penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

05 February 2011

antara Sekolah dan Universiti

selamat malam mehh.

ok, kali ni aku nak taip panjang lebar sedikit tentang isu beza antara sekolah dan universiti ni, ok. aku tahu, mungkin ada orang yang akan bersetuju dan mungkin juga akan ada orang yang tidak bersetuju dengan kata-kata yang aku bakal taip sebentar lagi. tapi apa ada hal? HAHA. silalah teruskan membaca ya;

sebelum itu, aku nak tanya sedikit, berapa ramai orang pelajar sekolah yang tengah baca entri ni rasa sangat bosan dengan keadaan di sekolah? mesti ramai kan. aku tahu. ada juga yang akan kata dia bosan dengan itu ini, but dah parents suruh, terpaksalah ikut kata mereka, kan? HAHA. chill la babe. aku yang tengah menaip entri ini pun ada juga perasaan macam itu dulu semasa aku menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang selama 5 tahun. itu tak boleh, ini tak boleh. buat salah sedikit kena denda masa perhimpunan sekolah. aduhhh. memang aku rasa nak mengamuk je bila kena begitu. banyak kali jugalah aku hampir bergaduh dengan pengawas. aku tahu, itu sangat tak cool yo. HAHA. ok, aku dah termerepek disitu pula. em. tapi korang kena ingat duhh, cikgu berbuat demikian supaya kita ni jadi orang yang berdisiplin mehh. biarlah keputusan peperiksaan kita teruk macam haram, asalkan disiplin diri itu ada dalam diri masing-masing yo. HAHA.

wait a minute, kau kata kau bosan dengan sekolah sampai ada rasa nak ponteng sekolah? wohhh. kau ni biar betul der. setahu aku, waktu sekolah dululah aku lagi banyak bermain berbanding waktu di universiti sekarang ni. waktu sekolah didalam kelas ada bangsa india, cina dan lain-lain, semua aku buat jadi member mehh. now di universiti, susah nak dapat member bangsa lain sebab masing-masing ada kelompok tersendiri.

yes, aku mengaku, di sekolah tiada pilihan lain melainkan kena berkawan juga dengan semua orang didalam kelas itu. tapi itulah yang bagusnya. ada sikap saling membantu antara satu sama lain. now kat universiti, nak bantu satu sama lain? jangan harap la der. aku gerenti kawan-kawan di universiti kau nanti banyak bangsa yang sama je. kalau melayu dengan melayu je, india dengan india, cina dengan cina. HAHA. setuju tak wahai blogger tua sekalian? tak setuju? lantak koranglah. HAHA.

what? korang rasa korang dah besar sangat bila masuk sekolah menengah? wohh. korang punya besar tu setakat disebalik dinding sekolah je yo. HAHA. bila dah masuk Universiti atau Kolej nanti, baru kau tahu besar korang tu hanyalah sebesar semut je. HAHA. ok-ok, cukuplah aku dok mengata budak-budak sekolah ni ya. aku nak berehat sekejap. penat jari aku menaip. stamina dah kurang lepas kena demam semalam. HAHA.

oh ya, entri aku ni memang ditujukan khas untuk budak-budak sekolah yang dok merengek sekolah tak best, sekolah membosankan tu. korang cakap sekolah boring ya? ok. fine. now aku nak ceritakan sedikit tentang 'keseronokan' berada di Universiti. memula sekali masa 1st time menjejak kaki di Universiti, memang korang akan rasa seronok sangat sebab dapat 'bebas' dari bebelan guru. HAHA. lepas tu korang akan rasa seronok juga bila korang dapat lepaskan diri dari kongkongan ibu bapa. ya lah, dah masuk duduk rumah sewa atau hostel, ibu bapa pasti dah tak kisah sangat sebab korang kan dah 'besar' sangat kan. yang paling seronoknya, korang boleh bergembira 24jam. lu nak pergi clubbing hari-hari pun takde hal bro. HAHA. ok, cukuplah aku merepek ya. tapi memang betul pun lu boleh pergi clubbing hari-hari. HAHA lagi sekali. lol

ok-ok, aku nak taip sedikit apa yang korang akan lakukan bila dah masuk universiti or kolej nanti. mula-mula sekali mungkin korang kena pergi ke sesi orientasi, ada 'ice-breaking'(sesi berkenalanlah dohh), kuiz sana sini lah. memang seronok sangat masa tu ya. lepas tu masa 1st week, korang mungkin tidak akan ada apa-apa pembelajaran, lecturer akan masuk dewan/bilik kuliah, dia just kenalkan diri lepas tu korang boleh angkat bontot berambus balik bilik masing-masing ya. HAHA

1st week rasa seronok kan? HAHA. bila dah masuk 2nd week baru korang akan rasa lagi 'seronok' sangat-sangat dalam kuliah bila korang dah mula kena print-out banyak nota. itu je dah keluar banyak duit dah bagi yang tidak ada printer, terpaksa print kat kedai buku. tak cukup dengan itu, korang akan diberi banyak tutorial, berpuluh-puluh tutorial kena disiapkan dalam masa sehari dua. yessss. tutorial bai. lu pasti boleh pecah kepala nak menjawab semua soalan tu. dan yang paling best sekali, korang kena keluarkan beratus-ratus ringgit untuk membeli buku teks nya. dahlah mahal, tebal nak mampus pula tu. HAHA.

last but not least, ini baru betul-betul 'seronok' wehhh. ASSIGNMENT yang berlambak-lambak. kalau di waktu sekolah korang ada kena guna scrap book ke apa benda namanya tu dan pada hujung tahun, baru buku tu habis guna, kan? tak eh? apa ada hal? HAHA. tetapi kali ni tak ada dah macam itu, dalam masa 1 semester, dah boleh habis guna buku tu, maybe berbuku-buku lah. tengok subjek masing-masinglah nanti. HAHA. woi budak-budak sekolah, korang masih belum rasa lagi 'keseronokan' buat assignments ni, so korang bolehlah cakap besar kat sekolah tu. kami yang di Universiti ni kadang-kadang mati akal nak buat 1 ayat sekalipun. akhirnya terpaksa tanya PAKCIK GOOGLE untuk mendapatkan jawapannya. HAHA. korang tahu tak, bila dah masuk universiti ni, pasti tiba-tiba boleh terasa hendak masuk sekolah balik. so bolehlah elak buat assignment apa semua ni. HAHA.

so? masih lagi berasa bosan di sekolah lepas baca apa semua ni? masih bosan lagi ke? LOL. biar betul kau ni. angkat bontot, pusing kiri, pusing kanan, lepas tu pergi mampus ya. sekian terima kasih.

12 Comments:

Ammar said...

bestnya zaman sekolah.... kalaulah dapat diundurkan masa

Izzat said...

tahu takpe bro. huhuh

Unknown said...

zaman skolah mmg best!
=)

Izzat said...

yes, that's right!
zaman sekolah memang betul-betul enjoy.
masuk persatuan sana sini.
bila dah masuk U ni, rasa malas sangat nak masuk kokurikulum. why ha? HAHA

Unknown said...

masuk U..
rasa malas..
haaa..
yg tu sy ta tau plak..
maklumlarh tak masuk U ag..
^^

Izzat said...

HAHA.
silalah masuk U nanti.
'seronok' sangat.

Unknown said...

ap yg seronok?

Izzat said...

apa yang seronok?
owh. ni mesti tak habis baca entri ni kan? sila baca sampai habis. lepas tu baru faham apa yang seronoknya. HAHA

Unknown said...

ouh..
haha..faham2..
huhuuuhuu..

pija salleh said...

a'ah "seronok" sangat2 masuk U boleh menambahkan stress bila terpaksa hantar 2,3 assignment dalam 1 masa..huhuhu

Izzat said...

itulah. memang 'seronok' kan. HAHA

- Husna Nana - said...

Nice blog bro.. jemput singgah blog saya

beautybyhusna.blogspot.com