aku sebenarnya dah malas nak update blog ni. tetapi disebabkan pagi ni aku tiada benda yang nak dilakukan, so rasanya better update lah kot lagipun aku dah berbulan-bulan tak masuk blog ni.. so untuk entri yang pertama di bulan disember ni aku nak share sedikit tips untuk membeli barangan aksesori untuk laptop.
contoh barangan aksesori untuk laptop
aksesori laptop ni ada macam-macam jenis seperi didalam gambar tu dan selain itu korang kena fikirkan macam-macam faktor sebelum hendak membeli sesuatu aksesori sebab setiap barangan ada baik dan buruknya. so mehh aku share 6 tips untuk beli aksesori laptop ni;
- Waranti: oh ini penting sebab KEBANYAKAN barangan aksesori laptop ni memang tiada waranti pun. tetapi kalau jenis yang branded tu mungkin ada waranti lah. oh ya, jangan lupa minta resit, nanti boleh pulangkan semula kalau ada problem.
- Kewangan: ehh sebelum nak beli sesuatu barangan tu periksalah dulu oii yang korang ni ada fulus ke takde. kalau takde, better beli jenama yang murah dulu je lah ya atau tak payah beli langsung.
- Spesifikasi: yang ini pun penting. korang kena periksa dulu spesifikasi sesuatu barangan tu sesuai untuk laptop korang ke tak. contohnya: laptop korang saiz 15.6", tetapi korang pergi beli cooler pad yang boleh muat saiz 14" dan ke bawah je. tak ke membazir duit namanya tu? HAHA.
- Cari Maklumat Tepat: jangan lupa untuk bertanya ataupun buat survey dulu sesuatu barangan tu. manalah tahu barangan tu local cap ayam ke. pakai seminggu dah jahanam. HAHA.
- Pastikan ianya penting: yang korang ni pun satu, sebelum nak beli tu pastikanlah yang korang memang betul-betul perlukan ke tak barangan tu. kalau tak, buat apa nak beli? membazir duit je tu kan.
- Kualiti: yang ini paling penting, kualiti perlu diperiksa. jangan anggap barangan branded tu semuanya berkualiti baik. so make sure yang korang suruh pekedai tu buka kotak barangan tu dulu dan periksa ok ke tak benda tu.
ok so sampai sini je lah entri aku kali ini. aku pun malas nak taip panjang-panjang ni. baik aku golek-golek atas katil sambil tengok movie je. HAHA.
Leave your comment
Post a Comment