ini aku ada maklumat penting berkenaan gempa bumi petang tadi.
dikatakan Tsunami akan melanda beberapa bahagian negeri di Semenanjung Malaysia ini.
antaranya ialah Georgeotown yang dijangka akan dilanda tsunami pada pukul 9.11pm ini.
manakala pada pukul 2.10am ni Port Dickson pula bakal terkena impak Tsunami yang akibat gempa bumi berskala 8.7 richter yang melanda Acheh lewat petang tadi.
UPDATED: AMARAN TSUNAMI SUDAH DITARIK BALIK
oh ya, disini aku copy paste kan status orang yang aku ambil dari Tagged tadi. sama-sama kita fikirkan;
MARI KAJI NOMBOR DENGAN AL QURAN:
Acheh has strucked by an earthquake with 8.7 magnitude. TSUNAMI ALERT: GEORGETOWN, PENANG: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI HITTING THE COAST AT 9.11PM PORT DICKSON: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI HITTING THE COAST AT 2.10AM SINGAPORE TSUNAMI ALERT: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI: 7.51AM TOMORROW PLEASE ALERT ALL YOUR FAMILIES AND FRIENDS WHO ARE STAYING ON WEST COAST OF MALAY PENINSULA. --- 9:11 - Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. 2:10 - Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). 7:51 - (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
Leave your comment
Post a Comment