penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

06 March 2012

Geli Hulu Hati Aku Di Buatnya. HAHA.

oh hai. selamat malam mehh.

ya-ya, janganlah terasa pelik sangat kalau nampak aku update blog ni dengan entri panujang lebar di bulan selain bulan februari ek. HAHA. tiada isu penting atau benda yang menarik pun kali ni. just aku nak beri sedikit pendapat aku tentang isu SENIMAN ni je.

apa itu SENIMAN? well.. nama panjangnya Persatuan Seniman Malaysia. alaaa. presidennya Harun Salim Bachik ahli kumpulan Boboi maharaja lawak mega tu lah. so, kalau ada sesiapa yang terasa diri tu "berbakat sangat" macam artis youtube yang berleluasa sekarang ni, bolehlah daftar diri sebagai ahli SENIMAN ek. HAHA.

aku sebenarnya terasa geli-geli di hulu hati aku ni lepas baca artikel tentang SENIMAN di laman web GUA ni. geli hulu hati sebab timbalan presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi (ZZ) ni ada mengemukkan mengemukakan 3 cadangan "bernas" kepada PM kita iaitu;

1. nak kuota khas dibawah program perumahan rakyat termiskin (PPRT)

2. perkhidmatan insuran perlindungan diri.

3. kebenaran untuk guna cermin gelap bagi kenderaan ahli SENIMAN.

agak menarik cadangan yang di usul kan ni, kan? tetapi dari pendapat aku sebagai blogger terkenal sederhana lagi biasa ni lah kan, aku rasa cadangan yang diberi ni agak tak berapa ok sangat lah ek. sebab apa tak ok? sebabnya lah kan;

1. kuota khas? orang lain terpaksa bersusah payah nak mohon pinjaman bank apa semua tu, kena lalui macam-macam prosedur. tetapi korang nak kuota khas ek? sebab apa? sebab takde slip gaji? adoyaiiii... silalah ubah peraturan supaya slip gaji dikeluarkan kepada semua artis ni ek. apa? kau cakap bukan senang nak buat camtu? TIADA YANG MUSTAHIL BAGI YANG BERUSAHA lah bro! HAHA.

2. insuran perlindugan diri? well... aku tak belajar tentang hal ini. but, aku rasa SELURUH rakyat Malaysia patut diberi insuran RM100,000 seperti ini. takkan ahli SENIMAN je nak dapat insuran banyak gini bro?  HAHA.

3. cermin gelap untuk kenderaan semua ahli SENIMAN? well... perlu ke? kalau kau ni VVVVVVIP ataupun jenis spesis ada banyak musuh, then memang patutlah ada cermin gelap. but kau ni orang biasa je oiii. lagipun dah banyak kontroversi artis-artis zaman sekarang ni kantoi maksiat sana sini. kalau dah diberi kebenaran cermin gelap, memang sedappppppp ler buat ehem-ehem dalam kereta je. HAHA. kalau takut kena rompak ke apa, pakai je lah cermin kalis peluru. tapi jangan beli jenama cap ayam pula ek. HAHA.

aku rasa kerajaan maybe akan luluskan tentang insuran perlindungan diri tu lah kot. tapi aku tak pasti lagi tentang hal PPRT dan cermin gelap tu. sungguh merepek sangat cadangan itu. HAHA. arghhh. aku dah mengantuk, better aku stop sini je. ciao.

kalau nak baca tentang benda alah ni, baca je kat sini.

Leave your comment