penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

23 December 2012

Astro Chat @15 (channel 109)

oh hai. selamat pagi mehh.

hari ni hari ahad. sepatutnya hujung minggu ni ialah hari untuk berehat, aktiviti membuat taik mata sampai ke tengah hari. HAHA. tetapi entahlah, boleh terbangun awal pula. bila dah bangun ni, dah tak ada idea nak buat apa dah. so aku rasa better aku buat entri baru je lah. lagipun dah 2 mggu tak update blog ni.

untuk entri kali ni aku nak ceritakan sikit pasal Astro @15 ni. aku pasti sesiapa yang ada astro dirumah pasti pernah buka siaran @15 di 109 astro ni. ianya sebuah channel yang memaparkan rancangan-rancangan yang pernah disiarkan samada di Astro Ria or Astro Prima. maybe dari channel lain pun ada. I don't care. HAHA. oh ya, kalau tak silap aku namanya dulu Chat @15. lepas tu tukar ke Astro @15 pula.


logo @15


so apa yang special sangat dengan Astro @15 ni? lerrr. kalau dah korang pernah tengok, pastilah korang dah tahu bahawa Chat @15 ni ialah tempat untuk berborak selama 24jam samada menggunakan SMS mahupun MMS. kalau tak silap aku lah harganya 50sen + caj telco untuk setiap SMS. manakala MMS pula akan dicaj RM1 + caj telco untuk setiap gambar yang disiarkan kat channel tu.

ya-ya, memang agak mahal kan. tetapi bagi aku berbaloi jugalah sebab boleh cari ramai kawan baru + awek baru kat sana. HAHA. waktu aku join dulu, facebook belum famous lagi. so sebab itulah ramai orang join berborak di @15 ni. sekarang dah tak ada orang join sejak facebook famous, malah @15 pun dah ditutup pada 2 Mei 2012 yang lepas.

aku masih ingat lagi betapa "Hot Stuff" nya aku di @15 pada sekitar tahun 2006 dulu bila ramai gadis hantar Private Messages (PM) nak minta nombor handphone aku. HAHA. tapi itu dulu lah. malah aku masih ingat SMS pertama yang aku hantar kat @15 tu ialah "Izzat/M/16/Selangor". tup tup terus masuk 10 PM kat handphone aku selepas tu! gila babi seronok rasa hati aku waktu tu. HAHA.

itu belum kira lagi bila aku hantar MMS muka aku comel waktu muda mudi kat @15 tu lagi. terus ada yang puji cute lerr, hensem lerr, nak kenal dengan aku lerr. memang kembang bontot terkoyak spender dibuatnya waktu tu. HAHA. tapi mahal sial. aku pernah habiskan topup RM30 dalam masa tak sampai sejam dok MMS, lepas tu balas PM orang lain pula. HAHA.

oh ya, baru aku teringat lagi satu channel yang aku rajin chat guna SMS ini ialah di 8TV. tapi sekarang aku tak tahulah ada lagi ke tak SMS chatting kat channel tu sebab aku dah bertahun-tahun lama tak buka 8TV. HAHA. tapi tu lah. aku rajin chatting antara 2006 hingga 2008 je. lepas tu terus stop sejak masuk universiti ni. dah tak ada masa nak perhabiskan duit & masa macam waktu sekolah dulu lagi dah.

nickname aku memang tak boleh blah lah kot sebab ye lah bajet feeling comel dulu tu kan. HAHA. so aku letak lah "beruang90" sebagai nama kat @15 tu. cute? comel? memang rasa nak termuntah bila aku fikirkan balik sekarang. what the fuck was I thinking? HAHA. oh ya, memang bermula dari @15 ni lah aku gunakan nama Izzat sebagai nickname aku.

ehh baru aku perasan. entri kali ini memang betul-betul macam ditaip khas untuk puji diri sendiri je. HAHA. apa-apa pun, Chat @15 ni memang penuh nostalgia bagi aku. walaupun aku dapat banyak kawan, skandal mahupun awek di @15 ni HAHA tetapi aku dah terputus hubungan dengan semua orang didalam tu. hope boleh bertemu balik lah dengan kawan-kawan lama suatu hari nanti.

so sampai sini je lah entri aku kali ini. ciao.

06 December 2012

6 Tips Membeli Barangan Aksesori Untuk Laptop

oh hai. selamat pagi mehh.

aku sebenarnya dah malas nak update blog ni. tetapi disebabkan pagi ni aku tiada benda yang nak dilakukan, so rasanya better update lah kot lagipun aku dah berbulan-bulan tak masuk blog ni.. so untuk entri yang pertama di bulan disember ni aku nak share sedikit tips untuk membeli barangan aksesori untuk laptop.


contoh barangan aksesori untuk laptop


aksesori laptop ni ada macam-macam jenis seperi didalam gambar tu dan selain itu korang kena fikirkan macam-macam faktor sebelum hendak membeli sesuatu aksesori sebab setiap barangan ada baik dan buruknya. so mehh aku share 6 tips untuk beli aksesori laptop ni;

  1. Waranti: oh ini penting sebab KEBANYAKAN barangan aksesori laptop ni memang tiada waranti pun. tetapi kalau jenis yang branded tu mungkin ada waranti lah. oh ya, jangan lupa minta resit, nanti boleh pulangkan semula kalau ada problem.
  2. Kewangan: ehh sebelum nak beli sesuatu barangan tu periksalah dulu oii yang korang ni ada fulus ke takde. kalau takde, better beli jenama yang murah dulu je lah ya atau tak payah beli langsung.
  3. Spesifikasi: yang ini pun penting. korang kena periksa dulu spesifikasi sesuatu barangan tu sesuai untuk laptop korang ke tak. contohnya: laptop korang saiz 15.6", tetapi korang pergi beli cooler pad yang boleh muat saiz 14" dan ke bawah je. tak ke membazir duit namanya tu? HAHA.
  4. Cari Maklumat Tepat: jangan lupa untuk bertanya ataupun buat survey dulu sesuatu barangan tu. manalah tahu barangan tu local cap ayam ke. pakai seminggu dah jahanam. HAHA.
  5. Pastikan ianya penting: yang korang ni pun satu, sebelum nak beli tu pastikanlah yang korang memang betul-betul perlukan ke tak barangan tu. kalau tak, buat apa nak beli? membazir duit je tu kan.
  6. Kualiti: yang ini paling penting, kualiti perlu diperiksa. jangan anggap barangan branded tu semuanya berkualiti baik. so make sure yang korang suruh pekedai tu buka kotak barangan tu dulu dan periksa ok ke tak benda tu. 
ok so sampai sini je lah entri aku kali ini. aku pun malas nak taip panjang-panjang ni. baik aku golek-golek atas katil sambil tengok movie je. HAHA.

09 August 2012

Koleksi Lagu Hari Raya (Part 5)

oh hai lagi sekali.

so, ini adalah entri koleksi lagu hari raya dari aku yang penghabisan. jadi, sekejap lagi maybe aku akan buat entri baru berkenaan diri aku. oh ya, aku harap korang dah jumpa dah lagu-lagu raya yang maybe korang pernah dengar, tetapi dah terlupa tajuk nya kan. so, taknak taip panjang lebar, mehh layan lagu;
































ok, dah cukup 50 buah lagu hari raya yang aku memang akan dengar setiap tahun nu. walaupun lagu-lagu ni semua sedap-sedap belaka, tetapi stesen radio zaman sekarang ni tak habis-habis putar lagu raya yang dah di remix je. bengong betul dohh. so sampai sini je lah entri dari aku untuk hari ni. ciao.

Koleksi Lagu Hari Raya (Part 4)

oh hai. selamat awal pagi lagi sekali mehh

aku malas nak taip panjang-panjang sebab aku baru je selesai buat 2 entri tadi kan. HAHA. so, mohh kita layan part 4 pula;
































so, lagi sekali tamatlah sudah entri koleksi lagu hari raya aku ini. ciao

Koleksi Lagu Hari Raya (Part 3)

oh hai. selamat awal pagi lagi sekali.

kalau korang baca part 2, disitu ada mengatakan yang aku baru bangun tidur kan. jadi, memang aku agak bersemangat lah pagi ni. disebabkan takde benda yang aku nak buat pagi-pagi ni, aku rasa better aku update je lah entri koleksi lagu hari raya aku ni. so, kali ni aku share part 3 pula lagu yang aku ada;































ok, cukup 10 buah lagu. jadi, berakhirlah sudah entri kali ini. ciao.

Koleksi Lagu Hari Raya (Part 2)

oh hai. selamat awal pagi mehh.

ya, jam dah pukul 1am, tetapi aku masih lagi sempat menyiapkan entri baru untuk blog aku disebabkan aku dah pun tertidur lepas berbuka tadi, penat sangat dohh dengan berbagai aktiviti hari ni. so, kali ni aku nak update pula entri Lagu Raya ni kepada part yang seterusnya. korang layan je lah ek;
































ok, dah cukup 10 buah lagu. so, sampai sini je lah entri ni. nanti sekejap lagi aku sambung part 3 pula. HAHA.

02 August 2012

Koleksi Lagu Hari Raya (Part 1)

oh hai. selamat malam mehh.

so, kali ni aku akan share koleksi 50 buah lagu hari raya yang aku tahu setakat ini lah. aku saja je nak share sebab maybe korang bosan asyik dengar lagu raya yang sama je kan. so, di sini aku ada senarai beberapa lagu raya yang maybe korang tak pernah dengar atau maybe korang pernah dengar, tapi tak tahu tajuk nya.

oh ya, disebabkan aku ni pemalas, jadi aku akan pecahkan senarai lagu ni kepada 5 entri. so, korang pun tak serabut mata nak tengok semua sekaligus, kan? HAHA. so inilah dia senarainya;





































so, sampai sini je lah entri aku kali ini. nanti aku share lagi lagu-lagu raya yang aku tahu ek. bye, ciao.

01 August 2012

Cecah Lima Angka!

oh hai. selamat malam mehh.

dah dekat 2minggu rasanya aku tak update blog ni kan. biasa lah, aku memang malas nak update pun. HAHA. cuma sebentar tadi aku login blog aku, aku terperasan yang pageview aku dah mencecah 5 angka! yeah! memanglah bagi orang lain setakat pageview cecah 5 angka je pun nak kecoh.



well, bagi blog yang popular tu, memanglah ada yang cecah 7-8angka pun ada, kan. tapi korang kena ingat, aku ni bukannya rajin nak promosi link blog aku didalam blog orang lain ya seperti yang sesetengah blogger tu buat.  aku ni cuma blogger biasa yang malas nak update, tak rajin sangat. malah kebanyakan entri yang aku buat semuanya tahap bangang je. siapalah yang nak buka blog aku ni kan? HAHA.

oh ya, kalau orang lain cecah angka-angka tertentu, confirm buat giveaway, contest apa benda tu semua lah kan, tetapi maaflah ya kalau korang fikir aku akan buat camtu juga, sebab confirm aku tak akan buat. HAHA. aku nak update blog pun malas, lagi mahu buat giveaway mahupun contest? HAHA. tetapi aku tetap hargai semua orang yang follow blog aku ya. nanti-nanti je lah aku buat contest apa semua ni ya.

so, setelah 2tahun aku berada didalam dunia blog ni, aku terharu sikit lah kan sebab blog aku boleh cecah tahap 5 angka! terima kasih lah ek kepada semua orang yang memang baca entri aku ni mahupun yang tak sengaja terbuka blog aku sebab search benda lain ke. HAHA.

sampai sini je lah entri aku kali ni. ciao. bye.

21 July 2012

Pelajar Dibenarkan Bawa Handphone Ke Sekolah Mulai 2013?

oh hai. selamat petang mehh.

hari ni adalah hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan kan, hope korang semua puasa lah ek. pada yang kaum hawa yang terpaksa 'bercuti' pada hari ini, jangan sedih ek. pada kaum adam yang terpaksa 'bercuti' juga hari ni atas sebab-sebab tak munasabah, korang ni memang teruk. HAHA

so aku terbaca dalam beberapa blog yang mengatakan bahawa mulai 2013, pelajar sekolah akan dibenarkan membawa handphone ke sekolah. well, ada yang kata perkara ini sangat bagus sebab ia penting bagi pelajar kalau ada sesuatu yang buruk berlaku, mereka boleh call parents, teachers mahupun talian kecemasan.

but you know what? pada pendapat aku lah, bawa handphone ke sekolah ni akan lebih mendatangkan keburukan je berbanding kebaikan. yes, kebaikannya pelajar boleh buat call kecemasan seperti yang aku taip tadi lah, tetapi keburukannya lebih banyak dari itu.

ok, kalaulah benar pelajar dibenarkan bawa handphone ke sekolah, korang dah boleh agak lah kan kes kecurian handphone akan naik secara mendadak di ke semua sekolah. malah pada tahun-tahun sebelum aku habis bersekolah 2007 dulu pun dah banyak kes handphone dicuri. even classmate aku sendiri pun dah terkena mehh.

bila handphone dah hilang, korang nak salahkan siapa? nak salahkan sekolah sebab tak tingkatkan keselamatan ke? HAHA. takkan pihak sekolah nak kena pasang CCTV disetiap kelas kot? kalau dah hilang handphone, salahkan diri sendiri lah sebab apa yang korang ni CERDIK sangat nak bawa benda mahal tu ke sekolah.

lepas tu kena ingat, budak-budak sekarang ni semua bantai pakai handphone mahal-mahal, bukannya handphone cap ayam macam 3310 ke apa. HAHA. semua nak pakai BlackBerry lah, iPhone lah, Samsung Note besar gedebak tu lah, kan? tak HOT ler kalau pakai handphone murah je, kan? lagi best kalau ada yang bawa iPad ke sekolah nanti. HAHA.

lagi satu keburukannya ialah pelajar confirm tak fokus pada cikgu yang tengah mengajar didepan. well, aku pastilah cikgu akan minta ke semua pelajar beri handphone mereka pada cikgu dulu, dan kemudiannya diwaktu habis sekolah baru cikgu berikan semula handphone tu pada mereka kan.

but aku pasti tak ada siapa pun yang nak berikan handphone mereka pada cikgu. gila ke? takde maknanya kan nak beri cikgu pegang handphone masing-masing oii. confirm masing-masing dah sorok handphone ke dalam stokin, beg, baju dalam ke, kan? HAHA.

kalau dah ada handphone didalam tangan sendiri, pastilah Twitter, Facebook yang jadi pilihan kan. nanti bolehlah update "bosan gila cikgu ni mengajar, cepatlah habis dohh" pada twitter dan facebook masing-masing kan. alaaaa. jangan tipu lah. confirm korang buat camtu punya.

dan lagi satu keburukan, seriously siapa yang nak akan call parents or cikgu sendiri? masing-masing lagi sanggup call BF/GF sendiri je. lepas tu berBBM je dengan kawan-kawan sendiri sampai lebam walaupun parents kau juga yang belikan dan topup kan handphone kau tu, kan?

so apa yang aku nak kata kan ialah cadangan pelajar dibenarkan bawa handphone ke sekolah ni tersangat lah MEREPEK. HAHA. so sampai sini je lah entri aku ni. ciao.

19 July 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

oh hai. selamat malam mehh.

ya-ya, aku dah lama tak update. biasalah, kekeringan idea bagaikan dimusim panas yang kering ni juga. so seperti yang semua maklum dan kepada yang tak berapa maklum tu, tarikh kita mula berpuasa jatuh pada hari sabtu ini iaitu 21hb Julai 2012 ya. INGAT TU!

sekarang korang dah tahu kan hari apa mula berpuasa. so, jangan korang dok bantai melantak nasi lemak dan kopi-O awal pagi sabtu nanti pula. memang nak kena flying kick, falcon punch mahupun tombstone piledriver daripada ayahanda dan bonda yang tersayang lah jawabnya nanti. HAHA.

jadi aku just nak ucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan juga selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat dan juga kepada para pembaca blog aku ni. oh ya, jangan lupa Tarawikh pula oii. nanti esok lusa je lah aku update entri panjang sikit macam esei SPM pula. ciao.

*gambar diambil dari google image

07 July 2012

Bila Aku Berfikir Dengan Serius.

oh hai. selamat tengah hari mehh.

pekabar mehh?

so, semenjak dua tiga menjak ni memang aku banyak berfikir. macam-macam bendalah yang aku fikir. nak cakap ada masalah tu, takde lah sangat. masalah kewangan, masalah peribadi tu semua orang pun ada kan. tapi ni masalah lain. well, maybe entri kali ni lebih kepada personal issue bagi diri aku lah.

aku cuma terfikir kalau hubungan yang dah lama terputus ni patut ke disambung semula? tak kira lah hubungan bekas kekasih ke, bekas kawan ke. sebab apa aku tanya camni? sebab memang banyak perkara begini terjadi dalam hidup aku.

kadang-kadang aku terfikir perlu ke aku accept mereka ni semula dalam hidup aku selepas perkara-perkara yang terjadi dahulu? tak kiralah aku yang bersalah ke, mereka yang bersalah ke, who cares, right? perkara yang dah lama terjadi ni, kadang-kadang biar ianya menjadi kenangan je. dah elok-elok tak ingat apa yang terjadi, tiba-tiba boleh teringat semula perkara lama. lepas tu terjadi benda yang sama semula, itu yang nak naik darah dibuatnya.

sebab bila dicari-cari semula, perkara yang lama berlaku dahulu boleh terjadi semula di kemudian hari. lepas tu barulah terfikir didalam diri "apahal lah aku contact dia ni semula kalau benda yang sama berlaku lagi ni dohh?" betul tak? tapi nak kata menyesal sebab mencari atau dicari semula mereka yang dah lama 'menghilang' dari diri aku ni, takde lah pula macam tu. tetapi cuma kesal sebab benda yang sama berlaku lagi, itu aje lah.

orang melayu kita kata "yang lepas tu, lepas.". manakala orang inggeris pula berkata "let bygones be bygones.". jadi maknanya kita kenalah saling memaafi antara satu sama lain demi kenangan yang dah lama tercipta ni kan. tetapi kadang-kadang kalau kenangan yang penuh kepahitan lebih dari kemanisan, buat apa perlu dicari semula. nanti buat bertambah sakit hati je, kan?

aku ni sejak dulu sampai sekarang, memang sama je. tak berubah pun sikap. well, maybe aku dah kurang marah-marah, itu aje lah kot. sebab tu bila benda yang sama berlaku semula ni, aku tak naik marah ke pe. aku diam, aku cuba bertenang je. aku cuba lupakan semua benda ni dengan buat aktiviti kegemaran aku iaitu mendengar lagu atau menonton filem hasil dimuat turun secara cetak rompak di laptop aku ni je. HAHA.

dalam hati ni kadang-kadang terdetik juga hendak men-delete je nombor handphone ke, facebook ke, atau apa jua jenis yang bersangkut-paut dengan mereka yang ada kena-mengena dengan kenangan lama aku ni. tetapi bila fikir balik, buat apa aku nak delete? takde guna pun, kan. lagipun aku ni bukannya budak-budak lagi dah nak delete segala benda ni. poyo sangat buat camtu. HAHA.

jadi aku biarkan aje lah. lantak mereka lah nak cari semula ke, nak senyap je ke. asalkan mereka gembira dengan hidup mereka sendiri sudah lah ek. cuma aku cukup kesal lah yang diorang ni contact aku semula, lepas tu ulang benda yang sama pernah berlaku dahulu. macam yang aku taip tadi lah, aku tak marah pun kat mereka-mereka yang berkenaan ini.

ya, selepas lama tidak berhubung, memang terdetik juga perasaan seronok dan gembira dihati ni dapat berhubung kembali dengan orang yang pernah rapat dengan diri waktu dulu, kan. tetapi seminggu kemudian, ehh dah kembali semula macam dulu? what is this? baik diam je, tak payah contact semula, senang kan? aku pun tak payah nak teringat-ingat semula perkara lama ni. memang aku cukup kesal bila mereka buat macam ni lagi.

ehh sudahlah. aku dah mengantuk ni. malas nak taip panjang sangat. ciao.

02 July 2012

Sepanyol 4 - 0 Itali

oh hai. selamat awal pagi mehh.

ya-ya, aku masih belum lagi tidur kerana baru sahaja sebentar tadi menyaksikan perlawanan bola sepak di antara Sepanyol menentang Itali. aku pasti ramai lagi orang diluar sana belum lagi tidur kerana sebab yang sama. HAHA.

perghhh. memang terbaik game sepanyol malam ini sebab mereka betul-betul 'berpesta' gol malam ni. gila lah bro. empat berbalas kosong tu! yang paling menarik tu, Torres masuk tak sampai 10minit pun sewaktu masuk padang pada minit ke 75 tadi, sudah dapat sumbat 1 gol dah. tak cukup dengan itu, Torres turut membantu Juan Mata menjaringkan gol yang ke-4 untuk pasukan Sepanyol di minit ke 86.

tetapi yang aku peliknya, how come lah Itali boleh masuk final kalau macam ni punya gaya nya? langsung tak bersemangat bila gol pertama bagi pasukan Sepanyol masuk seawal minit 13 tadi? ya, aku pasti semua orang pun akan hilang semangat, fokus bila gawang gol pasukan sendiri dibolosi pihak lawan, kan.

tetapi yang aku tak fahamnya macam mana lah Sepanyol dengan BEGITU MUDAH tembusi benteng pertahanan Itali ni? seolah-olah tiada orang pun yang kawal barisan pertahanan Itali. HAHA. well, aku bukan pemain bola mahupun peminat bola, tetapi dengan 2 biji mata aku ni aku boleh melihat sendiri bahawa benteng pertahanan Itali memang sangat kucar-kacir.

selepas aku menonton perlawanan Sepanyol menentang Itali ni sampai habis sebentar tadi, aku boleh kata kan yang Itali memang bernasib baik je dapat masuk ke perlawanan akhir. kalau Itali bertemu dengan Sepanyol ataupun Portugal sewaktu peringkat separuh akhir dahulu, memang dah lama jadi 'lauk' lah dibuatnya. HAHA.

waktu Sepanyol lawan dengan Portugal sewaktu peringkat separuh akhir hari tu, aku memang anggap yang corak strategi Sepanyol ni sangat-sangat-sangat dan sangatlah membosankan sebab mereka hanya passing bola sana sini je. lepas tu shoot bola ke gawang gol pun hanyalah beberapa kali je.

tetapi selepas menonton perlawanan akhir malam ini, memang aku respect habis lah dekat Sepanyol sebab dengan menggunakan strategi yang sama pun, dapat mengalahkan pasukan Itali. malah siap 'menganjing' Itali pula tu dengan menjaringkan 4 gol ke dalam gawang gol Itali. HAHA. walaupun guna strategi yang sama, tetapi memang perlawanan pagi ini lebih menarik lah. terbaik bro!

oh ya, kalau ada sesiapa yang tertanya-tanya lagu apa yang dimainkan setiap kali ada gol masuk, tu sebenarnya lagu Seven Nation Army dari kumpulan White Stripes. sila dengar full song nya ya.






TAHNIAH SEPANYOL!

26 June 2012

Gambar Biasa? Gambar DSLR? HUH?

oh hai. selamat awal pagi mehh.

setelah seminggu aku tak update blog bengong aku ni, jadi kali ni aku nak buat entri tentang application kesukaan yang sering aku gunakan di handphone CSL MI300 aku ni iaitu AfterFocus.

aku malas nak taip panjang lebar waktu ni. mehh layankan aje gambar yang aku sediakan;




aku pilih gambar yang paling kacak sekali. HAHA. 
sila muntah sekarang ya.


mula-mula tekan 'Focus', dan pilih bahagian yang korang nak fokus kan.


lepas tu tekan 'Mid' untuk hilangkan area yang korang tak perlukan waktu fokus nanti.


selepas itu tekan anak panah warna biru di atas tu.
ok, lepas tu mulalah edit camne pun yang korang nak.
aku cuma edit background supaya ianya di jadi lebih kabur.


kalau taknak edit blur sangat, boleh terus masuk mod 'Filter' je.
ada berbagai-bagai jenis filter disini.


aku pilih mod Vintage untuk gambar aku ni.


lepas tu pilih vignetting pula untuk buat sekeliling gambar aku menjadi agak gelap.


lepas tu terus save je.


inilah hasilnya. ada macam INSTAGRAM tak? HAHAHAH.


amacam ok tak? HAHA

oh ya, yang aku guna ni versi untuk Android ya. aku tak berapa pastilah tentang iPhone ataupun pengguna perisian Windows phone mahupun Nokia. kalau ada, silalah beli ya. tak mahal pun. yang aku guna ni versi free je. kalau guna versi Pro, lebih banyak filter boleh digunakan dan saiz gambar yang boleh di save pun lebih besar. aku tak beli versi pro sebab aku malas nak on internet handphone aku ni. mahal gila kena caj untuk itu aje. HAHA.

so sampai sini je entri aku pagi ni. ciao.

16 June 2012

Popeyes

oh hai. selamat awal pagi mehh.

kali ni aku nak buat entri tentang POPEYES. oh no no no no. bukan kartun Popeye tu dohh. tapi ini adalah sebuah restoran makanan segera yang seangkatan dengan KFC dan MCD tu. orang-orang yang duduk kawasan selangor & kuala lumpur mungkin pernah dengar lah kot nama restoran POPEYES ni.


logo restoran POPEYES


so apa yang special tentang POPEYES ni ek kalau dibandingkan dengan KFC dan juga MCD dan juga restoran-restoran makanan segera yang lain? oh well, setiap restoran adalah keunikan yang tersendiri kan. kalau MCD terkenal dengan burger nya yang sedap + tapi agak bersepah dengan sayur tu. HAHA.

KFC pula terkenal dengan ayam goreng dan juga zinger burger nya yang sungguh lazat sehingga menjilat ibu jari kaki sendiri. HAHA. PIZZA HUT sudah tentulah terkenal dengan berbagai jenis piza nya kan, tak kan lah terkenal dengan burger pula. HAHA.

jadi, apa pula yang istimewanya dengan POPEYES ni? mehh aku citer kan ya. restoran POPEYES ni dah tentu lah berasal dari luar negara kan dan ia mula muncul di Malaysia ni pada hujung tahun 2010 kalau tak silap aku lah sebab rasanya aku pernah makan POPEYES ni dengan bro aku waktu kedai ni buat promosi sempena pelancaran nya di The Mines dahulu.

aku belum pernah rasa lagi lah burger nya atau pun resipi yang lain sebab sekarang ni aku tak habis-habis beli set makanan nya yang ada ayam goreng + fish&chips gitu + 2 scoop nasi bersama kuah dan juga mashed potato nya. HAHA. sedap dohh! You must try it!

ada orang samakan mashed potato nya dengan KFC punya. tetapi pada pendapat aku lah, mashed potato POPEYES ni lah yang terbaik sebab dia macam ada pedas sikit, lepas tu ada something lagi lah dalam tu yang menambahkan sedap nya sampai boleh membuatkan aku makan sampai licin bekas nya itu. mashed potato KFC sudah terlalu mainstream sekarang ini. HAHA.

oh ayam goreng nya pula istimewa juga lah bagi aku sebab aku rasa ia juga sangat sedap. tetapi dalam hal ini, sudah tentulah KFC juara nya.  dah nama pun Kentucky FRIED CHICKEN kannnn. HAHA. ok kalau nak di cakap tentang harga nya pula, errrr, hampir sama mahal macam KFC dan juga MCD lah kot. HAHA.

tapi aku rasa lah, walaupun harganya hampir sama mahal macam restoran lain, tetapi aku rasa lagi kenyang lah makan POPEYES ni sebab ayam goreng nya besar juga lah, lepas tu fish&chips juga besar dan juga aku tengok saiz burger nya pun besar juga lah.

sekarang ni boleh dikatakan seminggu sekali dua lah aku akan makan POPEYES di The Mines, Serdang ni. makanan yang menjadi pilihan aku sudah tentulah SET D yang mengandungi seketul ayam goreng, seketul fish&chips, 2 scoop nasi + kuah dan juga semangkuk kecil mashed potato. kalau korang taknak mashed potato, boleh ditukar dengan coleslaw atau beberapa lagi side dish yang lain.

aku berikan markah 6.5/10 kepada restoran POPEYES je lah kerana layanan krew yang peramah, makanan sedap dan juga deco restoran simple tetapi menarik. tetapi kurang 3.5 markah sebab aku tak faham kenapa sudah hampir pukul 11pagi, tetapi segala makanan masih belum siap di masak walaupun kedai nya dah nak dekat sejam buka agaknya. aku rasa better diorang buka lambat je, kalau makanan belum siap. HUH.

oh ya, kedai ni ada 5 cawangan je sekarang ni iaitu di The Mines, Wangsa Walk, e@Curve, Mid Valley dan juga Sunway Pyramid je. even KLCC dan juga Pavi pun takde restoran ni. HAHA. aku rasa cawangan POPEYES di The Mines ni yang pertama di Malaysia kot sebab ianya tersenarai di atas sekali di dalam website POPEYES Malaysia. oh ya, sila like page facebook POPEYES Malaysia juga ya.

yang best nya tu, POPEYES juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah. see, hebat tak? baru 5 cawangan dah ada servis cam ni. walaupun just boleh hantar di kawasan selangor dan kuala lumpur je, tetapi lagi bagus lah daripada KFC kan. HAHAHAHAHA. So Good konon. *facepalm*

sampai sini je entri aku. so, ciao sayonara selamat tinggal assalammualaikum.

14 June 2012

Tagged VS Facebook

oh hai. selamat malam mehh.

so, kali ni aku nak menaip tentang 2 'laman sesawang' (website. HAHA) yang aku sangat suka di saat ini iaitu Tagged dan juga Facebook. oh well, aku tak suka facebook sangat sebab disana aku banyak kawan yang boleh aku kata kan sebagai "Somebody that I used to know" je lah. HAHA.

mengikut pendapat aku yang dah menggunakan Tagged hampir 6tahun dan juga pengguna Facebook hampir 3tahun ni, setiap social website pasti lah ada pro & contra masing-masing kan. jadi disini aku nak list kan beberapa lah pro & cons website yang aku suka & tak berapa suka sangat ini;

TAGGED
pro:

  1. macam yang aku taip di atas ni lah, sebab semua status boleh dibaca oleh para pengguna Tagged yang lain, jadi tak perlu add pun tak apa. tu yang seronok.
  2. oh ya, background boleh diubah dengan apa cara yang korang nak pun. malah boleh guna background yang bergerak-gerak lagi tu.
  3. korang juga boleh guna pic bergerak-gerak seperti yang aku gunakan sebagai default pic di akaun Tagged aku tu.
  4. boleh beri GIFT, LUV, TAGS dan juga boleh 'beli' para pengguna Tagged ni dengan bermain PETS. aku punya value sekarang ni $10Billion kalau tak silap lah. HAHA.
  5. yang ni paling best! korang boleh tahu kalau ada orang stalk profile korang dengan melihat bahagian "My Viewers". 
cons:
  1. pengguna akaun Tagged memang tak seramai pengguna akaun Facebook lah kan. HAHA.
  2. banyak sangat orang salah guna status yang diboleh oleh orang ramai itu dengan mempromosi 'sex service'.
  3. banyak sangat 'virus' yang melanda bahagian komen. tak pasal-pasal bahagian komen dipenuhi dengan gambar-gambar merepek.
  4. tak usah lah nak dok cari sepupu-sepapat atau kawan-kawan sekolah lama korang sebab diorang tak guna Tagged pun. HAHA.
  5. agak berserabut juga bila background profile ni dipenuhi dengan bermacam gadget sampah. HUH
  6. ramai sangat spesis lelaki gersang di Tagged. so aku pasti para gadis di Tagged pasti agak tak berapa selesa tentang yang ini.


FACEBOOK
pro:
  1. kat sini lah website yang sesuai nak cari kawan lama, sepupu-sepapat lama korang sebab confirmed diorang guna facebook. HAHA.
  2. korang yang kurang 'kasih sayang' dan 'perhatian' tu pasti suka bila ramai orang LIKE status korang kan? HAHA.
  3. kalau nak main online games, kat sini ada macam-macam lah jenis game dari jadi pekebun di 'farmville' sampailah boleh jadi pemilik restoran didalam 'cafe world'. 
  4. design nya yang sangat simple dan juga kemas. tak sakit mata sangat sebab ada warna biru dan putih je kan.
  5. well, sekurang-kurangnya facebook tak buat status jenis open for public kan. jadi korang tak perlu baca status yang bangang-bangang dari facebooker yang lain. cukuplah baca status bodoh dari kawan-kawan korang tu je. HAHA.
cons:
  1. disebabkan design nya yang terlalu simple tu lah buat aku muak, rasa nak muntah tengok dua warna ni je kalau cuba online facebook lebih dari 3minit.
  2. TIMELINE? oh come on! berserabut aku tengok bahagian komen aku kejap kiri, kejap kanan. ingat aku tengah chat guna iPhone ke?
  3. tak boleh letak .GIF pictures. :(
  4. Facebook pun banyak virus sama macam yang melanda di Tagged juga.
  5. korang takkan tahu kalau ada orang stalk profile korang.
  6. ramai sangat orang bergaduh guna facebook ni. korang pernah dengar kes orang bergaduh guna Tagged? HAHA.


so aku nak cakap dalam 'perlawanan' antara Tagged dan juga Facebook ni berkeputusan dengan markah seri. HAHA. so setiap social website ada best dan tak best nya kan. so pandai-pandai lah buat keputusan ya. jadi, sampai sini je entri dari aku. ciao, sayonara.

08 June 2012

Laptop Baru Ku

oh hai. selamat tengahari mehh.

dah hampir 2 minggu kot aku tak update blog sampah ni sebab ketandusan idea. lagipun sekarang ni tengah cuti sem, so otak aku pun tengah didalam mod 'hibernasi' agaknya. tu yang slow + blur je aku sepanjang 2 minggu bercuti ni. HAHA.

ok, ceritanya macam ni. minggu lepas aku beli laptop baru ek. aku beli pun sebab laptop lama aku terlalu banyak sangat di serang Blue Screen of Death. so dengan 'kepandaian' aku menggunakan Google untuk search laptop yang bagus di internet pun bermula lah.

setelah berjam-jam aku buat survey, akhirnya aku terjumpa satu laptop yang bagus, tetapi masih lagi berharga bawah RM3000. so ini lah dia laptop baru aku. aku perkenalkan Acer Aspire V3-571G kepada korang semua. HAHA.

lawa tak? lawa tak? HAHA


yup, memang sangat terang skrin nya sampai sakit mata aku tengok.


oh ya, aku suka laptop ni sebab spesifikasi nya sangat bagus bagi laptop yang berharga tak sampai RM3000. aku kira kalau jenama laptop lain ada spesifikasi macam ini, mau kena RM3000 lebih agaknya. HAHA.

so ini lah spesifikasi laptop aku;
  • i7-3610QM 2.3GHz yang boleh meningkat sehingga 3.3GHz dengan Turbo Boost. paling terbaru.
  • Nvidia GeForce GT 640M 2GB DDR3. ini pun model yang paling baru juga.
  • 15.6 HD LED LCD. sangat terang, tetapi kena hati-hati sebab LED cepat rosak.
  • 8GB DDR3 Memory! HAHA. sebenarnya 4GB DDR3 je, tetapi aku upgrade jadi 8GB terus.
  • 1000GB = 1TB HDD! itu belum masuk 500GB external HDD aku lagi tu. HAHA.
  • USB 3.0 yang sangat penting sekarang ni sebab transfer file akan jadi lebih laju berbanding USB 2.0
  • Webcam aku ni versi HD, jadi gambar lagi cantik lah kalau nak Skype atau YM ke.
  • yang paling best sekali keyboard nya kelihatan seperti keyboard Apple MacBook tu. HAHA.
  • oh ya, yang paling tak best sebab beratnya 2.6KG! itu belum termasuk charger, wayar nya apa semua tu. oh ya, tu belum termasuk kepanasannya boleh meningkat menjadi hampir 80'C kalau main game. HUH


so kalau korang berminat nak beli, try lah survey tempat korang ya. aku memang plan nak beli dekat LowYat sebab confirm boleh dapat murah punya. tetapi disebabkan ayah aku tak sihat sangat, jadi kitorang pun pergi ke shopping mall yang tak ramai orang sangat lah iaitu kat The Mines, Serdang ni je.

ok kalau ikut harga yang ditunjukkan kat dalam website Acer malaysia, ia sepatutnya berharga RM2899. tetapi disebabkan banyak pekedai-pekedai ni pun just bagi waranti setahun je pun, itu belum termasuk free gift yang entah apa-apa tu, tu yang boleh dapat murah. HAHA.

so aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada ayah aku kerana masih lagi belikan barang-barang yang mahal untuk anaknya yang dah berumur 22tahun dan sepatutnya dah ada kerja dan boleh beli laptop sendiri ni. HEHE. ok, sampai sini je lah entri dari aku ek. ciao.

26 May 2012

Reviu Filem: Men In Black 3

oh hai. selamat malam mehh.

setelah 5hari aku tiada idea nak update blog, akhirnya datanglah satu idea iaitu dengan membuat reviu tentang filem Men In Black 3 yang aku baru tonton petang tadi. ya-ya aku tahu, ayat aku agak berbunyi skema babi. HAHA.

sekarang ni tengah cuti sem, so banyaklah aktiviti tidak berfaedah yang aku boleh lakukan di masa lapang ni seperti menghabiskan duit dengan menonton movies, beli komik dan benda-benda yang biasa di beli oleh budak tidak matang seperti aku ni. HAHA.

so filem ni mengisahkan tentang makhluk asing dari spesis Bogdolite yang bernama "Boris The Animal" yang melarikan diri daripada Penjara Lunar Max di bulan sana tu. biasa lah, dah nama pun spesis makhluk asing kan, pasti dia tiada masalah nak bernafas di atas bulan. HAHA.

oh ya, selepas Boris sampai ke bumi, dia menggunakan satu alat peranti gitu lah untuk pergi ke tahun 1969 untuk membunuh eK yang masih muda kerana ketika itu K telah menangkap Boris dan menyebabkan Boris kehilangan tangan kiri pada tahun 1969. well, dah kena penjara selama 40tahun, siapa yang taknak balas dendam, kan? HAHA.

tetapi selepas Boris telah pergi ke tahun 1969 dan berjaya membunuh K yang akhirnya telah mengubah sejarah dunia, J merasakan ada benda yang tak betul sebab semua orang di MIB seolah-olah tak pernah kenal siapa itu K selepas si J ni dok terpekik terlolong nama K di sana. HAHA.

akhirnya ejen O (pengganti kepada Zed yang pernah muncul di filem MIB 1 dan MIB 2) mengarahkan K mendapatkan alat peranti yang sama seperti Boris gunakan untuk pergi ke masa silam. selepas K berjaya pergi ke tahun 1969, di sana dia bertemu pula dengan ejen J yang masih muda.

dan selepas itu korang faham-faham je lah, ada adegan tembak menembak sana sini, lawak sana sini. kalau dah Will Smith yang berlakon, confirm lawak tak kering gusi di buatnya kan. HAHA. oh ya, nanti dah hujung-hujung cerita akan ada satu watak bernama Griffin yang ada kuasa boleh meramal masa depan.

kalau nak tahu lebih lanjut, silalah pergi menonton filem Men In Black 3 ni ya. tak rugi duit pun. support lah industri perfileman luar negara. kita mesti kaya kan mereka yang dah sedia kaya. HAHA. oh ya, ada lagi satu, sila bawa tisu ya bagi yang mempunyai emosi terlebih ni. takut nanti ada pula yang menangis tengok babak akhir filem ni. HAHA.

sampai sini je lah reviu dari aku. ciao.

20 May 2012

KISAH AKU: Aku Baik?

oh hai. selamat awal pagi mehh.

biasalah, hari ni kan hujung minggu, sudah semestinya aku akan tidur lewat. lebih-lebih lagi aku dah bawa speaker balik ke hostel ni, memang aku pasang lagu kuat-kuat bagaikan berada di nightclub lah agaknya. HAHA.

aku pasti ada yang termuntah terbaca tajuk entri aku kali ni. tetapi secara faktanya, ramai orang mengatakan aku ni boleh dikira sebagai 'baik' di sebabkan aku tak lakukan 4 perkara yang sering dilakukan oleh kebanyakan para remaja (aku remaja lagi,kan?) di zaman sekarang ini iaitu;

aku tak pernah masuk kelab malam.


aku tak pernah mabuk-mabuk.


aku tak layan dadah.


malah aku juga tidak merokok.






aku tak lakukan semua itu sebab aku terlalu malas dan juga kedekut.

19 May 2012

Boleh Tuju Lagu?

oh hai. selamat malam mehh.

rasanya dah hampir seminggu aku tak update blog sebab aku busy dengan life + minggu depan dah nak final exam. so, terpaksalah limit kan masa nak bersuka ria ni, kan? HAHA.

oh ya, aku nak tujukan lagu ni kepada sesiapa je lah diluar sana. well, lagu ni dah keluar tahun lepas, tetapi cuma baru-baru ni je aku dengar. biasalah, dah lama tak tengok tv mahupun mendengar radio. so aku agak SLOWPOKE lah di sini. HAHA.


GOTYE - Somebody That I Used To Know


bagi pendapat aku, music nya sangat menarik dan lirik nya pun MENARIK juga bila aku dengar betul-betul. HAHA.

11 May 2012

Permainan Tradisional

oh hai. selamat awal pagi mehh.

jam disini sudah menunjukkan masa pukul 2.10AM, tetapi aku masih lagi sempat buat entri baru. well, nak buat camne, aku dah puas tidur malam tadi. lagipun aku kan memang standard lah buat entri awal pagi waktu semua orang tengah nyenyak tidur sekarang ni. HAHA. oh ya, abang aku yang beri idea untuk aku buat entri ini. thanks, bro.

so, kali ni aku nak menaip tentang permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh generasi dahulu dan juga beberapa kerat lah dari generasi sekarang ni. aku pasti ramai orang-orang yang sebaya aku ataupun lagi tua daripada aku mungkin pernah main beberapa permainan tradisional yang aku bakal tunjukkan ini.

kalau generasi muda? well, maybe diorang pernah dengar tentang congkak, sorok sorok dan juga batu seremban je lah kot. permainan tradisional yang lain-lain mungkin agak blur bagi mereka. tetapi aku tak salahkan mereka sebab memang permainan video/rancangan televisyen/'bercinta' di zaman sekarang ini jauh lebih menarik di mata mereka. HAHA.

so, mari baca senarai permainan tradisional yang aku sediakan ini;

Batu Seremban.
hoho. ini permainan yang sangat menarik walaupun aku tak tahulah kalau permainan ini memang berasal dari Seremban ke apa. HAHA. cara nak mainnya ialah korang kena kutip satu per satu beg kecil itu sehingga habis. semakin lama, semakin banyak yang korang kena kutip. daripada satu beg, menjadi sampai 4-5 beg sekaligus. sebenarnya aku tak pasti aku terangkan cara yang betul untuk main permainan ini sebab aku sendiri dah berbelas tahun tak main permainan ini. HAHA.


Congkak
aku pasti ramai orang tahu cara main Congkak. punyalah famous permainan Congkak ni sampai ada filem pasal Congkak, kan? so, aku nak kena terangkan juga ke macam mana nak main Congkak ni?


Dam Aji
ini permainan wajib yang dimain di warung-warung dan permainan ini terkenal dikalangan pakcik-pakcik. well, aku bukan pakcik pun aku suka main Dam. HAHA. cara main nya lebih kurang hampir macam permainan Catur juga, cuma tak terlalu complicated sampai sangat lah sampai nak kena pakai pangkat Grand Master apabila main Dam Aji ni. tetapi aku tak tahulah kalau-kalau ada juga pangkat-pangkat sebegitu didalam permainan Dam ni?


Galah Panjang
"buah cempedak di luar pagar, ambil GALAH tolong jolokkan..."
ehh, sorry, aku rasa pantun ini tak ada kena-mengena dengan permainan Galah Panjang ni. ok berbalik kepada cara untuk bermain nya. so cara nak main ialah korang kena 3-4 orang rasanya yang bertindak sebagai 'pengawal garisan'. lepas tu kena ada seorang pemain pihak lawan kena berlari masuk ke garisan di sebelah mereka. TETAPI kena berhati-hati sebab kalau anggota badan disentuh oleh 'pengawal garisan' ini, maknanya korang akan dibelasah sampai lunyai dikira sebagai 'mati'


Gasing
permainan yang sangat cambest yang sudah 14tahun aku tak nampak lagi dah, tetapi aku bencikannya sebab aku tak reti nak baling dengan betul. arghhh, bila difikirkan balik yang aku tak tahu baling Gasing, terasa kenangan budak-budak lalu didalam diri aku ni telah musnah sedikit. tetapi aku pasti kalau aku terus berlatih sampai sekarang, confirm dah expert gila sampai boleh main Gasing atas laptop aku ni. HAHA. cara nak main 'senang' je, korang lilit tali tu pada badan Gasing, lepas tu baling atas lantai. kalau nak lagi best, baling atas kepala orang.


Guli
perkara yang wajib diguna apabila main Congkak. tetapi selain itu ia juga boleh diguna untuk bermain 'Baling Guli'. kalau korang tak pernah main baling-baling Guli ni, memang aku tak tahu nak cakap apa dah. HAHA. cara nak main senang juga, korang cuma kena panggil seberapa ramai kawan-kawan korang. lepas tu buat satu garis bulatan kecil di atas tanah gitu lah. lepas tu setiap kawan-kawan korang tu kena letak beberapa biji Guli masing-masing didalam bulatan tersebut. lepas tu setiap seorang akan dapat giliran untuk membaling Guli ke dalam bulatan tersebut. kalau ke semua Guli korang yang terdapat didalam bulatan tu tercampak keluar akibat impak 150KM/H balingan Guli kawan-kawan korang tu, korang dikira kalah. kalau nak lagi best, Guli korang yang terkeluar daripada bulatan tu terus jadi hak milik persendirian kawan-kawan korang terus. HAHA


Konda Kundi
oh ini antara permainan yang maybe susah lah nak dijumpa sekarang ni. malah tak semua orang pernah main pun. tetapi aku boleh dikira bertuah sebab aku pernah main permainan Konda Kundi ini diwaktu zaman sekolah rendah dahulu. cara nak bermain ialah korang kena korek satu lubang kecil. lepas tu letak ranting kecil di atas lubang tersebut. lepas tu korang baca lah sendiri cara-cara seperti yang tercatat didalam gambar tersebut. HAHA.


Teng Teng
Teng Teng ataupun Ketinting ini memang sangat digemari oleh kaum hawa. seperti yang korang nampak didalam gambar tu, korang kena lukis kotak-kotak tersebut, baling batu ke dalam mana-mana kotak tu. lepas tu kena lompat setiap kotak tersebut dengan sebelah kaki je. arghhh, susah aku nak terangkan sebab aku pernah main sekali je Teng Teng ni waktu dulu. so aku sendiri tak pasti camne nak terangkan pada korang. HAHA.


Sepak Raga
guna bola sama yang diguna untuk bermain Sepak Takraw, cuma korang tak perlukan jaring je. lagi seronok bila bermain beramai-ramai. ia juga boleh menjadi satu senaman yang bagus. aku pernah main permainan ni sehingga waktu sekolah menengah je. tetapi selepas itu terus berhenti bersenam dan mula mengumpul lemak badan di waktu universiti ini.


Aci Sorok
ya, aku tahu, nama permainan ini sangat pelik. yang aku tahu, aku panggil ia sebagai bermain Sorok Sorok je. tak tahu pula nama betulnya ialah Aci Sorok. HAHA. permainan paling senang, maybe? main dengan seberapa ramai yang boleh. lepas tu tentukan siapa 'hantu'. lepas tu si 'hantu' kena tutup mata dan kena mengira sampai angka 20-30. yang lain-lain tu kenalah pergi menyorok. selepas si 'hantu' habis mengira, dia kenalah mula mencari orang-orang yang menyorok tu. senang jumpa kalau main sorok-sorok di tempat yang kecil. kalau kena kat tempat yang besar, memang sampai ke malam lah baru dapat cari semua orang. HAHA.


Jentik Penutup Botol
ok, aku tak tahu apa nama permainan ini sebenarnya. aku main taip je apa yang terlintas kat otak aku ni. HAHA. ok, permainan ini senang je. korang perlukan 5 penutup botol seperti didalam gambar ini. korang kena campak ke atas lantai. lepas tu kawan korang akan bagi arahan untuk korang jentik penutup ini ke penutup itu contohnya. kalau penutup yang korang jentik tu terkena ke penutup yang bukan sasaran utama, maknanya korang dikira kalah lah ya.



so sampai sini je lah permainan tradisional yang aku boleh ingat. ada banyak lagi sebenarnya, tetapi aku tak ingat apa nama permainan-permainan tersebut. oh ya, aku nak minta maaf kalau cara aku terangkan setiap permainan ini macam bangang je sebab memang aku takde buat apa-apa kajian pun tentang cara nak main. aku just search gambar-gambar tersebut je. HAHA.

06 May 2012

Handbag Wanita = Lokasi Rahsia?

oh hai peeps.

ya, entri dari aku lagi. aku cuba buat entri sekurang-kurangnya satu lah setiap bulan. tetapi selalunya memang lebih dari satu pun. HAHA. so kali ni aku nak bercakap pasal handbag. no no no, aku tak pakai handbag. aku cuma tertanya-tanya adakah handbag ni sebenarnya mempunyai satu lokasi rahsia didalam nya?


handbag biasa? I DON'T THINK SO!


ianya bagaikan terdapat sebuah galaksi di dalam setiap handbag perempuan.


handbag kecil, tetapi didalam terdapat berbagai benda bagaikan poket ajaib Doraemon.


kenapa aku tiba-tiba bertanya pasal handbag apa kejadahnya semua ni? well, sebab memang aku tertanya-tanya bagaimana perempuan boleh menyimpan banyak barang didalamnya. dah banyak, pasti berat nak mampus agaknya dengan mekap apa semua tu disumbat dalam tu. tak sakit ke bahu?

ya, ada juga kaum hawa yang tak suka pakai handbag, maybe lagi suka pakai beg galas kot? tetapi benda yang sama juga akan berlaku tak kiralah mereka pakai handbag ataupun pakai beg biasa je, pasti kedua-dua jenis beg tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai barang sampai aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. HAHA.

tetapi yang paling pelik sekali ialah bagaimana kaum hawa ni boleh menjumpai segala barang didalam handbag yang dah dipenuhi dengan pelbagai barang yang lain dengan senang? padahalnya kadang-kadang ibu aku suruh aku ambil handphone mahupun purse dia didalam handbag dia, aku kadang-kadang gagal menjumpai barang-barang tersebut. (maybe aku perlu pakai cermin mata kot?)

tetapi bila ibu aku dengan senangnya boleh jumpa barang-barang tersebut, pasti reaksi aku akan jadi lebih kurang begini lah;


KISAH AKU: SO HARDCORE!

oh hai. selamat awal pagi mehh.

jam sudah menunjukkan hampir pukul 3pagi tetapi aku masih belum tidur lagi. SO HARDCORE

petang semalam aku pergi berjalan-jalan sambil membawa Galaxy Tab 10.1 di tangan. SO HARDCORE

aku makan pizza menggunakan tangan walaupun orang lain makan pizza menggunakan sudu dan garfu. SO HARDCORE

aku selalu berjalan-jalan tanpa mempedulikan orang di sekeliling aku sampai orang terpaksa cuit bahu ataupun jerit nama aku baru aku perasan. SO HARDCORE

aku suka makan di waktu awal pagi begini walaupun tak elok. SO HARDCORE

aku memang suka sindir orang walaupun pada orang yang terdekat dengan aku. SO HARDCORE

aku sentiasa membuat assignments di saat yang terakhir. SO HARDCORE

aku pernah guna komputer di CC selama 8jam tanpa sebarang bayaran pun. SO HARDCORE

aku tak pernah buang pun pembalut chewing gum ke dalam tong sampah. SO HARDCORE

aku tak pernah pun simpan duit ke dalam tabung, aku simpan dalam bank je. SO HARDCORE

aku suka menyanyi walaupun suara aku sumbang. SO HARDCORE

aku pernah mencuri pemadam di waktu sekolah dahulu. SO HARDCORE

aku pernah juga bawa GameBoy dan handphone ke sekolah dahulu. SO HARDCORE

bila ada notis/memo yang mengatakan "Dilarang Sentuh", pasti aku akan sentuhnya juga. SO HARDCORE

HotWheels untuk budak kecil je? NO! aku masih lagi mengumpul HotWheels. SO HARDCORE

aku pernah pecahkan tabung untuk mengambil duit semata-mata hendak bermain di CC. SO HARDCORE

dan untuk membuktikan betapa HARDCORE nya diri aku ni, aku sertakan gambar yang begitu HARDCORE sekali;

nampak? aku makan Chicken Foldover pada waktu 2.34pagi tadi.


29 April 2012

The Avengers



oh hai. selamat tengah malam mehh.

pukul 8pm tadi aku dan keluarga ku pergi menonton filem The Avengers ni di MBO Galaxy Ampang. oh ya, MBO Galaxy Ampang dah cantik dohh. dulu aku pergi tengok dekat situ macam dah nak roboh pun ada juga dengan wayar terjurai sana sini, kerusi banyak rosak. tetapi malam ini tanggapan aku tu telah berubah sama sekali dengan dinding yang cantik, kerusi yang cantik lagi selesa. HAHA. promosi percuma pula.

ok, berbalik kepada filem ni. so filem yang berdurasi hampir 2jam 30minit ni berkisarkan tentang superhero + hero tak bersuper bergabung tenaga + teknologi untuk menentang kejahatan akibat perbuatan Loki, iaitu abang kepada Thor ni. jadi, apa yang si Loki ni dah buat? dia tak buat benda besar pun sebenarnya.

Loki ni cuma dah buka pintu yang menghubungkan (dunia apa entah namanya aku dah lupa) dengan bumi ni je. so segala bala tentera dunia makhluk asing tu pun masuk melalui pintu tersebut dan memusnahkan segala harta benda dan bandar yang sudah tentu lah terletak di Amerika. (OFCOURSE...)

oh. baru aku perasan. aku dah terceritakan pula bahagian penting nya. patutnya aku cerita pasal permulaan filem ni dulu. HAHA. korang nak tahu camne permulaannya, korang pergi lah tengok sendiri ek. rugi dohh kalau tak tengok filem ni. support lah sikit industri perfileman luar negara ni. biar filem The Avengers ni box office di Malaysia ni mengalahkan segala filem yang orang Malaysia dah buat. HAHA. aku gurau je.

tetapi apa-apa pun, aku nak berterima kasih kepada pihak Amerika kerana berjaya menyelamatkan bumi lagi sekali dari cengkaman makhluk asing selepas satu per satu dugaan yang mendatang tak habis-habis ni lagi.

27 April 2012

K-POP

oh hai lagi sekali.

memandangkan aku tengok banyak blogger sekarang ni bercakap/menaip tentang K-POP ni di blog mereka, aku pun tak nak melepaskan peluang untuk menaip tentang topik ni sementara ia nya masih tengah hangat. nanti dah sejuk, tiada siapa yang nak baca lagi dah. HAHA.

ok, aku akui, aku langsung tak tahu apa-apa tentang K-POP ni. apa nama kumpulan yang tengah famous sekarang ni? aku tak tahu langsung, ok. so kenapa aku mengada-ngada nak juga buat entri K-POP kalau tak tahu apa-apa pun? saja je, biar ar blog aku ni famous sikit. pasti boleh dapat banyak pageview kalau buat entri tentang K-POP ni. HAHA.

ada kawan aku ni cakap dia minat kumpulan Big Bang, ada yang cakap dia minat 2PM pula, ada pula yang minat Girls Generation. aku? dah namanya aku tak tahu apa-apa tentang K-POP, sudah semestinya aku tak tahu nak minat kumpulan yang mana. maaflah, jarang tengok MTV. nak tengok di youtube? mana bolehhhh. nak jimat bandwidth broadband mehh. HAHA.

tetapi yang pastinya, hanya ada 2 je artis yang bertaraf K-POP lah agak nya di fikiran aku ni;

RAIN.
(aku tahu pasal dia ni pun sebab nama dia agak famous dulu dengan drama FullHouse dia tu)


BOA
(aku tak pasti dia ni K-POP ke tak sebab dia famous di Jepun dulu. sekarang entahlah)


POP ini juga yang terbaik! HAHA.


so itu je lah 2 artis K-POP yang aku tahu. kenal je, tapi bukan pernah dengar lagu diorang ni pun. HAHA. but aku tertanya-tanya juga apa yang menyebabkan kulit diorang sangat putih. lama sangat duduk di negara bercuaca sejuk, kot? HAHA. sampai sini je entri aku. ciao.