penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

15 March 2012

Diari Anak Teruna

oh hai. selamat pagi mehh.

ya-ya, aku tahu, tajuk entri aku kali ini memang tak boleh blah. HAHA. actually takde apa yang menarik lah. just hari ni aku tiba-tiba menjadi tersangatlah 'rajin' gara-gara tak boleh tidur malam tadi. so aku just nak share benda yang aku buat hari ni.

aku memang tidur, tapi entah kenapa pukul 4am semalam tiba-tiba aku terbangun. sudahlah terbangun, lepas tu tak boleh masuk tidur balik. hampeh betul. nak taknak, aku turun lah bawah tengok tv. sambil tengok tv, tiba-tiba perut terasa lapar pula. adehhh. so aku pun panaskan minyak, aku goreng nugget.

ya, pagi-pagi makan nugget. ini tips untuk menggemukkan badan, ok? HAHA. lepas dah habis melantak tadi, aku sambung tengok tv. tapi disebabkan aku rasa rimas sangat tengok banyak pakaian berlonggok depan tv ni, aku pun duduk bersila atas lantai, lantas aku merajinkan diri untuk melipat berpuluh-puluh helai pakaian tu. HAHA

aku ambil masa sejam setengah baru habis lipat semua tu! HAHA. slow gila orang bujang ni lipat. kalau kaum ibu yang lipat, tak sampai sejam dah habis kot. HAHA. disebabkan aku rasa bersemangat pula bila dah habis lipat baju, aku pun mula kemas slow-slow ruang tamu ni. kutiplah satu-satu sampah kat lantai, atas meja ni.

ha lepas dah siap kemas ruang tamu, aku pergi dapur pula. tengok adalah 2-3cawan berlonggok dalam sinki, aku basuh semua tu. tapi rimas betul aku tengok tempat masak tu sebab dah lama tak bertukar cover bawah nya. so berminyak sana sini lah kan. so aku ambil surat khabar lama, aku letak sebagai cover baru. biasalah, tempat masak biasa je, bukannya yang harga ribu-ribu macam orang lain punya. HAHA.

dah siap cuci tangan apa semua ni, aku keluarkan mee kuning, bebola ikan, perencah mee goreng. yela, dah pukul 7.30am, so aku nak buat sarapan pagi lah. lepas aku dah goreng-goreng mee tu, aku hidang atas meja, tutup dengan tudung saji. aku ambil pinggan, melantak sikit. perghhh. kalau dah penat tu, semua makanan jadi sedap. ke aku memang masak sedap? HAHA.

lepas aku dah melantak, aku bagi pula 3 ekor harimau putih aku ni melantak. amboiii.. lapaq sungguh naa. HAHA. 3jam aku 'bersenam' hari ni. tak penat mana pun, tapi kira ok lah kan, atleast rumah aku kemas lah sikit daripada sebelum ni. HAHA.

sampai sini je lah entri bangang aku ni. terima kasihlah kalau ada yang membacanya. HAHA. ciao.

12 Comments:

✿ Є˩ɛɛи Ѵσℓʏℓɛтα ✿ said...

wahh ! hebat gila , mgalahkan anak dara . HAHA

Izzat said...

kan kan kan? tengok kaki lah beb. HAHA.

✿ Є˩ɛɛи Ѵσℓʏℓɛтα ✿ said...

well , i know that (!) HAHA
comel . HAHA

Izzat said...

terima kasih. saya memang comel, kacak, hensem, bergaya. HAHA.

mood: perasan lebih.

✿ Є˩ɛɛи Ѵσℓʏℓɛтα ✿ said...

HAHA okay budak perasan (!)

Izzat said...

ya, saya sedar saya perasan.

anda pula bagaimana?

✿ Є˩ɛɛи Ѵσℓʏℓɛтα ✿ said...

HAHA , ohh no
saya kurang perasan apa-apa . HAHA

Izzat said...

ecececehhh.

boleh percaya ke ni? HAHA.

✿ Є˩ɛɛи Ѵσℓʏℓɛтα ✿ said...

bolehlah , sy budak baik tau . HAHA

Izzat said...

ecececehhh.

perasan diri baik. baik ke? :p

✿ Є˩ɛɛи Ѵσℓʏℓɛтα ✿ said...

okay tak . saya jahat (!) pun perasan jugak ke ? :D

Izzat said...

itu bukan perasan, itu kenyataan. :D HAHA.