penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

29 April 2012

The Avengers



oh hai. selamat tengah malam mehh.

pukul 8pm tadi aku dan keluarga ku pergi menonton filem The Avengers ni di MBO Galaxy Ampang. oh ya, MBO Galaxy Ampang dah cantik dohh. dulu aku pergi tengok dekat situ macam dah nak roboh pun ada juga dengan wayar terjurai sana sini, kerusi banyak rosak. tetapi malam ini tanggapan aku tu telah berubah sama sekali dengan dinding yang cantik, kerusi yang cantik lagi selesa. HAHA. promosi percuma pula.

ok, berbalik kepada filem ni. so filem yang berdurasi hampir 2jam 30minit ni berkisarkan tentang superhero + hero tak bersuper bergabung tenaga + teknologi untuk menentang kejahatan akibat perbuatan Loki, iaitu abang kepada Thor ni. jadi, apa yang si Loki ni dah buat? dia tak buat benda besar pun sebenarnya.

Loki ni cuma dah buka pintu yang menghubungkan (dunia apa entah namanya aku dah lupa) dengan bumi ni je. so segala bala tentera dunia makhluk asing tu pun masuk melalui pintu tersebut dan memusnahkan segala harta benda dan bandar yang sudah tentu lah terletak di Amerika. (OFCOURSE...)

oh. baru aku perasan. aku dah terceritakan pula bahagian penting nya. patutnya aku cerita pasal permulaan filem ni dulu. HAHA. korang nak tahu camne permulaannya, korang pergi lah tengok sendiri ek. rugi dohh kalau tak tengok filem ni. support lah sikit industri perfileman luar negara ni. biar filem The Avengers ni box office di Malaysia ni mengalahkan segala filem yang orang Malaysia dah buat. HAHA. aku gurau je.

tetapi apa-apa pun, aku nak berterima kasih kepada pihak Amerika kerana berjaya menyelamatkan bumi lagi sekali dari cengkaman makhluk asing selepas satu per satu dugaan yang mendatang tak habis-habis ni lagi.

Leave your comment