penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

26 April 2012

BattleShip

oh hai. selamat malam mehh.

so kali ni aku nak menaip tentang movie BattleShitShip ni. aku pasti ramai orang yang dah tengok filem ni. sebenarnya takde benda apa sangat lah yang aku nak taip kali ni sebab otak aku jadi agak blur bila menghadap assignments ni banyak sangat. HAHA.

nak di ikutkan, aku dah tengok filem ni sebanyak 2kali termasuk minggu lepas dan juga pagi tadi. aku sebenarnya nak tengok filem The Avengers hari ni, tetapi rupanya tengah malam ni baru nak ditayangkan kat pawagam, memang tak dapat ler den nak tengok oiii. HAHA.

filem Battleship mengisahkan tentang hero utama iaitu Alex Hopper yang dipaksa masuk angkatan tentera laut US oleh abang dia, Stone Hopper selepas berlaku beberapa kejadian mengerikan melucukan di sebuah bar.

lepas tu ditunjukkan babak bahawa dengan 'kebijaksanaan' tahap genius orang Amerika ni, mereka cuba berhubung dengan planet makhluk asing yang dikenali sebagai Planet G dengan menggunakan satelit bernama LandSat 7. LandSat ya, bukan buah Langsat. HAHA. ok, tak kelakar.

selepas itu para penonton filem disajikan dengan beberapa adegan yang melucukan lah kononnya (aku dah menguap-nguap waktu ni) akhirnya baru lah nak ditunjukkan babak 5 buah kapal makhluk asing dari Planet G mahu 'melawat' bumi setelah 'dijemput' oleh pancaran satelit buatan orang 'genius' para saintis USA ni.

tetapi salah satu kapal makhluk asing ni telah melanggar sebuah satelit yang tengah mengorbit diluar bumi dan akhirnya menyebabkan ia terhempas di beberapa buah kawasan di dunia ni dan dianggarkan 25 ribu orang mati akibat serpihan-serpihan satelit + kapal makhluk asing itu.

lagi 4 buah kapal makhluk asing tu mendarat di lautan yang kebetulan pula lah termasuk dalam laluan kapal-kapal perang armada dari USA dan negara-negara lain yang menyertai RIMPAC yang dikatakan salah satu acara tahunan melibatkan tentera laut dari 25 buah negara.

so korang boleh agak lah kan, sudah semestinya hero di hantar untuk menyiasat apa kejadah nya benda yang baru mendarat kat tengah laut tu.

selepas 1jam 30minit di penuhi aksi menembak, menendang, tumbuk, makhluk asing dan juga dipenuhi dengan aksi meletup sana sini, akhirnya Alex Hopper berjaya menyelamatkan umat manusia daripada pupus dan juga menyelamatkan dunia dari cengkaman makhluk asing yang bakal menjajah dunia ni.

apa-apa pun, aku respek sebab filem ni memang betul-betul 1World lah. semua ada, tak kira warna kulit mahupun bangsa. tetapi macam biasa lah, sudah pasti bangsa caucasian yang jadi hero untuk filem bajet besar begini. HAHA.

oh ya, pada korang yang mungkin pernah dengar nama BattleShip kat mana-mana entah, mungkin korang dengar pasal board game ni kot. ianya milik HASBRO yang juga pemilik Transformers yang korang suka tengok sangat tu.

BattleShip yang sebenar.
(aku rasa macam pernah main benda ni waktu kecil dulu.)



TERIMA KASIH KEPADA PIHAK AMERIKA KERANA BERJAYA MENYELAMATKAN BUMI DARI JAJAHAN MAKHLUK ASING LAGI UNTUK YANG KE BERAPA PULUH RIBU AGAKNYA ENTAH.

Leave your comment