oh hai. selamat pagi dan juga selamat hari selasa. oh ya, esok(rabu) cuti. HAHA.
ada sesiapa pernah dengar peribahasa ini? aku pasti tak ramai termasuklah diri aku sendiri ni tahu tentang peribahasa. kalau tahu pun, mungkin melalui lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" lah,a kan? HAHA. sebenarnya aku tahu pasal peribahasa ni pun melalui filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Seniman Bujang Lapok beberapa tahun yang lepas.
"bahasa menunjukkan bahasa bermaksud budi bahasa menunjukkan peribadi seseorang. ianya juga melambangkan keperibadian sesuatu masyarakat dan ia juga bermaksud baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya)". aku petik kata-kata ini didalam laman web Peribahasa Melayu. korang patut buka dan baca serta LIKE Facebook mereka.
aku bukan nak kata apalah sangat sebab diri aku sendiri pun masih tak fasih dengan bahasa melayu ni walaupun aku ni dilahirkan sebagai orang melayu. HAHA. kenapa aku taip begitu? ya lah, aku sendiri pun banyak kali terguna "bahasa rojak" didalam setiap entri di blog aku ini, kan. HAHA.
sebenarnya kan walaupun aku ni pengguna tegar bahasa rojak, tetapi aku sayangkan bahasa melayu ni. aku boleh terima bahasa melayu yang di singkatkan seperti Yang menjadi 'yg', Ini jadi 'ni', Saja menjadi 'je' dan beberapa lagi singkatan bahasa yang senang difahami dan boleh diterima akal.
tetapi yang aku paling sakit hati ialah bila ada orang singkatkan bahasa sehingga sesetengah ayat tu bukannya jadi semakin pendek pun, tetapi makin bertambah panjang ada lah. contohnya yang aku pernah baca di SMS yang aku terima mahupun di status facebook orang lain ialah Ada ditukarnya jadi 'ader'. kan ke makin panjang tu?
lepas tu ada pula yang pandai-pandai ubah ayat sehingga menjadi 1 perkataan je! aku pernah terbaca di dalam status siapa entah diubahnya AKU tu sampai tinggal jadi 'Q' je! biar betul ni?! mula-mula 'AKU', lepas tu disingkat jadi 'AQ'. lama-lama jadi 'Q'. lepas ni apa pula? KAU, tukar jadi KO, akhir sekali O pula kah? HAHA.
ya, aku tahu, aku tak layak nak tegur mahupun berasa marah sebab aku sendiri sudah salah guna bahasa malah aku dah 'mengganggu' sistem bahasa yang dah di tetap kan. jadi bila aku sendiri tak guna bahasa melayu dengan betul, apatah lagi orang lain, kan? jadi tak boleh nak buat apa lah bila dah bahasa melayu yang digunakan sekarang ini makin teruk.
ya, aku faham. memanglah facebook, twitter, ataupun SMS sekalipun hanyalah cara sekadar hendak berhubung, tetapi rasanya tak perlulah disingkatkan atau ditukarnya bahasa yang digunakan itu menjadi satu bahasa yang susah difahami. dan ya, aku sendiri tak tahu macam mana ada sesetengah orang tu boleh faham bahasa 'pelik' sebegitu. HAHA. Aku, Aq, Q? dan yang aku paling pelik bagaimana orang boleh menaip bahasa inggeris dengan sempurna, tetapi tidak mampu menaip bahasa melayu dengan sempurna pula. eh, tunggu sekejap, kata-kata aku ni macam dituju pada diri aku je? HAHAHAHAHAHAHAHA
p/s: kalaulah para tokoh bahasa melayu baca kata-kata aku ni, memang di tempeleng nya muka aku. HAHA.
Leave your comment
Post a Comment