oh hai. selamat malam mehh.
so kali ni aku nak membincangkan tentang sudah tidak relevan lagikah soalan-soalan seperti "tengah buat apa?", "nama siapa?", "tinggal mana?" dan soalan-soalan yang sewaktu dengan nya ini. ya, aku tahu, soalan ini hanya ditanya oleh seseorang yang baru hendak mengenali orang lain.
persoalannya disini ialah relevan lagi kah soalan-soalan seperti ini di tanya pada masa sekarang ini? so, segala kata-kata yang aku bakal taip sebentar lagi ini berdasarkan kajian aku yang aku buat sejak beberapa minggu ni lah ek.
boleh dikatakan 70% perempuan berasakan soalan-soalan seperti ini sangat membosankan bagi mereka, terutamanya jikalau ianya ditanya melalui laman web sosial seperti facebook sekarang ini. kenapa bosan? sebab mereka rasa segala soalan tersebut tidak perlu ditanya lagi, hanya perlu lihat info profile mereka, segalanya tercatat disitu. kalau full biodata takpe lah juga, ini tidak, info macam taik. HAHA.
30% lagi tu akan menjawab soalan-soalan sedemikian, but tak semua soalan lah kan. terutamanya soalan tentang nama, tempat tinggal dan dua tiga lagi soalan yang lebih kurang camtu lah. kalau ditanya pun, pasti akan reply macam taik. HAHA.
tetapi tidak kah mereka menggunakan otak mereka tu untuk berfikir bahawa orang-orang yang bertanya soalan-soalan itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan rasa kekok antara satu sama lain? bak kata omputih "Ice Breaker" lah. mungkin kalau tanya soalan seperti "boleh share nombor akaun bank?", "boleh minta alamat rumah?" ataupun "boleh tak share nombor IC?" baru mereka akan reply kot? HAHA
bagaimana pula dengan lelaki? jikalau perempuan bertanyakan soalan-soalan ini kepada lelaki, memang semestinya 90% lelaki akan menjawabnya sebab lelaki mana yang tak seronok oii bila tiba-tiba je ada perempuan tegur! lebih-lebih sekarang ni musim ramai lelaki tengah single. so, kalau perempuan tegur, pasti nak reply secepat yang mungkin. manalah tahu kot ada peluang nak buat awek ke. HAHA.
yang 10% lagi tu lelaki bajet HOT, bajet KACAK, tu sebab taknak jawab. kononnya diri sangat COOL lah kan. ataupun mereka ni tak bernafsu terhadap perempuan? HAHA. tetapi yang peliknya, bila perempuan bertanya pada perempuan, boleh pulalah mereka ni reply. tapi bila laki tanya perempuan, amboiii, dibiarnya komen tu terbiar berhabuk dalam wall masing-masing tanpa sebarang jawapan. HAHA
aku rasa soalan "tengah buat apa?" inilah soalan yang paling membosankan kot bagi orang-orang di facebook kononnya mereka rasa bila ditanya soalan ni, pasti mereka akan fikir "aku tengah online facebook lah bodoh, kau pergi tanya lagi buat apa lah bangang?" didalam otak masing-masing. betul tak? WELL NO SHIT, SHERLOCK! macamlah kau concentrate online facebook tanpa dengar lagu ke? buka laman web lain ke? makan minum sambil online ke? so, adalah sebab orang bertanya soalan begitu.
aku bukannya bersifat seksis atau apa pun. tapi ini hanyalah sekadar kajian yang aku lakukan sejak dari beberapa minggu lepas lagi. oh ya, memang aku terpaksa menjadi 'stalker' untuk membuat kajian ini. tapi jangan risau lah. aku just stalk wall facebook orang je, bukannya apa pun. HAHA.
jadi, persoalannya adakah relevan lagi soalan begini? Oh, sudah semestinya relevan lagi lah kan kalau orang yang ditanya tu menggunakan otak nya dengan betul. kalau tak, better delete je lah komen "tengah buat apa" "apa khabar" apa semua tu ek kalau taknak soalan terbiar berhabuk tanpa sebarang jawapan. HAHA.
so sampai sini je lah entri dari aku. kepada yang membacanya sampai habis, aku ucap terima kasih banyak-banyak lah eh. sila kutip hadiah di kaunter tol yang berdekatan. arigatou gozaimasu. ciao.
4 Comments:
apa khabar?tengah buat apa?hehehe
alhamdullilah sihat. saya tengah dengar lagu je ni. biasalah, bosan sedikit di malam minggu ni. anda pula bangaimana?
hahha..oh,,saya tengah menaip kala ini...hahhaha
perghh. pagi-pagi dah online. HAHA.
Post a Comment