malam ni adalah malam yang agak menyedihkan bagi aku.
bukan sebab hilang kucing ataupun hilang kawan. LOL
tetapi sedih sebab laptop aku ada problem besar rupanya setelah aku format tadi.
terus bersih & kemas selepas format. HAHA.
rupanya graphic card nya bukan sahaja sudah rosak, tetapi ianya rosak disebabkan laptop terlalu panas.
aku tak pasti lah terbakar ke tak walaupun aku dah buka bawah laptop ni sebab aku masih tak pasti yang mana satu graphic card aku. HAHA.
tetapi setelah berjam-jam aku search di Google tadi, ada pakar komputer mengatakan yang graphic card aku ni maybe dah burn akibat overheat.
aku tak pasti samada itu betul atau tak, but memang waktu aku dok online di rumah aku tu, tiba-tiba je dapat mesej BSOD ni.
mungkin laptop aku jadi terlalu panas bila aku online di atas katil.
sekadar gambar hiasan
sudah lah online atas katil, tak pasang cooling fan pula tu.
memang cari nahas betul. HAHA.
ini boleh dijadikan pengajaran bagi aku dan juga orang lain.
so kalau nak online atas katil juga, pastikan korang pasang cooling fan atau pun beli 'meja laptop' ni.
meja laptop untuk pemalas seperti aku dan korang semua. HAHA.
nampaknya aku kena hantar ke kedai juga lah untuk baiki graphic card aku ni.
walaupun tak berjaya baiki, but atleast aku jimat duit dengan format sendiri laptop ni. HAHA.
harap-harap tak lebih RM300-RM400 lah untuk baiki ni.
kalau tak, masak ler aku nak membayarnya. HAHA.
Leave your comment
Post a Comment