selalunya aku buat entri di awal pagi ni sebab aku tak tidur lagi sejak malam tadi. but kali ni lain, aku dah puas tidur malam tadi. so ni yang terjaga ni. nak sambung tidur semula, mata dah tak mengantuk. HAHA. so rasanya buat entri baru je lah.
sebenarnya aku nak buat entri ni dah lama, tapi asyik ingat-ingat lupa je apa entri yang aku nak buat. disebabkan otak aku tengah aktif ni, tu yang aku baru teringat tentang trend zaman sekarang ni. well, aku ni tak menghisap rokok, jadi aku tak tahulah apa yang seronok sangat hisap rokok ni. ada yang kata nampak macho, ada yang kata hilang stress, ada yang kata ikut kawan.
nampak macho? ya, aku akui, memang nampak macho bila mulut berasap-asap macam naga. kalau hisap shisha lagi nampak macho, dah macam mulut terbakar keluar asap tebal. HAHA.
hilang stress? yang ni aku tak pasti, takut nanti tambah stress je bila takde duit nak beli benda lain bila semua duit habis buat beli rokok. RM10 sekotak tu derr. kalau jenis bantai satu hari satu dua kotak tu memang parah. kalau gaji besar takde hal lah. HAHA.
ikut kawan? nampak sangat kau ni mudah terpengaruh, kan? kawan aku bersepah-sepah hisap rokok, tapi takde lah pula aku nak terikut perangai diorang walaupun diorang pernah offer rokok dekat aku. HAHA.
damn it. aku dah merapu pasal kisah aku pula. ok, berbalik kepada topik aku iaitu Trend Perempuan Menghisap Rokok ni ek. sebenarnya, aku tak kisah lah kalau diorang ni nak hisap rokok, peduli lah kan. duit diorang. but aku cukup tak suka tengok perempuan hisap rokok bukan kerana disebabkan diorang perempuan ataupun imej diorang, tetapi diorang ni membazir rokok je!
membazir macam mana? yang aku perasan selama ni ialah kebanyakan perempuan menghisap rokok yang aku pernah nampak ni jenis hisap tak sampai sesaat dalam mulut, lepas tu dah hembus. lepas tu diorang ni pula jenis hisap sekali, lepas tu rokok terbiar kat jari selama 2-3minit, lepas tu baru nak hisap balik. akhirnya habis bazir sebatang rokok macam tu je walaupun baru dihisap 5-6 kali agaknya.
inilah yang aku rasa bila nampak perempuan lakukan seperti yang aku taip di atas.
dalam sehari, pasti aku akan nampak 2-3 kali perempuan menghisap rokok ni. ada yang jenis segan-segan nak hisap, ada juga yang tak peduli kata-kata orang ramai. HAHA. ya-ya, kalau dah berani nak merokok tu, buat apa nak takut-takut, kan? so peduli kan je lah. kalau takut/malu/segan hisap rokok depan orang awam, baik kau tak payah hisap rokok or pergi hisap dalam rumah je lah. HAHA.
nampak cool? lu pikir ar sendiri! HAHA
tips untuk berhenti hisap rokok? oh, aku takde tips untuk berhenti sebab aku bukan jenis perokok. tapi aku bershisha tu takde hal lah. HAHA. nak share dengan korang pun, bukan aku ada buat research cara-cara untuk berhenti menghisap rokok. korang pandai-pandailah cari sendiri ek. HAHA. so sampai sini je entri aku. ciao.
Leave your comment
Post a Comment