penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

31 March 2012

Mari Memasak Bersama "Chef Izzat"

oh hai. selamat malam mehh.

sebenarnya aku nak share resipi nasi goreng yang aku baru belajar ni. well, parents aku takde di rumah ni sejak 3-4 hari lepas lagi, so nak taknak aku terpaksalah masak sendiri untuk kesinambungan hidup, kan. HAHA. ni lah padahnya bila takde lesen & kereta, kalau tak dah lama aku pergi bungkus nasi berlauk dekat restoran. HUH.

taknak buang masa lagi, mari baca cara-cara hendak memasak "Nasi Goreng Orang Bujang" ni. oh ya, ini adalah resipi untuk 2 orang makan. tetapi disebabkan aku kuat melantak, so 2 pinggan nasi goreng ni cukup-cukup je untuk aku seorang. HAHA.



1. bahan-bahan yang diperlukan;
1 pot nasi yang dah di masak.
50gram ikan bilis .
2biji telur.
sesudu besor cili boh.
50gram sayuran campur.


2. korang perlu goreng ikan bilis terlebih dahulu.  lepas siap goreng, letak ke dalam pinggan dahulu. ini untuk di guna bersama sekejap lagi.
(maaf, kuali lama)


3. panaskan minyak dan tumis seberapa banyak cili boh yang korang suka ke dalam minyak tersebut.
(aku guna 1 sudu besar je)


4. lepas tu masukkan sebiji telur or beberapa biji je lah yang korang suka.


5. selepas dah siap gaul telur & cili boh tadi, korang masukkan sayuran campur ni. dan gaulkannya selama 20saat lagi.


6. dah siap gaul semua bahan tadi tu, korang masukkan pula nasi bersama secubit adoii sakit garam. selepas itu korang gaul gaul gaul gaul sampailah mula nampak macam nasi goreng betul. HAHA.


7. akhir sekali korang masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng awal tadi ke dalam kuali. oh ya, aku juga masukkan sesudu kecil kicap ke dalam ini untuk bagi nampak nasi goreng ni hitam-hitam sikit macam nasi goreng dekat restoran tu. HAHA.


8. selepas dah siap apa semua tu, korang hidangkannya ke dalam pinggan. kan dah siap "Nasi Goreng Orang Bujang" ni. HAHA.


1st time aku masak nasi goreng guna bahan-bahan ni. selama ni aku guna perencah je. HAHA. mengikut pendapat aku lah, aku rasa nasi goreng yang aku buat ni sedap juga. mungkin disebabkan aku dah lapar baru nasi goreng ni rasa sedap atau memang nasi goreng yang aku buat ni memang sedap? HAHA.

kalau ada sesiapa yang berani nak buat, silalah buat ya. HAHA. so sampai sini je entri aku. terima kasih. ciao.

2 Comments:

ciknootecah said...

blend la bawang besar dengan bawang putih sikit..bukan apa..kasi wangi..hehe

Izzat said...

kebetulan hari tu bawang dah habis. huhu.