penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

23 February 2011

aku follow kau, kau follow aku?

selamat pagi mehh.

pagi ni aku nak bincang tentang tajuk "aku follow kau, kau follow aku." yang beribu-ribu blogger kat dunia ni dah katakan didalam blog masing-masing. so aku nak tambah bilangan itu lagi ya. HAHA. ok. aku blur sedikit pagi ni sebab aku masih tak tidur lagi ni. ya-ya, sama macam hari semalam. maybe sekejap lagi aku tidurlah.

aku follow kau, kau follow aku? apa benda ni? damn. buat apa aku tanya apa benda sedangkan semua blogger pun dah tau benda alah ni apa, kan? pada pendapat akulah, istilah "aku follow kau, kau follow aku." ni perlu dihapuskan sama sekali sebab ianya tidak bagus. ia merendahkan harga diri blog masing-masing. korang jadi terkenal sebab korang ada follower yang ramai je. apa gunanya? umpama macam aku follow 1000 blogger yang lain, tetapi pada masa yang sama aku harapkan 1000 blogger tersebut akan menjadi follower blog aku ni, baca entries aku dan komen segala entri aku tu. susah, betul tak? oh, but maybe tak susah sangatlah kalau korang ni COMEL or HENSEM. HAHA. aku pasti ramai tak setuju dengan kenyataan aku ni. but terimalah hakikatnya ya. sila jangan nak menafikannya lagi. sudah-sudahlah tu.

sebelum ni aku ada follow banyak sangat blog. aku malas nak taip berapa jumlah blog yang aku dah follow dulu. but now aku dah pun delete beberapalah blog dari senarai blog yang aku ikuti sebab aku tak buka pun blog mereka. ya-ya, aku kejam. korang pun sama kejam juga. tak payah nak mengaku macam korang ni baik sangat dengan mengatakan yang korang hari-hari blogwalking ke semua berpuluh-puluh, beratus-ratus blog yang korang follow tu. setakat blogwalking, lepas tu tinggalkan 'taik' kat shoutmix blog tersebut tu pun apa gunanya? ini semua bullshit belaka. aku pasti korang hanya buka blog yang korang minat je.

"aku follow kau, kau follow aku." ni memang aku ada praktikkan semasa aku baru aktif dalam dunia ni dulu. sedar tak sedar, aku dah follow 30,40 blog lain kot. padahal aku hanya buka dan baca 2,3 blog je daripada berpuluh blog yang aku ikuti tu. HAHA. dan apa yang aku boleh katakan ialah mungkin 30,40 blogger yang follow blog aku ni pun maybe daripada hasil "aku follow kau, kau follow aku." ni lah. HAHA. tapi sorry der. aku terpaksa kemas kini kan blog aku ni. terlalu 'bersepah' mehh. aku rasa serba salah sebab aku follow, tetapi aku tak buka blog korang pula. (rasa bersalahlah sangat, kan. HAHA.)

tetapi, now aku dah tetapkan prinsip bahawa aku hanya akan follow blog yang berkualiti sahaja. blog yang ada entri bagus, blog yang boleh buat aku tergelak-gelak, blog yang boleh membuatkan aku tersenyum macam kambing tak mandi pagi dan semestinya bukanlah blog yang suka bangga diri cerita pasal 'pageview naik mencanak tinggi gila babi' tu. HAHA. terasa? pergi mampus. ada pula aku kisah korang terasa ke apa?

dah puas dengan penjelasan aku? kalau rasa tak puas hati, silalah unfollow aku ya. HAHA. ada 88 orang blogger yang follow aku, tetapi rasanya tak sampai 10 orang blogger pun yang pernah buka dan baca entri-entri didalam blog aku ni. yang lain-lain tu follow aku sebab aku pernah menang contest KSB tu je. kalau aku tak menang, confirm blog aku ni kekal ada 10, 20 follower je sampai sekarang ni. HAHA.

1 Comment:

Kechik Itu Comel said...

setuju...=)
bukan blogger yg setia kalau bt mcm tu...
tak best pn..