unik berbanding versi lama.





dah lepas stage pertama. HAHA.

kalau korang nak download yang versi PC ni, sila tekan "Mediafire" ini ek.

oh ya, sila berterima kasih kepada 123FullSetup untuk game yang hebat ni ya.

26 March 2012

Tahniah Tiger Woods!

oh hai. selamat tengahari mehh.

ada sesiapa rindu aku tak sebab aku dah lama tak update blog ni? HAHA. actually aku tak update sebab broadband aku ada masalah dohhh. kalau nak diikutkan, pasti aku dah update dah. so di hari-hari aku tanpa internet ni, memang aku terasa hidup aku seperti normal semula. HAHA.

oh ya, aku nak taip tentang kemenangan Tiger Woods pagi tadi. setelah 30 bulan dia tak menang apa-apa title, tetapi pagi tadi aku telah menjadi saksi kebangkitan "seekor harimau kayu" yang sangat hebat! HAHA. nak buat camne dah, dia kan semenjak-dua-tiga menjak ni dipalit kontroversi ada simpan banyak perempuan.

so tu yang tak boleh fokus, lepas tu isteri dia minta cerai dan banyak pula syarikat telah menarik semula segala benda yang di sponsor. cehh. nak di ikutkan, aku ni bukan peminat golf. tetapi entahlah kenapa aku boleh tertarik menonton hampir 4jam perlawanan golf ni. maybe sebab ada Tiger Woods ni kot? aku menonton dari pukul 3pagi sampai hampir pukul 6.30pagi.  HAHA.


oh ya, pagi tadi dia menang piala Arnold Palmer dan ini juga adalah kemenangan Tiger Woods yang ke-72. banyak juga eh? hebak mung nih. HAHA.


senyum lebar sikit bro! HAHA.

16 March 2012

Lagu Di Dalam Playlist Ku (Part 1)

oh hai. selamat malam mehh.

kali ni aku just nak share link beberapa video lagu yang aku suka, tapi ni hanyalah sedikit daripada sebahagian besar video lagu yang aku akan share satu entri ke satu entri yang lain. kalau korang rasa korang rajin nak dengar, silalah buka satu persatu video yang aku share ni. HAHA.

kalau korang rajin lah nak tengok, pastikan korang tengok menggunakan streamyx, wifi or something like that lah ek. jangan guna broadband kalau korang taknak bandwidth habis dengan cepat. HAHA. oh ya, dulu aku memang layan HipHop je. but now aku dah layan semua jenis music genre. :)


The Cardigans - Lovefool


Havana Brown - We Run The Night


Steelheart- She's Gone (terbaik bro!)


Jodeci - Freek'n You


Yuna - Live Your Live


 Avenged Sevenfold - A Little Piece Of Heaven


K Town Clan - Party Animal 
(geng hiphop dari Kajang!)


Dev - Dancing In The Dark


Tinchy Stryder - Game Over


Professor Green - Jungle
(wajib dengar! HAHA)



so sampai sini je lah. aku share 10 lagu je dulu. nanti setiap entri aku akan sertakan link untuk 10 lagi lagu. ciao.

15 March 2012

Contest, Giveaway Or Something Like That Lah.

oh hai. selamat malam mehh.

ya, aku terasa nak bermurah hati sedikit kali ni. aku nak buat contest yang paling hebat di alam semesta ni beserta dengan hadiah yang juga paling hebat di alam semesta ni. sila follow step-by-step ek;

1. korang tak perlu LIKE fanpage aku sebab aku takde fanpage pun.


2. korang tak perlu follow blog aku.


3. korang tak perlu tag nama kawan-kawan blog korang.


4. korang tak perlu buat apa-apa pun.


5. korang tak perlu follow twitter aku sebab aku tak tahu nak guna benda alah tu.

dan hadiahnya yang paling hebat di alam semesta ni ialah NOTHING. ABSOLUTELY NOTHING.

sila sebarkan supaya aku boleh dapat pageview yang tinggi ya.

adios! HAHA.


p/s: ini hanyalah gurauan. nanti aku buat contest betul-betul ek. HAHA

Diari Anak Teruna

oh hai. selamat pagi mehh.

ya-ya, aku tahu, tajuk entri aku kali ini memang tak boleh blah. HAHA. actually takde apa yang menarik lah. just hari ni aku tiba-tiba menjadi tersangatlah 'rajin' gara-gara tak boleh tidur malam tadi. so aku just nak share benda yang aku buat hari ni.

aku memang tidur, tapi entah kenapa pukul 4am semalam tiba-tiba aku terbangun. sudahlah terbangun, lepas tu tak boleh masuk tidur balik. hampeh betul. nak taknak, aku turun lah bawah tengok tv. sambil tengok tv, tiba-tiba perut terasa lapar pula. adehhh. so aku pun panaskan minyak, aku goreng nugget.

ya, pagi-pagi makan nugget. ini tips untuk menggemukkan badan, ok? HAHA. lepas dah habis melantak tadi, aku sambung tengok tv. tapi disebabkan aku rasa rimas sangat tengok banyak pakaian berlonggok depan tv ni, aku pun duduk bersila atas lantai, lantas aku merajinkan diri untuk melipat berpuluh-puluh helai pakaian tu. HAHA

aku ambil masa sejam setengah baru habis lipat semua tu! HAHA. slow gila orang bujang ni lipat. kalau kaum ibu yang lipat, tak sampai sejam dah habis kot. HAHA. disebabkan aku rasa bersemangat pula bila dah habis lipat baju, aku pun mula kemas slow-slow ruang tamu ni. kutiplah satu-satu sampah kat lantai, atas meja ni.

ha lepas dah siap kemas ruang tamu, aku pergi dapur pula. tengok adalah 2-3cawan berlonggok dalam sinki, aku basuh semua tu. tapi rimas betul aku tengok tempat masak tu sebab dah lama tak bertukar cover bawah nya. so berminyak sana sini lah kan. so aku ambil surat khabar lama, aku letak sebagai cover baru. biasalah, tempat masak biasa je, bukannya yang harga ribu-ribu macam orang lain punya. HAHA.

dah siap cuci tangan apa semua ni, aku keluarkan mee kuning, bebola ikan, perencah mee goreng. yela, dah pukul 7.30am, so aku nak buat sarapan pagi lah. lepas aku dah goreng-goreng mee tu, aku hidang atas meja, tutup dengan tudung saji. aku ambil pinggan, melantak sikit. perghhh. kalau dah penat tu, semua makanan jadi sedap. ke aku memang masak sedap? HAHA.

lepas aku dah melantak, aku bagi pula 3 ekor harimau putih aku ni melantak. amboiii.. lapaq sungguh naa. HAHA. 3jam aku 'bersenam' hari ni. tak penat mana pun, tapi kira ok lah kan, atleast rumah aku kemas lah sikit daripada sebelum ni. HAHA.

sampai sini je lah entri bangang aku ni. terima kasihlah kalau ada yang membacanya. HAHA. ciao.

12 March 2012

Kejutan Budaya

oh hai. selamat tengahari mehh. ke dah petang? entahlah. bagi aku selagi belum pukul 2pm, selagi tu lah masih tengahari. HAHA.

so kali ni aku nak menceritakan tentang isu Kejutan Budaya ni. apa itu Kejutan Budaya? ianya bermaksud orang yang terkejut, cepat terpengaruh camtu lah bila dia berada di tempat yang persekitaran nya berlainan dari tempat asal dia. so, itu sebab ada yang berubah sikap dari negatif ke positif dan juga daripada sikap positif menjadi negatif bila terkena Kejutan Budaya ni.

kenapa ini boleh berlaku? well, maybe di kampung halaman nya, persekitaran nya just relax, tenang, aman, sunyi. tapi bila dia berada di Kuala Lumpur contohnya, dia terkejut, sebab kat sini suasana happening gila, lepas tu fesyen orang-orang di KL pun tak sama di tempat asal dia, apatah lagi sikap manusia di KL ni, jauh berbeza lah kan. HAHA.

contohnya lah ek, Aminah adalah gadis dari daerah kecil yang terletak di negeri sembilan contohnya dan aminah  ni mempunyai sikap sopan santun, hormat orang tua, rajin lah, dan beberapa lagi sifat baik contohnya, aku malas nak taip banyak-banyak. korang fikir lah sendiri. HAHA.

ok, so Aminah bercadang nak berhijrah ke KL untuk mencari pekerjaan yang bagus dan boleh dapat gaji yang ok sikit lah kan. so, bila dia dah sampai di KL, dia pun bertemu dengan Rosiah kawan bekas sekampung dulu yang dah lama duduk di KL ni. lalu dia terkena Kejutan Budaya lah sikit sebab si rosiah ni dah tak pakai tudung, then rambut warna besi berkarat pula tu. lepas tu pakai baju boleh tahan seksi dohh. HAHA.

ya, Aminah sudah terkena Kejutan Budaya sebab orang-orang di KL ni SUNGGUH berlainan daripada orang-orang di tempat asal dia. lepas tu kebanyakan nya gadis-gadis KL ni kan memang seksi nak mampus, hisap rokok pula tu. itu belum dia tengok lagi apa yang orang-orang KL buat di waktu malam. clubbing lah oii! HAHA.

tapi sayangnya, Aminah ni pula jenis yang naif, lurus bendul sikit. so dia keliru, bengong otak sikit dan tak boleh nak bezakan samada apa yang kebanyakan gadis-gadis KL ni buat betul atau salah. lepas tu si Rosiah ni pula ajar dia benda-benda yang tak betul. akhirnya tudung hilang ke mana, pakai baju seksi tak ingat, dan beberapa contoh lagi yang korang boleh fikirkan sendiri. HAHA.

amacam? ok tak contoh yang aku bagi ni? ke macam haram jadah je? HAHA. macam lahanat. contoh + karangan yang aku taip ni tak ubah macam karangan budak kecil. ayat tak boleh blah. lepas tu korang pula pergi baca sampai habis buat pe? HAHAHAHAHA. dah lah. sampai sini je lah entri aku. ciao.

11 March 2012

Aku Nak Minta Maaf Lah..

ya, aku nak minta maaf. bukan sebab buat salah ke apa (penuh riak, berlagak, angkuh, bongkak, takbur ayat aku ni!) tetapi aku nak minta maaf sebab blog aku ni terlalu simple je dan aku nak minta maaf lagi lah ek sebab aku tak tahu guna photoshop, gimp apa semua tu untuk hias blog aku ni.

aku juga minta maaf sebab aku memang suka blog ni simple je tanpa sebarang hiasan yang boleh "mencacatkan mata" dan juga boleh "merosakkan sel-sel otak" orang-orang yang membuka blog aku ni ek. ya, biarlah blog aku ni dipenuhi entri bangang sekalipun, asalkan mata para pembaca tidak rosak disebabkan blog aku. HAHA.

aku juga nak minta maaf sebab kalaulah aku ni kreatif gila pun, ada PhD dalam graphic design lah contohnya, boleh hias blog ni dengan design yang awesome tahap dewata raya lah kan kononnya, tetapi akhirnya aku tetap akan memilih untuk hias blog ni dengan design yang simple je sebab aku tak perlukan follower yang hanya akan follow blog aku disebabkan design blog aku terlalu awesome.

oh ya, aku juga nak minta lagi sekali lah ek sebab aku memang suka buat entri panjang lebar mengalahkan karangan budak ambil ujian UPSR dulu. HAHA. dah nama pun blog Bila Aku Berfikir kan, so memang bila aku berfikir dengan penuh ke-serius-an ni, otak aku pun menjadi lebih lancar bergerak maju ke hadapan dan lebih berdaya saing bila nak menaip entri baru. HAHA.

10 March 2012

Sudah Tidak Relevan Lagikah Soalan-Soalan Ini?

oh hai. selamat malam mehh.

so kali ni aku nak membincangkan tentang sudah tidak relevan lagikah soalan-soalan seperti "tengah buat apa?", "nama siapa?", "tinggal mana?" dan soalan-soalan yang sewaktu dengan nya ini. ya, aku tahu, soalan ini hanya ditanya oleh seseorang yang baru hendak mengenali orang lain.

persoalannya disini ialah relevan lagi kah soalan-soalan seperti ini di tanya pada masa sekarang ini? so, segala kata-kata yang aku bakal taip sebentar lagi ini berdasarkan kajian aku yang aku buat sejak beberapa minggu ni lah ek.

boleh dikatakan 70% perempuan berasakan soalan-soalan seperti ini sangat membosankan bagi mereka, terutamanya jikalau ianya ditanya melalui laman web sosial seperti facebook sekarang ini. kenapa bosan? sebab mereka rasa segala soalan tersebut tidak perlu ditanya lagi, hanya perlu lihat info profile mereka, segalanya tercatat disitu. kalau full biodata takpe lah juga, ini tidak, info macam taik. HAHA.

30% lagi tu akan menjawab soalan-soalan sedemikian, but tak semua soalan lah kan. terutamanya soalan tentang nama, tempat tinggal dan dua tiga lagi soalan yang lebih kurang camtu lah. kalau ditanya pun, pasti akan reply macam taik. HAHA.

tetapi tidak kah mereka menggunakan otak mereka tu untuk berfikir bahawa orang-orang yang bertanya soalan-soalan itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan rasa kekok antara satu sama lain? bak kata omputih "Ice Breaker" lah. mungkin kalau tanya soalan seperti "boleh share nombor akaun bank?", "boleh minta alamat rumah?" ataupun "boleh tak share nombor IC?" baru mereka akan reply kot? HAHA

bagaimana pula dengan lelaki? jikalau perempuan bertanyakan soalan-soalan ini kepada lelaki, memang semestinya 90% lelaki akan menjawabnya sebab lelaki mana yang tak seronok oii bila tiba-tiba je ada perempuan tegur! lebih-lebih sekarang ni musim ramai lelaki tengah single. so, kalau perempuan tegur, pasti nak reply secepat yang mungkin. manalah tahu kot ada peluang nak buat awek ke. HAHA.

yang 10% lagi tu lelaki bajet HOT, bajet KACAK, tu sebab taknak jawab. kononnya diri sangat COOL lah kan. ataupun mereka ni tak bernafsu terhadap perempuan? HAHA. tetapi yang peliknya, bila perempuan bertanya pada perempuan, boleh pulalah mereka ni reply. tapi bila laki tanya perempuan, amboiii, dibiarnya komen tu terbiar berhabuk dalam wall masing-masing tanpa sebarang jawapan. HAHA

aku rasa soalan "tengah buat apa?" inilah soalan yang paling membosankan kot bagi orang-orang di facebook kononnya mereka rasa bila ditanya soalan ni, pasti mereka akan fikir "aku tengah online facebook lah bodoh, kau pergi tanya lagi buat apa lah bangang?" didalam otak masing-masing. betul tak? WELL NO SHIT, SHERLOCK! macamlah kau concentrate online facebook tanpa dengar lagu ke? buka laman web lain ke? makan minum sambil online ke? so, adalah sebab orang bertanya soalan begitu.

aku bukannya bersifat seksis atau apa pun. tapi ini hanyalah sekadar kajian yang aku lakukan sejak dari beberapa minggu lepas lagi. oh ya, memang aku terpaksa menjadi 'stalker' untuk membuat kajian ini. tapi jangan risau lah. aku just stalk wall facebook orang je, bukannya apa pun. HAHA.

jadi, persoalannya adakah relevan lagi soalan begini? Oh, sudah semestinya relevan lagi lah kan kalau orang yang ditanya tu menggunakan otak nya dengan betul. kalau tak, better delete je lah komen "tengah buat apa" "apa khabar" apa semua tu ek kalau taknak soalan terbiar berhabuk tanpa sebarang jawapan. HAHA.

so sampai sini je lah entri dari aku. kepada yang membacanya sampai habis, aku ucap terima kasih banyak-banyak lah eh. sila kutip hadiah di kaunter tol yang berdekatan. arigatou gozaimasu. ciao.

Attention Whore

"HAHAHAHAHA."

itu je yang mampu aku katakan/lakukan bila ada perempuan upload gambar di facebook dengan caption "aku tak cantik", "aku hodoh", "aku gemuk" dan sebagainya tu. lepas tu kawan-kawan dia pun komen gambar tu dengan kata-kata positif kononnya "kau cantiklah!", "kau hot!", "you slim lah babe" dan juga yang sewaktunya. ptuihh. tu spesis kaki ampu.

kau tahu tak ini lah yang dipanggil "Attention Whore"? aku cukup menyampah dengan orang macam ni sebenarnya. gambar bajet hot dengan terdedah sana sini, then letak caption macam nak minta penendang di muka. HAHA. geli geleman bulu ketiak aku dibuatnya bila baca caption picture masing-masing. HAHA.

ada juga kawan-kawan aku yang spesis begini, tetapi aku komen "aku 100% setuju, kau memang gemuk" je lah. dah diorang mengaku kan, so aku pun terus-terang je lah. buat apa nak "ambil hati" konon apa semua tu. bukan aku dapat duit pun kalau puji orang ni. HAHA.


Perihal Facebook

oh hai. selamat tengahari mehh. dah lunch?

so kali ni aku bercakap/menaip tentang facebook lagi. ya-ya, aku ni memang ada isu dengan facebook agaknya. dah berapa entri dah aku buat tentang facebook ni. tapi peduli apa. blog aku, aku boleh taip apa saja yang aku nak. HAHA.

actually entri kali ni lebih kepada sambungan entri Untitled sebelum ni lah kot. aku taknak taip panjang-panjang sangat kali ni sebab hari ni hari sabtu, hari aku berehat. otak pun perlu rehat, jari-jemari aku yang runcing lagi halus ni perlu berehat juga. HAHA.

maaf, aku ni lelaki tulen ya, tetapi ramai kawan-kawan perempuan aku cakap diorang jeles tengok jari-jemari aku ni. katanya runcing, halus, kuku cantik. ok, sila muntah sekarang. HAHAHAHAHAHA. ok-ok, dah lari topik pula. so berbalik kepada isu facebooook semula ya.

bagi aku lah kan, add kawan-kawan lama di facebook ni sebenarnya hanyalah sekadar untuk mengenang semula memori silam yang hampir pudar dari ingatan. tu sebab ada yang ingat-ingat lupa je pada diri kita ini padahal pernah satu kelas dulu. padahal baru je 4-5tahun habis sekolah, tetapi ada yang dah lupa pada kawan-kawan lama. WHAT THE FUCK?

tu je lah entri aku. pendek je, tetapi banyak sangat mengarut sana-sini tu yang jadi panjang sampai 4-5 perenggan. HAHA. ya-ya, aku memang suka merungut, ada masalah ke? HAHA. ciao.

Untitled

oh hai. selamat awal pagi mehh.

ya, entri dari aku lagi. kenapa? tak percaya? takpe. aku sebenarnya malas nak buat entri baru sebab malam tadi dah buat, kan. tetapi kata-kata yang aku bakal taip sebentar lagi ni selalu terngiang-ngiang di minda aku sejak 2-3minggu lepas lagi.

actually aku terbaca tentang ayat ni entah dari mana entah. ayatnya dalam english, tetapi aku dah tak ingat apa yang tertulis disitu. tetapi kata-katanya lebih kurang beginilah kalau translate ke bahasa melayu "satu-satunya persamaan aku dengan kawan karib lama adalah KENANGAN kami bersama" lebih kurang camtu lah.

ya. KENANGAN lama. aku ada banyak kenangan lama. lebih-lebih lagi di zaman sekolah dahulu. malah aku masih boleh ingat lagi siapa "kawan-kawan karib" aku di waktu sekolah dulu. tetapi tu lah, kenangan hanya tinggal kenangan. bila sudah lama tak bertemu, masing-masing buat tak kenal. terasa sangat janggal kan.

aku tak tahu lah kenapa ada sesetengah orang 0yang aku anggap sebagai "kawan karib" dahulu, tetapi kini terasa aku dengan orang-orang ini bagaikan orang asing yang tidak pernah kenal antara satu sama lain. walaupun ada add dalam facebook dan sebagainya. tetapi agaknya bila dah terlalu lama tak berhubung, masing-masing sudah lupa akan orang yang rapat dengan diri kita padahal dulu gelak tawa gaduh semuanya ada.

pernah suatu dahulu aku tegur "kawan karib" aku diwaktu sekolah dulu ni di facebook, tetapi entah kenapa, aku terasa janggal. mungkin sebab cara dia reply kata-kata ku seperti orang asing baru 1st time tegur, ataupun mungkin dia sudah lupa akan aku atau dia langsung tak pernah anggap aku sebagai kawan karib dia pun dari dulu. HAHA.

aku tak kisah sangat pun. tetapi tu lah, persamaan aku dengan kawan-kawan dari masa silam aku ni hanyalah sekadar kenangan tinggal kenangan je. ada lah orang yang masih berhubung dengan aku lagi. tetapi yang mengejutkannya, orang yang selalu berhubung dengan aku ni langsung tiada apa-apa kenangan manis ke atau apa-apa pun lah dari zaman silam aku.

ya-ya, maybe ada lah berborak sikit-sikit di waktu dahulu. tu je lah. tapi tak disangka-sangka, bila dah habis sekolah, mereka-mereka ini pula yang selalu berhubung dengan aku. HAHA. tetapi just tegur-tegur begitu je lah. kadang-kadang aku terfikir, kawan-kawan lama yang aku add di facebook tu ingat tentang diri aku ni lagi ke tak? ingat-ingat lupa? atau langsung tak ingat sehinggakan terasa bagaikan add orang asing? HAHA

FUCK THIS SHIT!

09 March 2012

Lesen Oh Lesen.

oh hai. selamat malam mehh.

sekarang ni aku dah start cuti sem. selalunya cuti sem di kolej aku ni tak sampai 3minggu pun. tapi entah kenapa kali ni cuti sem kali ni hampir sebulan! memang syok gila lah, kan. tetapi yang tak syok nya ialah aku masih tiada lesen kereta. so nak pergi mana-mana memang tak dapat lah. *facepalm*

dan disebabkan masalah ketiadaan lesen itu telah membelenggu diri ku selama hampir 3tahun ni, jadi cuti sem yang panjang ni aku berharaplah dapat ambil test JPJ. aku dah lama dah ada lesen L ni. setiap 3bulan aku renew sejak dari tahun 2009 lagi sampai sekarang ni. FFFFUUUUU.


aku bukannya taknak ambil balik dah test tu, tetapi masalahnya aku tiada masa! waktu aku belajar dekat MMU, Melaka pun bukannya tiap-tiap cuti sem aku nak balik rumah ni. sekarang ni bila dah belajar di kolej berdekatan Bangi ni, aku masih lagi tiada masa sebab cuti sem sampai 2minggu je kot. HUH.

Insya'Allah, minggu depan aku nak try renew lesen L aku ni, then cuba pergi ambil test JPJ tu semula. umur aku dah melangkau angka 22tahun dah. patutnya aku yang drive kereta sekarang ni, bukannya ibu ayah aku ni lagi. mereka sepatutnya dah boleh relax dekat kerusi penumpang dah. *facepalm*

08 March 2012

Lagu Ini..

oh hai. selamat petang mehh. how are you?

kali ni aku nak share satu lagu yang aku dah lama sangat tak dengar. agaknya bertahun-tahun jugalah tak dengar. tapi bila dengar dekat radio Sinar.FM hari tu, baru aku teringat semula tentang lagu ni. seriously aku ingatkan Rem yang nyanyi lagu ni. tetapi rupanya Casey. lagu-lagu dia ni top juga ditahun 90an dulu.

Casey - Jangan Ada Benci


sebenarnya, aku sukakan lagu ni sebab aku rasa lirik lagu ni patut dituju pada diri aku sendiri. HAHA.

06 March 2012

Geli Hulu Hati Aku Di Buatnya. HAHA.

oh hai. selamat malam mehh.

ya-ya, janganlah terasa pelik sangat kalau nampak aku update blog ni dengan entri panujang lebar di bulan selain bulan februari ek. HAHA. tiada isu penting atau benda yang menarik pun kali ni. just aku nak beri sedikit pendapat aku tentang isu SENIMAN ni je.

apa itu SENIMAN? well.. nama panjangnya Persatuan Seniman Malaysia. alaaa. presidennya Harun Salim Bachik ahli kumpulan Boboi maharaja lawak mega tu lah. so, kalau ada sesiapa yang terasa diri tu "berbakat sangat" macam artis youtube yang berleluasa sekarang ni, bolehlah daftar diri sebagai ahli SENIMAN ek. HAHA.

aku sebenarnya terasa geli-geli di hulu hati aku ni lepas baca artikel tentang SENIMAN di laman web GUA ni. geli hulu hati sebab timbalan presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi (ZZ) ni ada mengemukkan mengemukakan 3 cadangan "bernas" kepada PM kita iaitu;

1. nak kuota khas dibawah program perumahan rakyat termiskin (PPRT)

2. perkhidmatan insuran perlindungan diri.

3. kebenaran untuk guna cermin gelap bagi kenderaan ahli SENIMAN.

agak menarik cadangan yang di usul kan ni, kan? tetapi dari pendapat aku sebagai blogger terkenal sederhana lagi biasa ni lah kan, aku rasa cadangan yang diberi ni agak tak berapa ok sangat lah ek. sebab apa tak ok? sebabnya lah kan;

1. kuota khas? orang lain terpaksa bersusah payah nak mohon pinjaman bank apa semua tu, kena lalui macam-macam prosedur. tetapi korang nak kuota khas ek? sebab apa? sebab takde slip gaji? adoyaiiii... silalah ubah peraturan supaya slip gaji dikeluarkan kepada semua artis ni ek. apa? kau cakap bukan senang nak buat camtu? TIADA YANG MUSTAHIL BAGI YANG BERUSAHA lah bro! HAHA.

2. insuran perlindugan diri? well... aku tak belajar tentang hal ini. but, aku rasa SELURUH rakyat Malaysia patut diberi insuran RM100,000 seperti ini. takkan ahli SENIMAN je nak dapat insuran banyak gini bro?  HAHA.

3. cermin gelap untuk kenderaan semua ahli SENIMAN? well... perlu ke? kalau kau ni VVVVVVIP ataupun jenis spesis ada banyak musuh, then memang patutlah ada cermin gelap. but kau ni orang biasa je oiii. lagipun dah banyak kontroversi artis-artis zaman sekarang ni kantoi maksiat sana sini. kalau dah diberi kebenaran cermin gelap, memang sedappppppp ler buat ehem-ehem dalam kereta je. HAHA. kalau takut kena rompak ke apa, pakai je lah cermin kalis peluru. tapi jangan beli jenama cap ayam pula ek. HAHA.

aku rasa kerajaan maybe akan luluskan tentang insuran perlindungan diri tu lah kot. tapi aku tak pasti lagi tentang hal PPRT dan cermin gelap tu. sungguh merepek sangat cadangan itu. HAHA. arghhh. aku dah mengantuk, better aku stop sini je. ciao.

kalau nak baca tentang benda alah ni, baca je kat sini.

04 March 2012

Kan Aku Dah Cakap...

oh hai. selamat petang mehh. pe kabar?

oh ya, kan aku dah cakap.. masuk je bulan Mac, mesti kemalasan diri aku ni untuk meng-update blog terus meningkat OVER 9000!!! so, nanti-nanti je lah ek aku update blog ni dengan info yang berilmiah sedikit. HAHA.

02 March 2012

Susah Sangat Ke Nak Ucap "Terima Kasih"?

oh hai. selamat pagi semua.

macam biasalah, aku hari ni bangun awal disebabkan malam tadi letih sangat agaknya, tu yang tertidur awal. HAHA. but aku bukan nak taip pasal tidur awal, bangun awal ke. tapi aku disini nak taip pasal susah sangat ke nak ucap terima kasih ni?

ya, aku tahu. kita tak boleh harap orang lain untuk ucap terima kasih atas pertolongan kita ke apa pun. but aku tak faham, susah sangat ke nak menyebut ayat berkenaan? kalau dah nak cakap terima kasih pun susah, inikan pula nak harap diorang taip ayat tu didalam SMS ke, BBM ke mahupun di facebook sekalipun.

tapi apa salahnya kalau kita ucap terima kasih pada orang lain? aku dari kecil sampai ke besar ni dah diajar supaya mengamalkan hidup sentiasa berterima kasih pada orang. kalau aku beli nasi lemak contohnya, aku akan ucap terima kasih pada pekedai berkenaan. kalau aku beli barang dekat kedai runcit, aku akan ucap terima kasih atau thank you pada pekedai runcit tersebut.

oh ya lah, maybe korang akan cakap "kau ni sejak kecil dah diajar untuk cakap camtu". oh habis tu korang yang dah besar bagak ni tak boleh pula bersikap demikian even tak digalak berbuat demikian sewaktu kecil dahulu? budi bahasa budaya kita lah bro. HAHA.

walaupun aku tak mengharap orang ucap terima kasih pada aku, tapi aku akui, kadang-kadang terkecil hati jugalah bila ada orang langsung tak hargai apa yang aku lakukan. malah boleh complain pula lepas tu. itu yang kadang-kadang kecil hati, malah start rasa 'panas hati' pun ada juga. nasib baik tak dimaki disitu. HAHA.

lagi satu lah ek, bila nak ucap terima kasih, biarlah disertakan dengan senyuman sekali. ucap terima kasih, tapi muka masam, baik tak payah ucap lagi bagus. HAHA. ikhlas ok, ikhlas tu penting. even mood tak berapa ok, ataupun dah penat kerana bekerja sehari suntuk, tapi bila sampai masa untuk ucap terima kasih, senyumlah. kan senyum itu satu sedekah. :)

so, sampai sini je lah entri aku untuk pagi ni. nanti-nanti lah aku update. tiada idea lagi ni. HAHA. ciao.

01 March 2012

Dapat Makan Kek. YEAYY!!

oh hai. selamat malam mehh.

so hari ni memang aku busy sikit lah sebab hari ni aku pergi tengok wayang, makan2 apa semua tu lah. biasa lah, dah orang ajak, ikut je lah. bak kata orang-orang tua dulu "rezeki jangan ditolak, penyakit jangan dicari" kan. HAHA.

memang agak letih lah kan kaki ni sebab pergi sana, pergi sini. tapi seronok lah kan. so dah malam-malam ni, tiba-tiba roommate aku balik ke bilik ni sekejap, lepas tu dia serahkan sepotong kek aiskrim dekat aku. perghhhh. memang sedap gila lah gua cakap lu. terima kasih bro! HAHA.

inilah rupa sebenar penulis blog gampang ni bersama kek yang sudah pun dihadam dalam perut sebentar tadi. HAHA.

so aku disini nak ucap terima kasih pada kawan-kawanku & para pembaca blog aku kerana wish birthday aku hari ini. terima kasih banyak-banyak ya! :)

Selamat Hari Jadi, Sayang!

SELAMAT HARI JADI, SELAMAT HARI JADI, SELAMAT HARI JADI IZZAT HAZWAN, SELAMAT HARI JADI! 
YEAY! AKU DAH TUA!





Alhamdullilah, hari jadi ku telah menjelma. Umur aku kini sudah mencecah ke angka 22. Ya, aku tahu. Aku sudah tua. HAHA. Semoga segala azam ku ditahun ini akan tercapai kelak. Terima kasih ku yang tak terhingga aku ucapkan kepada ibu & ayah serta adik-beradik ku kerana sentiasa memberi sokongan kepada ku. tak lupa juga kepada kawan-kawan ku.

ALLAH SELAMATKAN KAMU, ALLAH SELAMATKAN KAMU, ALLAH SELAMATKAN IZZAT HAZWAN, ALLAH SELAMATKAN KAMU!


kau gelak-gelak apahal? aku tahulah oiii. memang ini birthday aku, memang aku sendiri yang wish, memang aku sendiri yang buat entri. aku kan memang seorang ForeverAlone OVER 9000!!!!

HAHAHAHAHAHAHA