penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

10 March 2012

Untitled

oh hai. selamat awal pagi mehh.

ya, entri dari aku lagi. kenapa? tak percaya? takpe. aku sebenarnya malas nak buat entri baru sebab malam tadi dah buat, kan. tetapi kata-kata yang aku bakal taip sebentar lagi ni selalu terngiang-ngiang di minda aku sejak 2-3minggu lepas lagi.

actually aku terbaca tentang ayat ni entah dari mana entah. ayatnya dalam english, tetapi aku dah tak ingat apa yang tertulis disitu. tetapi kata-katanya lebih kurang beginilah kalau translate ke bahasa melayu "satu-satunya persamaan aku dengan kawan karib lama adalah KENANGAN kami bersama" lebih kurang camtu lah.

ya. KENANGAN lama. aku ada banyak kenangan lama. lebih-lebih lagi di zaman sekolah dahulu. malah aku masih boleh ingat lagi siapa "kawan-kawan karib" aku di waktu sekolah dulu. tetapi tu lah, kenangan hanya tinggal kenangan. bila sudah lama tak bertemu, masing-masing buat tak kenal. terasa sangat janggal kan.

aku tak tahu lah kenapa ada sesetengah orang 0yang aku anggap sebagai "kawan karib" dahulu, tetapi kini terasa aku dengan orang-orang ini bagaikan orang asing yang tidak pernah kenal antara satu sama lain. walaupun ada add dalam facebook dan sebagainya. tetapi agaknya bila dah terlalu lama tak berhubung, masing-masing sudah lupa akan orang yang rapat dengan diri kita padahal dulu gelak tawa gaduh semuanya ada.

pernah suatu dahulu aku tegur "kawan karib" aku diwaktu sekolah dulu ni di facebook, tetapi entah kenapa, aku terasa janggal. mungkin sebab cara dia reply kata-kata ku seperti orang asing baru 1st time tegur, ataupun mungkin dia sudah lupa akan aku atau dia langsung tak pernah anggap aku sebagai kawan karib dia pun dari dulu. HAHA.

aku tak kisah sangat pun. tetapi tu lah, persamaan aku dengan kawan-kawan dari masa silam aku ni hanyalah sekadar kenangan tinggal kenangan je. ada lah orang yang masih berhubung dengan aku lagi. tetapi yang mengejutkannya, orang yang selalu berhubung dengan aku ni langsung tiada apa-apa kenangan manis ke atau apa-apa pun lah dari zaman silam aku.

ya-ya, maybe ada lah berborak sikit-sikit di waktu dahulu. tu je lah. tapi tak disangka-sangka, bila dah habis sekolah, mereka-mereka ini pula yang selalu berhubung dengan aku. HAHA. tetapi just tegur-tegur begitu je lah. kadang-kadang aku terfikir, kawan-kawan lama yang aku add di facebook tu ingat tentang diri aku ni lagi ke tak? ingat-ingat lupa? atau langsung tak ingat sehinggakan terasa bagaikan add orang asing? HAHA

FUCK THIS SHIT!

2 Comments:

hazaikazulkafli said...

normal tu sedap...hahaha...biasalah tu kan...

Izzat said...

'sedap' nya lah kan. HAHA.