penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

04 February 2011

Kami Si Blogger

selamat malam dan selamat awal pagi mehh.

aku memang suka sangat meng-update blog aku diwaktu macam ini sebab aku ni umpama seekor kucing; waktu siang aku buat taik mata, tapi waktu malam aku aktif. lol. ohh, korang pelik ek? korang tak tahu ek yang kucing ni spesis nocturnal? maknanya, waktu siang berehat/tidur, waktu malam aktif. hahah. ok. cukuplah dengan ilmu pengetahuan ni ya. mari aku mulakan entry ni;

    Pada suatu malam yang indah permai, aku berjalan-jalan seorang di langit memerhatikan bintang bulan Ultraman Superman terbang . . . . . . .  damn. apa aku merepek ni. FFFFUUU!!1!

maaf, waktu-waktu begini memang aku akan jadi blur. so aku pasti akan taip benda merepek dalam ini. sila teruskan membaca ya;  ok, tadi aku sibuk membelek-belek page group Kami Si Blogger aka KSB dan 'tuan tanah' KSB ni aka Wanz Mejuez ada sebut tentang post berkaitan KSB ni. dia minta kami, para blogger yang join KSB ni bagi review sedikit tentang KSB ni ya. kasi promosilah ini group. aku takde hal bro. so aku pun terikutlah kata tahi hati ini nak ambil bahagian dalam benda macam ni sebab mungkin aku boleh menaikkan gila-gila sedikit rating blog sampah aku ni. hahah.

so pendapat aku lah ek, aku rasa KSB ni satu group yang cukup hebat, tidaklah ramai orang sangat sebab mungkin ia baru dibuat. aku takde lah banyak benda nak ditaip dalam entry kali ni sebab aku baru saja join group KSB ni sejak 2,3hari yang lepas. hahah, so aku tidaklah seberapa tahu sangat tentang group ini ya.

apa yang aku nampak, group ini makin berkembang pesat dari hari ke hari, makin banyak blogger baru termasuk aku ni meninggalkan 'kesan taik' kami di group berkenaan. haha. ok, kesan taik tu maknanya tinggalkan link lah, ok. emm. ya, aku dapat banyak follower dari group KSB ni lah. sorry to say, tapi aku tak pasti yang jadi followers aku ni ikhlas ke tidak nak follow blog aku ni. aku tak pasti mereka buka dan baca ke tidak entries didalam blog aku. but nevermind, sikit pun tak kisah. apa ada hal? hahah

ok, sorry ter-off topic pula. aku pasti group KSB ni akan jadi nama besar sebaris dengan geng blogger or apa pun lah satu hari nanti. aku tengok dalam satu hari group KSB ni boleh dapat sampai 50,60 blogger woii. kalau group KSB ni adalah satu bisnes MLM, memang dah kaya-raya dah si owner group KSB. dia dah boleh berlagak bawa kereta kancil BMW depan 'downliners aka bloggers' yang lain. haha. merepek2.

apa yang pasti, para blogger didalam group KSB ini sangat peramah; baik lelaki mahupun perempuan. tiada beza gender didalam itu sebab itu hanyalah akaun facebook, bukan manusia, so memang takde beza gender pun. HAHAHA. ok, aku merepek lagi disitu. seperti kamu semua tahu, banyak blogger baru tumbuh "bagaikan cendawan lepas hujan" sekarang ni kan, jadi pastilah masing-masing masih terkial-kial nak hias blog camtu, camni, nak cari widget itu, widget ini. dengan join group KSB ni, para blogger tua otai yang hebat dalam bab hias-menghias dan bagi nasihat camne nak jadi blogger bagus ni pasti tiada masalah hendak menolong para blogger baru. kan? kan? kan?

oh ya, aku terlupa pula. baru semalam owner group ni memperkenalkan satu-satunya undang-undang didalam group berkenaan iaitu TIDAK BOLEH SPAM link blog korang itu didalam post orang lain. kalau korang spam, korang boleh dikenakan denda di banned seumur hidup tanpa penjamin dan korang tidak boleh merayu untuk kesalahan itu. (padahal masa aku 1st time join tu pun aku selalu spam post orang lain.HAHAHA!) walaupun ada peraturan macam itu, masih ramai lagi buat kesalahan yang sama. maybe sebab mereka orang baru kot ataupun mereka tak faham pun apa maksud jangan SPAM.

aku pun tengok si Wanz Mejuez aka owner KSB ni pun pandai bermain coding, ada widget hebat yang dia cipta istimewa untuk para pengikut group Kami Si Blogger ni sahaja. so, takkan korang yang dok baca entry aku ni boleh tak teringin nak follow KSB ni kot? hahah. silalah klik Kami Si Blogger ini dan korang hanya perlu LIKE untuk masuk group ni, mudahkan? hanya 2,3 step je untuk jadi pengikut tegar Kami Si Blogger. so lepas ni rating dan followers korang pun mencanaklah naik bila korang post link entry blog korang tu disana. hahaha. oh ya, link KSB yang aku bagi tu link page nya. bukan group, tu sebab ada 100+ orang je. hahaha.

Silalah Join Kami Si Blogger!
Marilah Meriahkan Lagi Group Blogger Malaysia Ini!

2 Comments:

acan ketot said...

yeah!!
best2..sume dlm 2 sume best2!!!

Izzat said...

hahaha.
excited nampak? :p
blogger tua muda dalam tu semua sporting, takde pun nak berlagak sombong or apa pun.