oh hai. selamat pagi semua.
macam biasalah, aku hari ni bangun awal disebabkan malam tadi letih sangat agaknya, tu yang tertidur awal. HAHA. but aku bukan nak taip pasal tidur awal, bangun awal ke. tapi aku disini nak taip pasal susah sangat ke nak ucap terima kasih ni?
ya, aku tahu. kita tak boleh harap orang lain untuk ucap terima kasih atas pertolongan kita ke apa pun. but aku tak faham, susah sangat ke nak menyebut ayat berkenaan? kalau dah nak cakap terima kasih pun susah, inikan pula nak harap diorang taip ayat tu didalam SMS ke, BBM ke mahupun di facebook sekalipun.
tapi apa salahnya kalau kita ucap terima kasih pada orang lain? aku dari kecil sampai ke besar ni dah diajar supaya mengamalkan hidup sentiasa berterima kasih pada orang. kalau aku beli nasi lemak contohnya, aku akan ucap terima kasih pada pekedai berkenaan. kalau aku beli barang dekat kedai runcit, aku akan ucap terima kasih atau thank you pada pekedai runcit tersebut.
oh ya lah, maybe korang akan cakap "kau ni sejak kecil dah diajar untuk cakap camtu". oh habis tu korang yang dah besar bagak ni tak boleh pula bersikap demikian even tak digalak berbuat demikian sewaktu kecil dahulu? budi bahasa budaya kita lah bro. HAHA.
walaupun aku tak mengharap orang ucap terima kasih pada aku, tapi aku akui, kadang-kadang terkecil hati jugalah bila ada orang langsung tak hargai apa yang aku lakukan. malah boleh complain pula lepas tu. itu yang kadang-kadang kecil hati, malah start rasa 'panas hati' pun ada juga. nasib baik tak dimaki disitu. HAHA.
lagi satu lah ek, bila nak ucap terima kasih, biarlah disertakan dengan senyuman sekali. ucap terima kasih, tapi muka masam, baik tak payah ucap lagi bagus. HAHA. ikhlas ok, ikhlas tu penting. even mood tak berapa ok, ataupun dah penat kerana bekerja sehari suntuk, tapi bila sampai masa untuk ucap terima kasih, senyumlah. kan senyum itu satu sedekah. :)
so, sampai sini je lah entri aku untuk pagi ni. nanti-nanti lah aku update. tiada idea lagi ni. HAHA. ciao.
Leave your comment
Post a Comment